omniture

OIA Global Perluas Rangkaian Eropah melalui Pejabat Baharu di Milan, Itali

OIA Global
2015-12-15 10:00 259

PORTLAND, Oregon, 15 Disember 2015 /PRNewswire/ -- OIA Global, penyedia penyelesaian logistik, pembungkusan dan penyumberan bahan terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan kehadiran global yang diperluas melalui pejabat cawangan pertamanya di Itali.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20121113/LA11679LOGO

OIA Global secara tradisionalnya mempunyai tapak yang kukuh di kawasan utara, barat dan tengah di rantau itu. Pembukaan cawangan di Milan memperlihatkan usaha terkini dalam strategi pengembangan oleh syarikat itu, yang membolehkan OIA untuk terus memajukan prasarana mereka dalam salah satu pasaran paling penting di rantau itu.

"Itali merupakan pasaran penting untuk beberapa pasaran vertikal utama kami, khususnya dalam sektor Fesyen, Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Automotif bertaraf tinggi. Kami telah mengurus sejumlah besar perniagaan di sini selama bertahun-tahun, tetapi tiada apa yang lebih menggembirakan selain menjayakannya bersama kakitangan sendiri di lokasi tersebut," kata David Ower, selaku Pengarah Urusan.

"Kami yakin kami yang mempunyai pasukan terbaik yang membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan setempat serta hubungan rakan kongsi penting kami dengan lebih berkesan selain mampu mengembangkan seluruh perniagaan kami di Itali," kata Jacopo Signani, selaku Pengurus Operasi. "Kami bersedia untuk menjadikan 2016 sebagai tahun yang hebat untuk OIA di Itali," tambah beliau.

Pejabat OIA Milan boleh dihubungi melalui alamat dan nombor telefon berikut:

OIA Global -Milan
U/P: Jacopo Signani, Pengurus Operasi
Piazza IV Novembre N.7
Blend Tower
Milan, Itali 20124
TELEFON: +39 02 8734 3445
E-MEL: jacopo.signani@oiaglobal.com

Latar Belakang OIA Global: Sejak ditubuhkan pada tahun 1988, OIA telah berkembang maju sebagai peneraju dalam rantaian bekalan bernilai $1 bilion yang menyediakan pelanggan dengan kombinasi antara penyelesaian logistik, penyumberan bahan dan pembungkusan global yang unik. Dengan lebih 1000 ahli profesional, di lebih 60 buah pejabat milik mereka dan berada di lebih 25 buah negara seluruh dunia, OIA membangunkan penyelesaian inovatif yang mengoptimumkan rantaian bekalan seluruh dunia. OIA adalah sebahagian daripada LDI, Ltd. yang berpusat di Indianapolis, sebuah syarikat keluarga dengan pengalaman lebih seabad dalam membiayai serta mengurus syarikat pasaran tengah yang berpotensi tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.oiaglobal.com dan www.ldiltd.com.

Wakil OIA Global:
Jerry Levy
Pengarah Pemasaran & Komunikasi
+1-503-736-5900

 

Source: OIA Global
Related Links:
Keywords: Paper/Forest Products/Containers Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion New products/services