omniture

Pancaran seni awam tampilkan gambar kemanusiaan dan perubahan iklim bakal menerangi St. Peter's Basilica pada majlis perasmian Jubli Rahmat Luar Biasa pada 8 Dis.

Vulcan Inc.
2015-12-04 18:30 165

"Fiat Lux: Illuminating Our Common Home" dibangunkan dengan kerjasama Vulcan Inc. milik Paul G. Allen, Yayasan Li Ka Shing, Okeanos and Obscura Digital di bawah naungan Kumpulan Bank Dunia melalui inisiatif Connect4Climate, sebagai Hadiah dalam bentuk Paparan Seni Bina Berskala Besar kepada Pope Francis dan seruan untuk melindungi bumi kita

VATICAN CITY, 4 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Pada 8 Dis., gabungan kemanusiaan yang terdiri daripada Vulcan Inc. milik Paul G. Allen, Yayasan Li Ka Shing, dan Okeanos, dengan kerjasama Persatuan Pemeliharaan Lautan (The Oceanic Preservation Society) dan Obscura Digital, dan dinaung oleh inisiatif Connect4Climate daripada Kumpulan Bank Dunia, akan mempersembahkan hadiah yang berupa seni awam kontemporari yang bertajuk "Fiat Lux: Illuminating our Common Home" kepada Pope Francis semasa hari pembukaan Jubli Rahmat Luar Biasa (Extraordinary Jubilee of Mercy). Semasa acara julung-julung kali dan bersejarah itu, gambar-gambar menarik daripada alam semula jadi yang kita kongsikan akan dipancarkan ke bahagian hadapan St. Peter's Basilica dalam bentuk seni awam kontemporari bagi menceritakan secara visual tentang sifat saling bergantung antara manusia dan kehidupan dengan planet ini, demi mendidik serta memupuk perubahan dalam memerangi perubahan iklim merentasi generasi, budaya, bahasa, agama, dan kasta.  

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151202/292849LOGO

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151202/293020

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151202/293021

Pameran seni awam dengan seni bina berskala besar itu mengambil tema perubahan iklim, maruah manusia, dan makhluk yang hidup di muka bumi daripada Siaran Pope Francis yang bertajuk "Laudato Si". Dianjurkan bukan sahaja untuk bertembung dengan Jubli tersebut, tetapi dengan COP21 di Paris, acara bersejarah ini akan menyeru penduduk dunia untuk menyertai pergerakan global untuk melindungi bumi kita. Paparan itu boleh dilihat secara langsung oleh orang ramai yang berada di St. Peter's Basilica ataupun melalui siaran televisyen global dan penstriman dalam talian.

Acara sinematik ini akan mempamerkan hasil kerja daripada beberapa ahli kemanusiaan dan jurugambar alam semula jadi serta pembuat filem yang terkenali di dunia termasuk Sebastião Salgado (Genesi dan Contrasto), Joel Sartore (National Geographic Photo Ark), Yann Arthus Bertrand (Human), David Doubilet, Ron Fricke dan Mark Magidson (Samsara), Howard Hall, Shawn Heinrichs, Greg Huglin, Chris Jordan, Steve McCurry, Paul Nicklen,serta Louie Schwartzberg. Tayangan tersebut diolah oleh Louie Psihoyos serta Travis Threlkel, dan dihasilkan oleh Obscura Digital.

Fiat Lux: Illuminating our Common Home
8 Dis. 2015 bermula jam 7:00 mlm. hingga 10:00 mlm. CET

St. Peter's Square, Vatican City

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: OurCommonHome@Vulcan.com

Untuk menonton penstriman acara secara langsung, kemas kini masa nyata, dan muat turun bahan media termasuk gambar dan video, sila lawati: OurCommonHome.World

#OurCommonHome

Carole Tomko, Naib Presiden Vulcan, Inc., menambah, "Ia adalah satu penghargaan yang tinggi untuk turut serta dalam satu kerjasama bagi menghasilkan hadiah ini untuk Pope Francis, yang mana pengasas kami, Paul Allen turut berkongsi visi yang sama dengan beliau iaitu melindungi alam semula jadi kita yang amat berharga ini." Beliau menambah, "Harapan kami adalah untuk melihat hasil seni awam kontemporari ini memberi inspirasi kepada penduduk dunia untuk bersama-sama berasa belas kasihan dan menghidupkan pergerakan global untuk melindungi umat manusia, bumi kita, dan spesies hidupan yang terancam."

