omniture

Tawaran Istimewa Akhir Tahun 'Beli Rumah, Terbang Pulang' untuk NRI Menerusi Kempen Pulang Bahagia 2.0 oleh Tata Housing

Tata Housing
2015-12-11 14:26 293

DUBAI, UAE, 11 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Hasil daripada kejayaan Kempen Pulang Bahagia (Happy Returns Campaign) yang dilancarkan pada Julai 2015, Tata Housing - salah sebuah syarikat hartanah yang pesat membangun di India -mengumumkan kempen edisi kedua pada hari ini. Dalam kempen edisi kedua ini, pelanggan berpeluang untuk menerima mata penerbangan Jet Privilege antara 87,000 - 40,00,000 menerusi pembelian kediaman daripada projek Tata Housing di India.

Mata penerbangan percuma itu akan dikreditkan ke dalam akaun Jet Privilege pelanggan selepas mereka melunaskan 20 peratus pembayaran. Sekiranya pelanggan tidak memiliki Akaun JP, satu akaun baharu akan diwujudkan dan mata penerbangan akan dikreditkan ke dalam akaun tersebut. Tawaran ini hanya sah untuk pelanggan yang tinggal di luar India yang memiliki status bukan pemastautin India (NRI) yang sah termasuk pemegang pasport India, pemegang permit kerja yang sah di luar India dan pemegang kad hijau.

En. Brotin Banerjee, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan - Tata Housing, berkata, "Pada musim perayaan akhir tahun inilah NRI akan pulang untuk melawat keluarga mereka dan kami jangkakan ia adalah peluang untuk mereka menempah kediaman idaman mereka. Tata Housing menerima sambutan yang menggalakkan daripada NRI yang kini menyumbang kira-kira 15-20 peratus jumlah jualan yang dijangka meningkat kepada 25-30 peratus dalam tempoh 3-4 tahun akan datang. Dengan meningkatnya minat daripada warga India dari kawasan yang disebutkan, Kempen Pulang Bahagia adalah satu usaha dan langkah untuk merealisasikan impian itu."

NRI kini melihat hartanah di India sebagai pelaburan yang lumayan kerana mereka banyak membeli hartanah di seluruh negara menyumbang kepada pertumbuhan dan kedinamikan sektor ini. Selain itu, sejak merintis penjualan rumah dalam talian pada tahun 2013, Tata Housing menyenaraikan semua projek mereka secara dalam talian, memudahkan carian oleh NRI. Tata Housing melancarkan gerbang pembayaran bersepadu untuk membolehkan pelanggan membuat pembelian kediaman mereka secara dalam talian. Misalnya, baru-baru ini syarikat tersebut mejual sebuah vila berharga 5.5 juta rupee India di projek ekomewah di Myst, Kasauli - rekod jualan dalam talian termahal di India.

Kediaman daripada Tata Housing direka selepas melalui kajian yang mendalam. Ia menggabungkan personaliti dan gaya pengguna dari dalam dan luar India. Tata Housing berusaha untuk menyediakan tawaran yang berbeza dan tersuai kepada pelanggan mereka melalui projek-projeknya seperti perkhidmatan pekerja rencam, perkhidmatan spa dengan kemudahah kediaman pintar, kemudahan tercanggih seperti kolam renang infiniti, rumah kelab, dan pusat komuniti.

http://www.tatahousing.com

Wakil Media
Amit Nanda
91-9820103119
amitnanda@tatahousing.com

Source: Tata Housing
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Travel New products/services