omniture

CSA Group dan Kedutaan Kanada Anjur Seminar Kepentingan Piawaian untuk Perdagangan Antarabangsa

Canadian Standards Association
2015-12-10 12:32 230

BEIJING, 10 Disember 2015 /PRNewswire/ -- CSA Group, penyedia global terkemuka untuk khidmat pembangunan piawaian, pengujian produk, dan pensijilan, bersama Kedutaan Kanada ke China mengadakan satu seminar hari ini di Beijing tentang kepentingan piawaian dalam pasaran global. Antara barisan penyampainya ialah: RJ Falconi, Naib Presiden Eksekutif Hal Ehwal Pentadbiran dan Korporat, Penasihat Undang-undang & Setiausaha Korporat CSA Group; Hélène Vaillancourt, Naib Presiden Eksekutif CSA Group, Sains dan Kejuruteraan serta Naib Presiden Eksekutif Sementara, Asia; Guy Saint-Jacques, Duta Kanada ke China; dan Dr. Wang YiYi, Pengarah Institut Teori dan Strategi Pemiawaian, Institut Pemiawaian Kebangsaan China, dan juga En. Duan Baotong, Pentadbiran Pemiawaian China.

"CSA Group mempunyai sejarah yang panjang dalam pembangunan pemiawaian dan ilmu pengetahuan yang luas untuk ditawarkan kepada organisasi yang ingin berkembang ke peringkat antarabangsa. Kami gembira dapat bekerjasama dengan kerajaan Republik Rakyat China untuk berkongsi maklumat ini dengan organisasi-organisasi China," kata RJ Falconi. "Kami akan terus menggalakkan pembangunan piawaian di China dan bekerjasama dengan pihak kerajaan dan syarikat untuk terus mempromosikan produk bertaraf dunia yang berkualiti dan inovatif."

Kerajaan China memberi penekanan baharu terhadap inovasi, kualiti, dan kemampanan bagi mengekalkan China di barisan hadapan dalam pengeluaran global. Piawaian akan memainkan peranan penting dalam membantu mencapai matlamat ini dengan mempromosikan teknologi baharu, memberi penekanan terhadap prestasi dan keselamatan, serta latihan untuk pekerja.

"Kedutaan Kanada ke China gembira dapat menganjurkan seminar yang sangat penting ini," kata Duta Guy Saint-Jacques. "Pembangunan dan penggunaan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa memainkan peranan penting dalam mengurangkan tempoh memasarkan produk serta kos produk, selain menyediakan pelbagai faedah kepada syarikat dan pengguna. Saya gembira kerana berpeluang untuk memudahkan kolaborasi serta perkongsian ilmu antara rakan kongsi China kami serta pakar pemiawaian Kanada terkemuka, seperti CSA Group, dalam bidang ini."

CSA Group kini memperluaskan aktiviti pembangunan piawaiannya bagi membantu pelanggan di seluruh dunia dan akan terus menawarkan latihan serta perkhidmatan bagi membantu pengeluar memahami keperluan pasaran global. Ia membina makmal di Shanghai, Guangzhou, Kunshan dengan rangkaian penuh perkhidmatan pengujian dan pensijilan produk untuk pasaran global, termasuk Eropah dan Amerika Utara. Pada masa depan CSA Group akan mendorong pelaburan dan memperluaskan perkhidmatan setempat bagi memenuhi keperluan pelanggan di China yang semakin meningkat.

Latar Belakang CSA Group

CSA Group merupakan sebuah persatuan keahlian bebas yang berdedikasi terhadap keselamatan, kebaikan sosial dan kemampanan. Pengetahuan dan kepakarannya merangkumi pembangunan piawaian; penyelesaian latihan dan khidmat nasihat; perkhidmatan pengujian dan pensijilan global merentasi bidang perniagaan utama termasuk lokasi berbahaya dan perindustrian; pengangkutan, perpaipan dan pembinaan, perubatan, keselamatan, serta teknologi, perkakasan dan gas, tenaga alternatif, pencahayaan dan juga kemampanan; selain perkhidmatan penilaian produk pengguna. Tanda pensijilan CSA boleh didapati pada berbilion-bilion produk di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CSA Group lawati www.csagroup.org.

Wakil Hubungan Media:
Holly Huang
Hill and Knowlton Strategies
+65 6390 3346

Source: Canadian Standards Association
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Asian-related news Trade show news