Li Ka-shing berkata, "Ini merupakan satu penghormatan buat kami untuk menjadi sebahagian daripada 'Fiat Lux: Illuminating our Common Home'. Kami berharap agar projek ini akan memupuk muhasabah diri, menyemarakkan semula misi kami dalam mengejar ilmu spiritual dan saintifik, serta memperbaharui harapan dan juga keteguhan kami. Walaupun sains dan teknologi mampu meluaskan perspektif manusia, hanya melalui kasih sayang manusia akan terus hidup. Oleh sebab itulah kami menganggap ini adalah suatu penghormatan bagi menyertai projek ini yang menyatupadukan hubungan kasih sayang antara kita. Kami berbesar hati dan berterima kasih atas peluang yang diberikan ini."

Jim Yong Kim, Presiden, Kumpulan Bank Dunia, menyatakan, "Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Vatican untuk meningkatkan kesedaran tentang isu yang sangat penting dengan matlamat yang sama iaitu untuk menamatkan kemiskinan tegar. Populasi termiskin dunia kini terjejas secara tidak seimbang daripada kesan perubahan iklim dan paling terdedah kepada bencana alam serta cuaca melampau. Inisiatif yang mengagumkan ini akan menarik perhatian penduduk dunia tentang kepentingan membendung perubahan iklim demi penduduk dan bumi kita ini."

Lucia Grenna, Pengurus Program untuk program kerjasama global Connect4Climate oleh Kumpulan Bank Dunia, menambah, "Kami berbangga untuk memberi bantuan bagi merealisasikan pemberian hasil seni ini kepada Pope Francis serta peluang untuk bekerjasama dengan rakan kreatif kami bagi menekankan isu terbesar yang dihadapi oleh umat sejagat: kemiskinan dan perubahan iklim. Paparan seni ini akan memaparkan kisah hebat secara visual tentang sifat saling bergantung bagi semua kehidupan di bumi dengan alam sekitar dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada pasukan di Paris untuk memeterai perjanjian yang sehabis baik."

LATAR BELAKANG RAKAN KONGSI

VULCAN INC.

Vulcan Inc. mewujudkan dan menggerakkan usaha bertaraf global dan inisiatif berimpak tinggi yang mengubah serta menambah baik cara kehidupan, belajar, berniaga, dan menghadapi dunia ini. Ditubuhkan pada tahun 1986 oleh pelabur dan dermawan Paul G. Allen, Vulcan memantau pelbagai perniagaan dan projek kebajikan termasuk dalam pegangan hartanah, pelaburan dalam pelbagai syarikat termasuk Seattle Seahawks NFL, Seattle Sounders FC Major League Soccer, dan francais Portland Trail Blazers NBA, First & Goal Inc., teater Seattle Cinerama, Experience Music Project, Science Fiction Museum & Hall of Fame, Institut Sains Otak Allen, Institut Sains Sel Allen, Yayasan Keluarga Paul G. Allen serta Vulcan Productions. Vulcan Productions menghasilkan filem, siri televisyen, tayangan istimewa, kandungan digital dan menguar-uarkan inisiatif yang diwujudkan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai supaya mengambil tindakan terhadap isu-isu kritikal pada masa ini. Untuk maklumat lanjut, lawati www.vulcan.com.

YAYASAN LI KA SHING

Ditubuhkan pada tahun 1980 oleh En. Li Ka-shing, Yayasan Li Ka Shing (LKSF) menggariskan tiga fokus berstrategi: memupuk budaya baharu dalam memberi; menyokong inisiatif pembaharuan pendidikan; dan memajukan penyelidikan dan perkhidmatan perubatan. En. Li menganggap Yayasan tersebut sebagai "anak beliau" dan telah mewakafkan sepertiga daripada aset beliau untuknya. Dengan inisiatif di lebih 19 buah negara dan rantau, LKSF menyokong projek yang mempromosikan kemajuan sosial dengan memudahkan akses kepada pendidikan berkualiti serta perkhidmatan dan kajian perubatan, menggalakkan kepelbagaian budaya dan juga penglibatan masyarakat. Sejak penubuhannya, LKSF telah menganugerahkan lebih HK$17 bilion, 87 peratus daripadanya memberi manfaat kepada projek-projek di rantau China.

