omniture

EXPRESS Perkenal Koleksi Kapsul 'Edition' Tampil Model "It Girls" Suki Waterhouse dan Magdalena Frackowiak

EXPRESS, Inc.
2015-12-08 23:26 92

NEW YORK, 8 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- EXPRESS, Inc. (NYSE: EXPR) hari ini mengumumkan pelancaran koleksi pakaian kapsul bertaraf tinggi pertama daripada EXPRESS, EXPRESS 'Edition'. Diinspirasi daripada gaya klasik ikonik dengan wajah moden, 'Edition' adalah gabungan gaya sofistikated dan jalanan dengan keutamaan diberikan pada jenis fabrik yang mewah, teknik jahitan yang lebih tinggi, dan perincian kepada butiran. Suki Waterhouse dan Magdalena Frackowiak ialah model-model yang mengayakan koleksi terbaharu itu dan akan muncul pada semua iklan digital mahupun bercetak.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151130/291859

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151130/291860

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151130/291861

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130910/NY76292LOGO

"Kami berasa teruja untuk melancarkan koleksi 'Edition' sebagai satu evolusi dalam falsafah EXPRESS untuk menggabungkan fesyen landasan dengan gaya jalanan," kata David Kornberg, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EXPRESS. "Kami mencungkil bakat rekaan pasukan kami untuk menghasilkan koleksi kapsul bertaraf tinggi yang sangat mementingkan gaya, aspirasi dan memberikan lebih pilihan untuk wanita yang inginkan gaya hidup berfesyen di mana-mana sahaja. Edition melambangkan wanita EXPRESS yang seksi, berkeyakinan, tenang dan sangat bersifat individu."

Boleh didapati di 27 buah gedung dan secara dalam talian melalui express.com/edition bermula pada 1 Disember, koleksi EXPRESS 'Edition' terdiri daripada 18 jenis gaya yang mengandungi 35 pilihan pakaian dengan harga antara $48-$498 serta 18 aksesories istimewa dengan harga antara $20-$298. Rekaan unik koleksi itu memberikan gaya baharu pada tuksedo klasik, pakaian berenda guipure, blaus sutera dan sifon, jaket penunggang yang sempurna, jaket pemuzik yang cantik, jean bersadur damar, serta seluar kulit. Palet warna hitam dan neutral menyerlahkan gandingan merah lembayung, perkakasan gading serta emas untuk gaya urban yang menawan.

Pelanggan boleh mengetahui aktiviti di belakang tabir dengan mengikuti @ExpressRunway melalui Instagram, @ExpressLife melalui Twitter, @Express melalui Snapchat dan juga melalui Facebook.com/EXPRESS.

Latar Belakang EXPRESS, Inc.

EXPRESS ialah pengeluar pakaian dan aksesories khusus untuk barangan wanita dan lelaki yang menyasarkan pelanggan berusia antara 20 hingga 30 tahun. Syarikat itu memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam menawarkan kombinasi unik fesyen dan kualiti untuk pelbagai gaya hidup pada nilai yang menarik, memenuhi keperluan fesyen bekerja, kasual, pakaian jean, dan acara luar. Syarikat itu kini mengendalikan lebih 600 gedung runcit dan kedai barangan terus dari kilang, yang biasanya terletak di pusat beli-belah utama, gedung fesyen, dan kawasan jalanan di sekitar Amerika Syarikat, Kanada dan Puerto Rico. Barangan EXPRESS juga boleh didapati di kedai-kedai francais di Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika Selatan. EXPRESS juga memasarkan dan menjual produknya melalui laman sesawang e-dagang miliknya, www.express.com, dan juga melalui aplikasi mudah alih.

Source: EXPRESS, Inc.
Related Stocks:
NYSE:EXPR
Related Links:
Keywords: Fashion New products/services