omniture

Ibu Pejabat Vietcombank Hasil Tangan Pelli Clarke Pelli dibuka di Ho Chi Minh City

Pelli Clarke Pelli Architects
2015-12-07 09:30 161

NEW HAVEN, Connecticut, 7 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Pembukaan besar-besaran Vietcombank Tower yang dianjurkan oleh Syarikat Usaha Sama Veitcombank-Bonday-Benthanh pada baru-baru ini disertai oleh tetamu kenamaan, wakil Konsulat A.S. dan Perancis, dan pasukan pereka Pelli Clarke Pelli; Pereka Kanan Prinsipal Fred Clarke, FAIA, Pembantu Kanan Aicha Woods, dan Pengurus Projek Richard Turlington, AIA. Projek berkenaan sudah pun memenangi anugerah "Hadiah untuk Banggunan Paling Berkualiti" daripada Ministry of Construction.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151203/292931 
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151203/293080LOGO

Banggunan ibu pejabat baharu Vietcombank di Ho Chi Minh City yang menjadi mercu tanda District 1 itu adalah hasil kerja pertama Pelli Clarke Pelli di Vietnam. Banggunan canggih setinggi 35 tingkat itu letaknya di Me Linh Square di barat tebing Sungai Saigon. Banggunan tersebut memiliki keunikannya yang tersendiri seperti anjakan pada dinding, puncak banggunan yang cantik, dan berbentuk kon. Dinding bahagian luarnya dipenuhi tekstur dengan granit keemasan di antara rerusuk besi yang menonjolkan kemegahan banggunan itu. Pelindung matahari melindungi kaca banggunan daripada terang matahari kota HCMC manakala lampu pada banggunan menyinari keseluruhan menara pada waktu malam.

Di sekitar tapak banggunan pula dipenuhi tumbuh-tumbuhan dengan sebuah taman awam mengelilingi sebuah air pancut dan arca batu. Selain itu, di tapak banggunan terdapat serambi daripada enam tiang granit dan sebuah kanopi untuk menandakan pintu utama. Tersergam di lobi utama adalah dinding pelbagai bentuk daripada marmar Hualien green serpentine, diapit oleh satu hasil anyaman diatas vernier kayu bic dalam bekas kaca.

Bahan bina banggunan itu memaparkan sifat keteguhan dan pemikiran terkehadapan yang selari dengan ciri-ciri sebuah institusi kewangan yang dihormati. Oleh sebab pasukat pereka bekerja rapat dengan klien dan kontraktor, mereka mampu membina sebuah banggunan yang mengagumkan dan menempa piawaian baharu dalam kualiti rekaan. Dalam masa bandar raya Ho Chi Minh terus bertransformasi untuk dekad yang mendatang, Menara Vietcombank akan terus menjadi piawaian penting dan mercu tanda bandaraya itu.  

Tentang Pelli Clarke Pelli Architects
Ditubuhkan pada 1977 dan diterajui oleh Cesar Pelli FAIA, Fred Clarke FAIA, dan Rafael Pelli FAIA, Pelli Clarke Pelli Architects adalah firma yang memenangi perakuan. Firma itu mereka bentuk banggunan dengan inspirasi daripada sejarah, teknologi semasa, dan hubungan usaha sama yang terbentuk bersama klien mereka. Portfolio mereka mengandungi hasil kerja seperti menara ibu pejabat, banggunan komersial, banggunan kediaman, dan projek pelbagai guna, pusat pengangkutan, pusat persembahan seni, dan banggunan akademik.

Source: Pelli Clarke Pelli Architects
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building