LOS ANGELES, 10 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Googles.com (Tidak Berkaitan dengan Google) yang kini berusaha untuk merangka semula laman sesawang kanak-kanaknya sedang mencari rakan ekuiti/penyedia kandungan untuk membantu membangunkan dan/atau membiayai pengaktifan semula laman sesawang kanak-kanaknya. Nama domain googles.com telah didaftarkan sebelum Google.com dan peluang untuk membangunkan laman sesawang kanak-kanak menggunakan nama domain googles.com telah mendapat kebenaran menurut satu perjanjian penyelesaian bersama Google. Perjanjian penyelesaian itu juga meletakkan pelbagai sekatan tentang penggunaan tanda dagangan GOOGLE dan jenis perkhidmatan yang boleh diberikan oleh Google, Inc. kepada kanak-kanak. Maka, dalam usaha untuk mendekati lebih ramai kanak-kanak dan melindungi serta menguatkuasakan hak untuk menjalankan perkhidmatan yang akan disediakan kepada kanak-kanak, Googles.com kini mencari rakan ekuiti/penyedia kandungan untuk pasaran yang penting ini. Pihak yang berminat boleh menghubungi Bob Wyman, Esquire daripada Davis Wright Tremaine LLP, Los Angeles California melalui bobwyman@dwt.com.