omniture

PayPal Perjuangkan Kebangkitan Pekerja Bebas di Asia Tenggara

PayPal
2015-12-14 12:18 309

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Di "Self Made", sebuah Bengkel Kreatif yang diwujudkan oleh pekerja bebas untuk pekerja bebas; usahawan dan pengamal bebas daripada pelbagai bidang berhimpun bersama-sama untuk mengintai peluang serta berbincang tentang cabaran yang unik dalam ekonomi bekerja secara bebas di Asia. Keinginan untuk menjadi seorang pekerja bebas semakin bertambah, didorong oleh gabungan platform digital dan evolusi dalam tenaga kerja itu sendiri yang terus berkembang ke arah yang lebih fleksibel dalam pasaran global. Hal ini telah membangkitkan semangat dalam kalangan pekerja bebas yang baru bermula dalam bidang kreatif dan Internet.

Hierarki Keperluan Pekerja Bebas
Hierarki Keperluan Pekerja Bebas

Rantau Asia Pasifik memiliki ekonomi bekerja secara bebas yang berkembang maju yang diterajui oleh Singapura sebagai pasaran utama yang mengupah pekerja bebas di Asia dan berada dalam kalangan 10 pasaran terbaik untuk pekerja bebas di dunia[1]. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh portal pekerjaan untuk pekerja bebas Asia Tenggara, India mendahului dengan 2,369,000 pengguna dan diikuti oleh Filipina sebagai pasaran baharu dengan 536,000 pengguna. Pasaran lain yang aktif dalam rantau ini adalah Indonesia dengan 412,000 pengguna; dan 155,000 orang di Vietnam[2]; dalam pelbagai industri termasuk Rekaan Grafik, Pemasaran Internet, dan Pengaturcaraan.

Memahami jiwa seorang pekerja bebas

Walaupun memiliki komuniti yang berkembang, segmen untuk pekerja bebas masih lagi kurang mendapat perhatian dan juga rumit. Masalah utama yang mereka hadapi adalah untuk menerima bayaran bagi kerja yang dibuat secara dalam talian. Selain itu, memandangkan mereka menikmati waktu kerja yang fleksibel dan bebas untuk menghasilkan sesuatu dan belajar mengikut keselesaan masing-masing, mereka mungkin berasa sunyi kerana ketiadaan sokongan daripada sebuah organisasi.

Rahul Shinghal, Pengurus Besar, Asia Tenggara, PayPal mengulas, "Pekerja bebas memainkan peranan penting dalam sektor tenaga kerja masa kini. Mereka menambah nilai yang besar ke dalam ekonomi global dan memberikan kerja yang berkualiti tinggi pada harga yang munasabah, seterusnya menyamaratakan peluang dan menjadikan bidang ini lebih mudah disesuaikan. Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh pekerja bebas adalah untuk menerima bayaran tepat pada masanya, terutamanya untuk kerja yang melangkaui sempadan. Di sinilah PayPal hadir untuk membantu – dengan memberi kemudahan kepada pekerja bebas melalui platform pembayaran yang menjadikan proses urus niaga lebih pantas, selamat, dan mudah supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada hasil kerja mereka. Baru-baru ini kami telah meluaskan program Perlindungan Penjual kami untuk menyertakan perkhidmatan tertentu yang bermakna kami melindungi para Pekerja Bebas daripada pelanggan yang tidak bertanggungjawab dan invois tidak berbayar sekiranya mereka telah melunaskan komitmen mereka."

Bagi membela nasib para pekerja bebas, PayPal mengadakan satu bancian untuk memahami peluang dan cabaran dalam kalangan pekerja bebas. Berdasarkan 400,000 penglibatan sosial, PayPal memperkenalkan Hierarki Keperluan Pekerja Bebas (Freelancer's Hierarchy of Needs) dengan kerjasama pereka grafik Janine Pring untuk memberikan motivasi kepada pekerja bebas. Internet yang Andal diletakkan sebagai motivasi paling asas, diikuti dengan Bayaran Stabil, Perjumpaan & Kumpulan, Komuniti Dalam Talian, serta Pertumbuhan & Kepuasan.