LATAR BELAKANG OKEANOS — YAYASAN UNTUK LAUT

Okeanos – Yayasan untuk Laut memfokuskan usaha mereka terhadap individu dan komuniti yang bertindak serta mengambil langkah positif untuk memulihkan laut dan menghubungkan semula manusia dengan laut. Okeanos menggalakkan perbincangan dan tindakan melalui filem dokumentari yang mereka hasilkan ataupun biayai. Walau bagaimanapun, fokus utama mereka terletak pada usaha mereka dalam membangunkan dan membiayai projek-projek praktikal di seluruh dunia, terutamanya di Lautan Pasifik yang mana mereka turut menyokong projek-projek daripada Pacific Voyagers Charitable Trust. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.okeanos-foundation.org.

KUMPULAN BANK DUNIA/ CONNECT4CLIMATE

Kumpulan Bank Dunia memainkan peranan penting pada peringkat global dalam usaha untuk memerangi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang kemewahan. Ia terdiri daripada lima buah institusi: Bank Dunia termasuk Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IBRD) dan Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA); Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC); Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral (MIGA); serta Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID). Institusi-institusi ini yang bersama-sama beroperasi di lebih 100 buah negara menyediakan perkhidmatan kewangan, nasihat dan penyelesaian lain yang membolehkan sesebuah negara menangani cabaran paling getir dalam pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.worldbank.orgwww.miga.org, dan www.ifc.org.

Connect4Climate (C4C) adalah program komunikasi tentang iklim anjuran Kumpulan Bank Dunia untuk menggerakkan tindakan global terhadap perubahan iklim, menghubung dan memperkukuh inisiatif serta aktiviti tentang iklim, dan juga mewujudkan sumber sosial dan modal politik demi memerangi perubahan iklim. Ia bekerjasama dengan lebih 300 rakan organisasi seluruh dunia, dan dibiayai oleh Bank Dunia, Kementerian Alam Sekitar, Darat dan Laut Itali, serta Kementerian Persekutuan Jerman untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (BMZ). Untuk maklumat lanjut: www.connect4climate.org.

OBSCURA

Obscura adalah satu studio kreatif yang beribu pejabat di tengah-tengah daerah Dogpatch, San Francisco. Sejak tahun 2000, mereka telah menghasilkan projek unik yang terdapat di dunia yang memberi pengalaman yang sangat mengujakan. Pasukan yang terdiri daripada 60 artis sepenuh masa dan juruteknologi itu mengubah ruang fizikal dan menghubungkan secara mendalam serta memberi inspirasi kepada penonton. Pelanggan mereka adalah daripada golongan perintis: syarikat yang berpandangan jauh, orang kenamaan budaya, dan para pembuat perubahan global.

PERSATUAN PEMELIHARAAN LAUTAN (OPS)

Persatuan Pemeliharaan Lautan (OPS), adalah sebuah pertubuhan bebas yang bukan berasaskan keuntungan yang menggunakan filem, fotografi, kolaborasi dan media sosial – satu "pendedahan" pada satu masa – untuk mendidik, memberi inspirasi dan memperkasa masyarakat global agar menjadi agen perubahan yang terlibat secara aktif dalam menyelamatkan serta memulihara lautan, spesies terancam dan juga planet kita. Filem pertama OPS, The Cove, telah menerima banyak anugerah di seluruh dunia, termasuk Oscar® untuk Dokumentari Terbaik pada tahun 2009, dan memberi inspirasi kepada lebih sejuta orang untuk bertindak. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.opsociety.org.

Source: Vulcan Inc.
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Environmental Products & Services Corporate Social Responsibility Not for profit