omniture

CSA Group dan Pejabat Perdagangan Kanada di Taipei Anjur Seminar Pembangunan Ekonomi Jangka Panjang dan Kebersaingan dalam Era Globalisasi

Canadian Standards Association
2015-12-11 14:21 135

TAIPEI, 11 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- CSA Group, penyedia global terkemuka untuk khidmat pembangunan piawaian, pengujian produk dan pensijilan, bersama-sama Pejabat Perdagangan Kanada di Taipei (CTOT) berserta sokongan daripada Pejabat Taiwan Alberta, mengadakan satu seminar pada hari ini di Taipei dengan tema kebersaingan eksport dan perluasan ke dalam pasaran antarabangsa. Acara itu dihoskan oleh RJ Falconi, Naib Presiden Eksekutif Hal Ehwal Pentadbiran dan Korporat, Penasihat Undang-Undang & Setiausaha Korporat, CSA Group, Hélène Vaillancourt, Naib Presiden Eksekutif CSA Group, Sains dan Kejuruteraan serta Naib Presiden Eksekutif Sementara, Asia, Frances Hung, Naib Presiden Sementara Rantau Asia Utara dan Tenggara, En. Mario Ste-Marie, Pengarah Eksekutif, CTOT, En. Tom Cumming, Timbalan Pengarah, CTOT.

"CSA Group memiliki hampir 100 tahun pengalaman dalam membangunkan piawaian untuk mewujudkan dunia yang lebih baik, lebih selamat dan lebih lestari," kata RJ Falconi. "Kami berbesar hati untuk berkongi pengetahuan tersebut dengan pengeluar dari Taiwan untuk membantu mereka mengukuhkan kebersaingan, prestasi dan keselamatan produk mereka."

Memandangkan pasaran global menyumbang kepada kejayaan penting untuk sesebuah organisasi, pembangunan piawaian antarabangsa serta piawaian yang harmoni memainkan peranan penting. Piawaian yang berharmoni dengan pelbagai pasaran membantu merendahkan halangan perdagangan dan mewujudkan tanda aras prestasi dan keselamatan di seluruh dunia. Ujian dan pensijilan melalui makmal pihak ketiga yang berwibawa akan mengukuhkan lagi reputasi jenama dan kebersaingan.

Pengarah Eksekutif Mario Ste.-Marie daripada Pejabat Perdagangan Kanada di Taipei berkata: "Kami berbangga kerana berpeluang untuk menganjurkan acara hari ini bersama wakil utama dalam industri piawaian antarabangsa seperti CSA Group. Kami percaya seminar ini akan menonjolkan peluang kepada syarikat-syarikat Taiwan untuk bekerjasama dengan perusahaan dari Kanada bagi tujuan meningkatkan peluang eksport mereka di seluruh dunia."

CSA Group kini memperluaskan aktiviti pembangunan piawaiannya bagi membantu pelanggan di seluruh dunia dan akan terus menawarkan latihan serta perkhidmatan bagi membantu pengeluar memahami keperluan pasaran global. Ia membuka makmal di Taipei dan sebuah pejabat di Taichung yang dilengkapi dengan perkhidmatan pengujian produk dan pensijilan untuk pasaran global termasuk Eropah dan Amerika Utara. Pada masa depan, CSA Group akan meningkatkan pelaburan dan memperluaskan perkhidmatan setempat bagi memenuhi keperluan pelanggan Asia yang semakin meningkat.

Latar Belakang CSA Group
CSA Group merupakan sebuah persatuan keahlian bebas yang berdedikasi terhadap keselamatan, kebaikan sosial dan kemampanan. Pengetahuan dan kepakarannya merangkumi pembangunan piawaian; penyelesaian latihan dan khidmat nasihat; perkhidmatan pengujian dan pensijilan global merentasi bidang perniagaan utama termasuk lokasi berbahaya dan perindustrian; pengangkutan, perpaipan dan pembinaan, perubatan, keselamatan, serta teknologi, perkakasan dan gas, tenaga alternatif, pencahayaan dan juga kemampanan; selain perkhidmatan penilaian produk pengguna. Tanda pensijilan CSA boleh didapati pada berbilion-bilion produk di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CSA Group lawati www.csagroup.org.

Wakil Media: Holly Huang, Hill and Knowlton Strategies, +65 6390 3346

Source: Canadian Standards Association
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis Joint ventures Trade show news