omniture

Kerajaan Mesir bakal Lantik Syarikat Keselamatan Global untuk Nilai Tahap Keselamatan Lapangan Terbang

The Egyptian Tourism Authority
2015-12-15 23:35 287

KAHERAH, 15 Disember 2015 /PRNewswire / -- Kerajaan Mesir telah bertemu dengan syarikat-syarikat perkhidmatan keselamatan dan risiko yang terkemuka dunia di Kaherah pada 10 Disember 2015 bagi mendengar cadangan untuk mengkaji semula dan menambah baik tahap keselamatan lapangan terbang di negara itu.  

Syarikat keselamatan global yang dipilih berdasarkan kepakaran khusus mereka dalam keselamatan penerbangan, membentangkan cadangan mereka kepada anggota Kabinet daripada Kementerian kerajaan Mesir, termasuk Tuan Yang Terutama Perdana Menteri, Sherif Ismail; Kapten Hassan Kamal, Menteri Penerbangan Awam; En. Magdi Abdel-Ghaffar, Menteri Dalam Negeri; dan En. Hesham Zaazou, Menteri Pelancongan.

Tugasan yang diberikan merangkumi audit terhadap keselamatan lapangan terbang di seluruh Mesir, termasuk menilai prosedur sekuriti dan keselamatan, peralatan, serta latihan. Syarikat yang dipilih akan membentangkan cadangan kepada kerajaan untuk memastikan keselamatan lapangan terbang di Mesir mencapai tahap tertinggi, dan akan bersama-sama kerajaan untuk menyokong pelaksanaan cadangan tersebut, menjalankan latihan pegawai keselamatan tambahan serta menjalankan penilaian secara berterusan dan berkala.

Pihak kerajaan akan memutuskan syarikat yang dipilih beberapa hari lagi, selepas melakukan proses penilaian kertas cadangan serta keupayaan yang menyeluruh. Satu pengumuman dijangka akan dibuat sebelum akhir Disember.

Keputusan untuk melantik pakar keselamatan antarabangsa dibuat oleh ahli jawatankuasa kerajaan yang ditubuhkan untuk menilai dan menambah baik keselamatan di seluruh lapangan terbang. Jawatankuasa itu diketuai oleh Perdana Menteri serta dianggotai oleh Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerbangan Awam dan Kementerian Pelancongan. Kerajaan tersebut komited untuk menjalankan tugas mereka secara tangkas dan telus untuk mewujudkan amalan keselamatan yang terbaik.

Selain itu, pihak kerajaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa antarabangsa untuk menambah baik tahap keselamatan lapangan terbang berdasarkan amalan antarabangsa. Baru-baru ini, Mesir berjaya melepasi audit yang dijalankan oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada syarikat penerbangan Rusia, Belanda, UAE dan Itali. Tambahan pula, Mesir bekerjasama dengan delegasi dari Britain, Jerman dan Rusia yang telah melakukan penilaian dan memberikan saranan berkaitan keselamatan.

Tuan Yang Terutama Hesham Zaazou, Menteri Pelancongan, berkata, "Pelancong luar telah memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi Mesir, dan kami mengambil langkah yang sewajarnya untuk terus mengukuhkan keselamatan sektor pelancongan. Kementerian yang terlibat, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, menjalin kerjasama erat untuk membuat penambahbaikan segera terhadap keselamatan lapangan terbang."    

Hubungi:
Iman Ahmed, iman.ahmed@bm.com, +971(0)4-450-7600

SUMBER  The Egyptian Tourism Authority

Source: The Egyptian Tourism Authority
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Computer/Electronics High Tech Security Passenger Aviation Travel