Memulakan hidup sebagai pekerja bebas

PayPal menawarkan platform mudah dan agnostik yang tidak memerlukan sebarang peranti supaya mereka boleh berhubung dan menerima bayaran daripada pelanggan dari seluruh dunia. Pekerja bebas juga boleh menikmati kemudahan mengeluarkan wang tanpa perlu mengesahkan kad kredit. Dari segi bayaran yang diperoleh, ia dilindungi oleh salah satu daripada enjin pencegahan penipuan paling canggih di dunia.

Dilengkapi dengan jaringan pekerja bebas yang kukuh dan sebagai salah satu usaha untuk memajukan ekonomi pekerja bebas, PayPal juga memberi ganjaran kepada pekerja bebas yang menggunakan perkhidmatan PayPal dan akan menikmati rebat 1% sehingga AS$30, jika menerima dana tertentu melalui PayPal[3].

Meraikan pekerja bebas di Self Made

Di acara "Self Made" yang diadakan di The Refinery, sebuah ruang kerja kreatif untuk pencipta dan pekerja bebas terkenal, Jon Myers selaku pereka serta usahawan bidang teknologi Jon Yongfook berkongsi pengalaman mereka sebagai pekerja bebas.

Jon Myers barkata, "Self-Made menyediakan asas untuk anda mencorak skrip hidup anda dan ia selari dengan misi peribadi saya untuk mengubah dunia melalui rekaan, perhubungan, dan syarikat baharu."

"Keusahawanan adalah sesuatu yang menyeronokkan dan pada masa yang sama merupakan suatu pengalaman yang serius dan acara Self Made memberi inspirasi kepada para usahawan dengan sedikit idea tentang apa yang boleh diharapkan oleh mereka sekiranya mereka memilih jalan ini," rumus Jon Yongfook.

Latar Belakang Self Made

Self Made adalah platform kreatif kelolaan PayPal untuk meraikan kenikmatan menjadi seorang pekerja bebas di Asia Tenggara dengan menemukan para Pekerja Bebas dari seluruh rantau ini untuk berbincang tentang peluang dan cabaran. Dengan topik perbincangan diperoleh melalui catatan di laman sosial, orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang peluang dan cabaran daripada kaca mata pekerja bebas. Setakat 8 Disember 2015; Self Made telah memperoleh 1.5 juta gambaran sosial dan 400,000 penglibatan sosial.

Latar Belakang PayPal

Di PayPal (Nasdaq: PYPL), kami mengutamakan orang ramai bagi setiap yang kami lakukan. Ditubuhkan pada tahun 1998, kami terus menjadi peneraju dalam revolusi pembayaran digital, tahun lalu kami memproses 4 bilion bayaran yang mana 1 bilion daripadanya dibuat melalui peranti mudah alih. PayPal menyediakan kaedah yang lebih baik untuk orang ramai mendapatkan wang mereka dan berhubung antara satu sama lain, membantu mereka mengakses dan memindahkan wang mereka dengan selamat serta menawarkan pilihan untuk membayar mahupun untuk menerima bayaran. Melalui 173 juta akaun pelanggan kami yang aktif, kami menyediakan satu ekosistem bayaran yang terbuka dan selamat yang dipilih oleh orang ramai dan syarikat untuk berurus niaga dengan selamat antara satu sama lain secara dalam talian, di gedung mahupun melalui peranti mudah alih. PayPal merupakan platform bayaran yang benar-benar global yang disediakan untuk orang ramai dalam 203 pasaran, membolehkan pelanggan menerima bayaran dengan lebih 100 mata wang, mengeluarkan wang ke akaun bank mereka dalam 57 mata wang dan menyimpan baki dalam akaun Paypal menerusi 26 mata wang. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang PayPal, sila layari https://www.paypal.com/about. Untuk maklumat kewangan PYPL, kunjungi investor.paypal-corp.com.

Maklumat perhubungan untuk sebarang pertanyaan media:

Liru Chan 
Ketua Media Sosial & Komunikasi Peniaga, APAC 
+65-6590-5563 
lnchan@paypal.com

Yvette Yeo 
Edelman Singapore 
+65-6347-2355 
PayPalMerchant@edelman.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151209/8521508387

Source: PayPal
Keywords: