omniture

Global Rockstar: Juara Pertandingan Kebangsaan Kini Bersaing Merebut Gelaran "Global Rockstar 2015"

Global Rockstar
2015-12-03 19:53 293

VIENNA, 3 Disember, 2015 /PRNewswire/ --

Pusingan peringkat kebangsaan Global Rockstar, pertandingan muzik dalam talian terbesar di dunia, berakhir pada 1 Disember 2015, pada jam 10:00 pagi di 151 buah negara yang mengambil bahagian. Juara kebangsaan yang kini akan bersaing di peringkat global untuk merebut gelaran "Global Rockstar 2015" sudah pun dipilih. Pada 15 Disember 2015, tanda tanya tentang siapa yang berjaya merampas gelaran itu serta hadiah tunai bernilai USD 25,000 dan peralatan muzik profesional yang bernilai lebih USD 25,000 akan terjawab.

Peserta diletakkan dalam kedudukan berdasarkan sistem undian serba baharu yang terdiri daripada undian media sosial, Facebook dan Twitter, berserta undian berbayar. Sebagai sagu hati untuk undian berbayar, peminat boleh menerima lagu, barangan dan hadiah istimewa yang ditawarkan oleh para artis melalui http://www.globalrockstar.com. Hal itu bermakna, kedudukan artis tidak bergantung kepada juri, sebaliknya bergantung sepenuhnya pada peminat mereka. Pada masa yang sama, artis dapat menerima wang melalui muzik dan produk mereka yang dipasarkan dalam "pasar" Global Rockstar di seluruh dunia - satu idea bijak yang saling menguntungkan antara artis dan peminat yang semakin mendapat perhatian serta permintaan tinggi di seluruh dunia.

Buat masa ini, kumpulan "trash metal" Methedras dari Itali sedang mendahului selepas berjaya menggerakkan para peminat mereka. Semua juara kebangsaan kini perlu menumpukan sepenuh usaha mereka bagi meyakinkan peminat mereka untuk menyokong mereka sekali lagi dan seterusnya membawa mereka serta negara mereka menjadi peneraju dunia dalam pertandingan yang sungguh hebat ini.

Pertandingan muzik revolusioner ini adalah hasil buah fikiran penulis lagu dan penerbit, Christof Straub, yang merupakan ahli kumpulan Papermoon, dan pakar pemasaran Ronny Steibl, dari Vienna. Anda boleh mendapatkan maklumat dan butiran lanjut tentang carta tersebut di http://www.globalrockstar.com.

Global Rockstar GmbH
Mirella Maiolo
mirella.maiolo@globalrockstar.com
Pejabat: +4318900849

 

 

 

Source: Global Rockstar
Keywords: Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Music Social Media Awards