omniture

Crystal Lagoons Dianugerahkan Rekod Dunia Guinness untuk "Lagun Jernih Terbesar Dunia"

Crystal Lagoons
2015-12-10 10:00 116

BANGKOK, 10 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Crystal Lagoons, sebuah syarikat inovasi multinasional, telah mencatat Rekod Dunia Guinness untuk "Lagun Jernih Buatan Manusia Terbesar Dunia," memecahkan Rekod Dunia Guinness 2007 miliknya sendiri apabila lagun ikonik San Alfonso del Mar (8 hektar) telah dinamakan sebagai lagun terbesar oleh Rekod Dunia Guinness.

Terokai Hebahan Berita Multimedia yang interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/7689954-crystal-lagoons-guinness-world-record/

Kali ini, Rekod Dunia Guinness menjadi milik Lagun Jernih seluas 12.5 hektar yang merupakan tarikan utama bagi pembangunan pelancongan Citystars Sharm El Sheikh. Terletak di tengah-tengah padang pasir di salah satu kawasan pesisir paling mewah di Mesir, projek itu melibatkan pelaburan keseluruhan sebanyak $5.5 bilion dolar A.S.

Terletak di sebidang tanah seluas 750 hektar dengan lebih 12 Lagun Jernih yang berjumlah 100 hektar air sejernih kristal, projek itu merupakan hasil usaha sama antara Crystal Lagoons serta keluarga Sharbatly, salah satu keluarga tertua dan paling terkemuka di Timur Tengah dan Afrika yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Arab Saudi.

Crystal Lagoons telah membawakan kemudahan terkemuka dunia ke Citystars Sharm El Sheikh Mesir selain salah satu projek mega pertama di Thailand - MahaSamutr yang dibina khas, Private Country Club Hua Hin serta projek vila mewah yang eksklusif oleh PACE Development, menyertai portfolio sedunia Crystal Lagoons yang terdiri daripada lebih 300 projek di 60 buah negara.

Selain itu, Crystal Lagoons turut membangunkan "Bintan Treasure Bay" - projek pertamanya di Indonesia - selain 10 projek lain yang masih dalam peringkat pembangunan di rantau itu. 

Sebagai sebahagian daripada usaha perluasan Crystal Lagoons di Asia Tenggara, baru-baru ini syarikat itu telah membuka pejabat komersial pertamanya di Bangkok, Thailand serta melantik Jaime Rivera sebagai Pengarah Serantau. 

LATAR BELAKANG CRYSTAL LAGOONS 

Crystal Lagoons merupakan satu-satunya firma di dunia yang dapat menawarkan teknologi inovatif ini yang menggalakkan usaha pembangunan ekonomi berdaya maju bagi lagun jernih gergasi yang sesuai untuk aktiviti berenang dan sukan air. Takungan air yang besar ini merupakan kemudahan yang penting untuk projek hartanah dan pelancongan di seluruh dunia kerana ia menambahkan nilai serta mencetuskan revolusi dalam industri hartanah seluruh dunia.

www.crystal-lagoons.com 

Source: Crystal Lagoons
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Construction/Building Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards Broadcast feed announcements New products/services