omniture

Anugerah Perniagaan Eropah 2015/16: Abiogen Pharma Diiktiraf Sebagai Juara Kebangsaan Itali

Abiogen Pharma
2015-12-03 17:00 319

PISA, Itali, 3 Disember 2015 /PRNewswire/ --

Abiogen Pharma telah diiktiraf sebagai Juara Kebangsaan untuk Itali sempena Anugerah Perniagaan Eropah, satu pertandingan berprestij yang disokong oleh pemimpin perniagaan, golongan akademik, media, dan wakil politik daripada seluruh Eropah.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151130/291864 )

Anugerah Perniagaan Eropah kini berada dalam tahunnya yang kesembilan, melibatkan lebih 32,000 perniagaan dari 33 buah negara Eropah tahun ini dan 678 buah syarikat dari seluruh Eropah telah dinamakan sebagai Juara Kebangsaan; dan sedang memasuki fasa kedua pertandingan ini. Abiogen Pharma, ditubuhkan pada tahun 1997 dan berpusat di Pisa merupakan sebuah syarikat farmaseutikal dengan fokus yang mantap terhadap pengantarabangsaan. Kejayaannya adalah berdasarkan penyelidikan & pembangunan (R&D) dan pengagihan produk farmaseutikal primer, dalam bidang seperti metabolisme tulang, kelegaan kesakitan serta penyakit pernafasan, metabolik, dan dermatologi.

Massimo di Martino, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Abiogen Pharma, menyatakan: "Kami berjaya mencipta pasukan yang luar biasa yang membenarkan kami mencapai keputusan yang mengagumkan. Asas dalam cara kami menjalankan perniagaan adalah pengenalan terapi inovatif yang menyumbang ke arah usaha melawan beberapa jenis penyakit, dan seterusnya memperbaiki kesihatan pesakit. Kami sangat berbangga kerana terpilih untuk mewakili Itali sebagai Juara Kebangsaan. Anugerah Perniagaan Eropah diiktiraf dengan meluas sebagai pameran untuk syarikat-syarikat paling dinamik di Eropah dan kini kami tidak sabar-sabar untuk mara ke pusingan seterusnya dalam proses penghakiman ini."

Adrian Tripp, Ketua Pegawai Eksekutif Anugerah Perniagaan Eropah berkata: "Tahniah kepada Abiogen Pharma dan semua syarikat yang telah terpilih untuk mewakili negara mereka sebagai Juara Kebangsaan, mereka memainkan peranan yang penting dalam mencipta komuniti perniagaan yang lebih kukuh."

Pusingan seterusnya memerlukan Juara Kebangsaan membuat video pembentangan, yang menceritakan kisah unik mereka dan menjelaskan kejayaan perniagaan mereka. Para hakim akan menonton semua video Juara Kebangsaan, dan akan menganugerahkan status 'Ruban d'Honneur' yang diidam-idamkan kepada yang terbaik dalam kumpulan ini. Penerima status Ruban d'Honneur kemudiannya akan mara ke pusingan akhir pada tahun 2016.

Secara berasingan, video Juara Kebangsaan akan disiarkan kepada umum melalui laman sesawang Anugerah Perniagaan Eropah http://www.businessawardseurope.com sebagai sebahagian daripada undian umum dalam dua bahagian, yang bakal menentukan 'Juara Awam Kebangsaan' bagi setiap negara.

Dalam pertandingan 2014/15, semua pasaran anggota EU telah diwakili, gabungan hasil mereka mencecah lebih €1.5 trilion, dan mereka bersama-sama menjana keuntungan sebanyak lebih 60 bilion Euro serta menggajikan lebih 2.5 juta orang.

Sumber: Abiogen Pharma

Source: Abiogen Pharma
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Awards