omniture

Beijing Memulakan Dasar Penginapan 72 jam Tanpa Visa

Air China
2012-12-27 00:12 204

BEIJING, 27 Dis, 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Air China, Pilihan Terbaik untuk Memindahkan Penumpang Antarabangsa di Beijing

Beijing baru-baru ini mengumumkan penginapan 72 jam tanpa visa bagi rakyat dari

45 negara yang mempunyai tiket penerbangan keluar dan visa ke negara ketiga,

bermula 1 Januari, 2013. Dasar ini akan menggalakkan ekonomi serantau,

pelancongan dan industri penerbangan awam bagi Beijing. Sebagai respons kepada

dasar baharu itu, Air China menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan

yang dapat memenuhi keperluan penumpang transit dan memastikan keselesaan penuh

kepada pelancong yang pergi ke dan dari Beijing.

 

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

 

Dengan rangkaian laluan mereka yang meluas, Air China adalah pilihan terbaik

untuk penumpang transit di Beijing

 

Dasar 72 jam tanpa visa ini diguna pakai untuk rakyat di 45 buah negara seperti

Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Brazil, Jepun, Korea

Selatan dan Singapura. Pelancong tidak perlu memohon visa dan boleh membuat

lawatan ringkas di sekitar Beijing. Air China mempunyai rangkaian laluan global

yang meluas dengan Beijing sebagai pusatnya, dengan memberi perkhidmatan kepada

30 buah negara dan wilayah. Dengan mengambil kesempatan daripada rangkaian Star

Alliance, Air China kini boleh membawa penumpang ke 1,356 destinasi di 193 buah

negara di seluruh dunia. Selain itu, Air China telah membuka China ke seluruh

dunia.

 

Air China akan mengukuhkan kedudukannya di Beijing dan menawarkan penyambungan

terbaik kepada pelancong tanpa perlu visa.

 

Dasar penginapan 72 jam tanpa visa akan meningkatkan jumlah penumpang transit

di Beijing. Air China akan menjadualkan penerbangan mereka mengikut keperluan

penumpang, sekali gus memastikan penyambungan yang sempurna bagi transit dan

pelancong tanpa visa. Sementara itu, Air China akan bekerjasama dengan

pengusaha pelancongan tempatan untuk memperkenalkan lawatan antara satu hingga

tiga hari, dengan membawa pelancong menikmati dan melihat keindahan China serta

memberikan mereka satu pengalaman yang unik.

 

Panduan Berguna: Senarai 45 negara yang layak untuk dasar penginapan 72 jam

tanpa visa (Maklumat berikut adalah sebagai rujukan sahaja. Semua maklumat

berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perbandaran Beijing dianggap

muktamad. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Pentadbiran

Pelancongan Beijing:

http://english.visitbeijing.com.cn/play/entertainment/beijingtooffer72-hourvisa/index.shtml  

 

Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali, Sepanyol,

Sweden, Rusia, Greece, Brazil, Australia, Korea Selatan, Jepun, Singapura,

Emiriyah Arab Bersatu, Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Estonia,

Finland, Hungary, Iceland, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda,

Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Switzerland, Ireland, Cyprus, Bulgaria,

Romania, Ukraine, Mexico, Argentina, Chile, New Zealand, Brunei, Qatar.

 

SUMBER: Air China

 

 

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Transportation New products/services