omniture

Shaanxi Perkenalkan Semula Sumber Pelancongannya yang Memukau

Shaanxi Provincial Tourism Administration
2015-12-04 10:35 380

XI'AN, China, 4 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Bergayut dari cenuram yang tersergam 7000 kaki dari tanah, dua orang pengembara -- Kiersten Rich dari Amerika Syarikat dan Tyson Mayr dari Australia telah mencabar diri mereka dalam satu jelajah penerokaan budaya selama 7 hari di Shaanxi, China.

Walaupun bukan lagi berperanan sebagai pusat politik China, masa silam penuh gemilang Xi'an sebagai titik permulaan Jalan Sutera dan tempat bersemayam maharaja selama lebih 1,100 tahun telah meninggalkan warisan yang amat berharga di tempat itu. Pada 21 September 2015, dua orang penggemar pengembaraan itu, yang dijemput oleh Pengurusan Pelancongan Wilayah Shaanxi, memulakan "Pemburuan Budaya Selfie Shaanxi" dengan matlamat untuk merakam keindahan Shaanxi melalui cara yang luar biasa.

Dari bahagian selatan ke utara, dua pakar pengembaraan itu bukan sahaja menerokai keajaiban bersejarah yang terkenal seluruh dunia – perwira terrakota, tetapi juga tarikan yang kurang dikenali dan kurang dilawati oleh para pelancong. Gunung Hua, salah satu tempat menarik dalam perjalanan ini, telah mengagumkan rangkaian sosial dengan ketinggian yang menggayatkan serta landskap mempesonakan yang hanya boleh dilihat dalam babak filem. Menerusi tema selfie, inti pati budaya dan sejarah 11 tempat yang mereka lawati, seperti Tembok Bandar Xi'an, dan Air Terjun Hukou, diluahkan dengan cukup sempurna ke dalam satu set jurnal yang memukau pandangan. Warga internet boleh mengundi selfie kegemaran mereka untuk memenangi dua tiket perjalanan dua hala atau satu batang selfie ditempah khas secara percuma.

Kempen dalam talian itu telah menerima lebih 13,000 peserta dari lebih 50 buah negara, termasuk United Kingdom, Jerman, Kanada dan Jepun. Pada 15 Oktober, lebih 2,300 penyertaan telah diterima. Undian antara dua "pemburu budaya" Shaanxi itu, Kiersten Rich dan Tyson Mayr, begitu sengit pada peringkat akhir.

Kempen O2O itu, "Pemburuan Budaya Selfie Shaanxi" berjaya mengingatkan dunia tentang sumber pelancongan Shaanxi yang beraneka dan menakjubkan. Musimnya yang berbeza sepanjang tahun serta rangkaian pelancongan yang lengkap untuk para pelancong luar negara memberikan asas terbaik bagi percutian bertemakan kebudayaan.

Untuk maklumat lanjut tentang destinasi tersebut, sila lawati https://www.facebook.com/visitshaanxi/

Latar Belakang Pengurusan Pelancongan Wilayah Shaanxi:

Pengurusan Pelancongan Wilayah Shaanxi merupakan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab mengurus industri pelancongan di Shaanxi, China. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://english.shaanxi.gov.cn/.

Source: Shaanxi Provincial Tourism Administration
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel