omniture

Medicines360 Umum Perkongsian Baharu Dengan Marie Stopes International Untuk Perluas Akses IUD Hormon Kepada Wanita Di Kenya, Afrika Timur

Medicines360
2015-12-07 21:45 98

SAN FRANCISCO, 7 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Medicines360, sebuah syarikat farmaseutikal tanpa untung global, hari ini mengumumkan satu persetujuan dengan Marie Stopes International (MSI), sebuah organisasi perancang keluarga tanpa untung global, untuk meluaskan akses kepada alat kontraseptif dalam rahim berasaskan hormon daripada Medicines360, LNG IUS (sistem pelepasan levonorgestrel intrauterus, 52 mg) yang memberi pilihan kontraseptif tambahan kepada wanita di Kenya.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151203/293047LOGO

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151203/293150LOGO

Kenya adalah negara pertama di luar A.S. dalam rancangan Medicines360 untuk melancarkan alat kontraseptif dalam rahim (IUD) hormon 52mg. IUD hormon adalah antara cara kontraseptif yang paling berkesan dan Medicines360 bercadang untuk menyediakan LNG IUS kepada golongan wanita yang berada di negara-negara lain bagi memenuhi keperluan pencegahan hamil mereka yang tinggi.

"Kerjasama dengan MSI adalah tanda permulaan usaha kami di Afrika dan akan membantu kami mencapai misi kami untuk meluaskan akses kepada perubatan berkualiti kepada wanita, selain memberi impak positif kepada kehidupan wanita di seluruh dunia," kata Dr. Jessica Grossman, Ketua Pegawai Eksekutif Medicines360. "Kerjasama kami dengan MSI akan membantu wanita di Kenya menikmati akses kepada kaedah kontraseptif hormon mampu milik dan berkualiti tinggi di kawasan-kawasan yang belum menyediakan atau mengedarkan IUD hormon."

"Apabila para wanita memilki akses kepada pencegahan hamil, mereka boleh mengambil keputusan tentang masa depan mereka dan keluarga mereka," kata Helen Blackholly, wakil Marie Stopes International. "Kami bekerja keras siang dan malam melalui program negara kami untuk memastikan lebih ramai wanita mendapat akses kepada khidmat pencegahan hamil. Walau bagaimanapun, khususnya di Afrika sub-Sahara, keperluan terhadapnya adalah lebih tinggi berbanding usaha yang dilakukan. Kami berbesar hati kerana perkongsian baharu bersama Medicines360 ini akan membantu lebih ramai wanita yang terdiri daripada masyarakat yang sangat kurang bernasib baik di dunia untuk memenuhi keperluan perancangan keluarga mereka."

Latar Belakang Medicines360

Medicines360, berpangkalan di San Francisco, California adalah sebuah syarikat farmaseutikal tanpa untung global yang inovatif untuk kesihatan wanita dengan misi untuk meluaskan akses kepada ubat-ubatan berkualiti untuk semua wanita tanpa mengira status sosioekonomi, perlindungan insurans, atau lokasi geografi. Medicines360 komited untuk berkhidmat bersama penyedia penjagaan kesihatan, kumpulan penyokong, dan pesakit untuk menyampaikan rawatan yang inovatif dan bermakna seterusnya membantu wanita di seluruh dunia memperoleh akses yang lebih baik kepada ubat-ubatan yang diperlukan oleh mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati www.medicines360.org

Latar Belakang Marie Stopes International

Marie Stopes International adalah sebuah organisasi global yang menyediakan khidmat pencegahan hamil peribadi dan khidmat pengguguran yang selamat kepada wanita dan kanak-kanak perempuan. Pasukan tempatan kami yang profesional memiliki keazaman yang tinggi dalam pekerjaan yang dilakukan oleh mereka di 37 buah negara.

Perkhidmatan berkualiti tinggi daripada kami memberi kuasa kepada wanita untuk memilih waktu yang sesuai untuk menimang cahaya mata supaya mereka boleh mengejar rancangan dan impian untuk diri sendiri mahupun keluarga. Untuk maklumat lanjut, lawati www.mariestopes.org

Wakil Media:
Caren Begun
856-424-2023
Caren@greenroompr.com

Source: Medicines360
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Not for profit Women-related news