omniture

Albright Stonebridge Group Umum Pemergian Samuel R. Berger

Albright Stonebridge Group
2015-12-03 19:06 190

WASHINGTON, 3 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Dengan dukacitanya, Albright Stonebridge Group (ASG) mengumumkan pemergian rakan yang dikasihi, pengasas bersama firma dan Pengerusi bersama, Samuel "Sandy" R. Berger yang sekian lama bertarung dengan penyakit barah. Beliau meninggal dunia pada awal pagi ini, dikelilingi oleh ahli keluarganya.

Semasa hayatnya, Sandy sangat teruja dalam pelbagai perkara termasuk besbal, tetapi beliau lebih menitikberatkan perhubungan keluarga dan antarabangsa, serta komitmennya untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Seorang lelaki yang benar-benar berjaya yang mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam sektor swasta mahupun awam, Sandy menganggap ASG sebahagian daripada keluarganya sendiri. Beliau sangat mudah didekati dan mudah memberi tunjuk ajar kepada rakan sekerjanya yang sering datang kepadanya untuk meminta nasihat mahupun sekadar berbual.

Pengerusi bersama ASG, Madeleine K. Albright berkata, "Negara kita menjadi lebih kukuh hasil komitmen mendalam dan berterusan oleh Sandy terhadap perkhidmatan awam dan tidak terkira ramainya individu yang hidupnya bertambah baik disebabkan beliau. Sayalah salah seorang daripadanya. Beliau ialah salah seorang rakan karib saya dan merupakan antara orang yang paling berilmu yang pernah saya temui. Saya akan sentiasa menghargai usaha sama hampir sedekad ini, di dalam atau luar daripada kerajaan dan selama-lamanya berbangga akan pencapaian kami berdua. Kami semua di ASG akan terus menjadikan visi dan kepimpinan beliau sebagai sumber inspirasi kami."

"Saya berasa sangat selesa bekerja bersama Sandy sejak sekian lama di ASG, Rumah Putih dan Hogan & Hartson," kata Anthony S. Harrington, Pengerusi lembaga urusan ASG. "Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada kehidupan beliau yang sungguh luar biasa – seorang yang membawa perubahan kepada dunia."

Pengerusi bersama Albright Stonebridge Group, Carlos M. Gutierrez berkata: "Sandy akan dirindui oleh sesiapa sahaja yang mengenali beliau, dalam perniagaan mahupun kerajaan dan merentasi fahaman politik. Pelanggan kami sangat mengagumi semangat berinovasi beliau, dan saya sendiri kagum dengan kejayaan beliau dalam membina institusi global yang luar biasa dan kukuh ini. Beliau meletakkan standard yang tinggi dan kami sebagai sebuah firma akan terus beraspirasi untuk memenuhi standard tersebut setiap hari."

Sebelum menjadi pengasas bersama Stonebridge International dan kemudiannya ASG, Sandy memiliki rekod kerjaya yang panjang dan cemerlang dalam perkhidmatan awam dan perundangan. Dari tahun 1993 – 2001, beliau berkhidmat sebagai Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih dan Timbalan Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Bill Clinton, yang mana beliau mengetuai usaha dasar dalam banyak isu global termasuk di rantau Balkan, Timur Tengah, dan proses keamanan Ireland Utara, membanteras pengganas, serta mengukuhkan hubungan A.S. dengan India, China, dan lain-lain negara. Sebelum berkhidmat dalam pentadbiran presiden Clinton, beliau berkhidmat selama 16 tahun di Hogan & Hartson selaku penggerak firma itu di peringkat antarabangsa. Pada awal kerjayanya, Sandy memegang jawatan sebagai penasihat di Senat A.S., Jabatan Negara A.S. dan kepada datuk bandar Bandar Raya New York. Beliau juga menyandang jawatan dalam lembaga dan jawatan penasihat dalam banyak organisasi seperti Program Makanan Sedunia AS, Kumpulan Krisis Antarabangsa dan Majlis Hubungan Luar.

Pada tahun ini, Sandy dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun yang berprestij, salah satu anugerah tertinggi yang dikurniakan oleh kerajaan Jepun, atas sumbangan penting beliau dalam mengukuhkan hubungan antara Amerika Syarikat dan Jepun. Selain itu, pada awal minggu ini, beliau menerima Anugerah Kemanusiaan Global yang julung kali diadakan daripada Program Makanan Sedunia AS (WFP) yang turut mewujudkan Tabung Kemanusiaan Samuel R. Berger bagi memfokuskan tindak balas kemanusiaan terhadap konflik, satu isu yang menerima komitmen tinggi daripada Sandy sejak bertahun-tahun.

Sandy meninggalkan seorang balu Susan Harrison Berger; tiga orang anak Deborah Berger Fox, Alexander Berger dan Sarah Berger Sandelius; dua orang menantu lelaki Nick Fox dan Sonny Sandelius; seorang menantu perempuan Susan Napier; serta lima orang cucu yang disayangi, Eliza, Zachary, Estelle, Grace dan Astrid.

Ingatan tulus ikhlas daripada keluarga global Albright Stonebridge Group untuk Susan dan keluarga beliau pada saat yang sukar ini. Sumbangan peringatan boleh dibuat kepada Tabung Kemanusiaan Samuel R. Berger di Program Makanan Sedunia AS.

www.albrightstonebridge.com
Sebagai sebuah firma penasihat strategik global yang terulung, Albright Stonebridge Group (ASG) membantu pelanggan kami meraih kejayaan dalam pasaran antarabangsa. Kami menilai dan mengurus risiko, mengenal pasti dan merebut peluang, selain merungkaikan cabaran politik serta kawal selia. Pasukan diplomat komersial ASG di seluruh dunia berkhidmat kepada pelanggan di lebih 100 buah negara dan seluruh lapangan industri utama.

WAKIL MEDIA:
Julie Mason
+1 (202) 759-5091
jmason@albrightstonebridge.com

Source: Albright Stonebridge Group
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Obituary