omniture

NEXCOM IoT Studio Percuma Perkukuh Inovasi IoT dengan Pengaturan Penggunaan Bebas Kod

Nexcom
2015-12-16 15:00 413

TAIPEI, Taiwan, 16 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Bagi mempercepatkan inovasi IoT, NEXCOM menawarkan muat turun NEXCOM IoT Studio secara percuma – alat konfigurasi berasaskan web – untuk pengaturan penggunaan sistem bebas pengaturcaraan. Melalui kaedah klik habis serta seret dan lepas, NEXCOM IoT Studio meringkaskan proses pembangunan aplikasi IoT, membolehkan ujian serta-merta dilakukan terhadap idea inovatif, dan mengubah ciptaan berasaskan bukti konsep kepada pengaturan penggunaan secara besar-besaran.

"Nilai Internet of Things adalah hebat dan masih banyak yang perlu diterokai. Bagi mempercepatkan proses pembangunan keseluruhan inovasi IoT, NEXCOM IoT Studio diwujudkan sebagai alat konfigurasi mudah yang membolehkan pembangun menyediakan ciri-ciri khusus dengan memanfaatkan fungsi yang disepadukan terlebih dahulu, dan memudahkan proses konfigurasi sistem dengan hanya beberapa klik serta gerakan seret dan lepas – proses yang sebelum ini memerlukan pembangun menulis ribuan barisan kod secara manual. Dengan menjadikan NEXCOM IoT Studio dimuat turun secara percuma, NEXCOM berharap dapat melihat lebih banyak aplikasi IoT mula digiatkan," kata Alex Perng, Pengurus Besar Unit Perniagaan IoT NEXCOM.

Dengan NEXCOM IoT Studio Agent yang dipasang pada peranti lapangan, pembangun boleh mula mencipta aplikasi IoT menggunakan konsol konfigurasi NEXCOM IoT Studio berasaskan web. Konsol ini menyediakan kaedah klik serta seret dan lepas yang mudah dan intuitif untuk ditentukan oleh pembangun termasuk data yang perlu dikumpul, kaedah pemprosesan data, dan lokasi untuk menghantar data. Pembangun juga boleh memeriksa status keadaan peranti dan mengubah suai tetapan peranti melalui konsol, mengurus, mengkonfigurasi dan menyelenggara peranti dari jauh bagi memaksimumkan fungsi aplikasi.

Dengan memanfaatkan kelebihan API pihak ketiga yang disepadukan terlebih dahulu, pembangun boleh menghubungkan peranti di premis secara lancar dengan platform perkhidmatan awan, membolehkan lebih banyak tindakan dilakukan sekiranya berlaku sebarang kejadian. Penyepaduan ini menawarkan jalan pantas ke awan, memberikan pembangun kebolehan untuk menentukan laluan data bagi menghantar data yang dikumpulkan dari tempat yang jauh kepada pelayan yang dikhaskan atau penyedia perkhidmatan awan melalui Internet atau Intranet sambil menjimatkan masa dan juga usaha untuk mengadaptasi perkhidmatan awan yang berbeza dengan aplikasi mereka. Hasilnya, pembangun boleh memfokuskan untuk menginovasi aplikasi IoT tanpa perlu menghasilkan aplikasi dari awal.

Bagi memperluaskan tawarannya kepada lebih ramai pembangun, NEXCOM IoT Studio menyokong pelbagai antara muka I/O, piawaian internet, antara muka protokol fieldbus perindustrian, serta protokol IoT. Aplikasinya adalah luas dan melibatkan pemantauan persekitaran dalam pemetaan kualiti udara, pengurusan kemudahan dalam bangunan pintar, penyelenggaraan ramalan pengautomatan dan kawalan perindustrian, dan penjejakan ketersediaan sokongan untuk peruncitan, antara lainnya.

Bagi pengeluaran besar-besaran aplikasi IoT yang pantas, NEXCOM IoT Studio disediakan melalui gerbang IoT NEXCOM siri NIO yang serasi dengan komputer Raspberry Pi™, modul komput Edison Intel® , dan MediaTek LinkIt™. Muat turun NEXCOM IoT Studio secara percuma di www.alliotcloud.com.

Latar Belakang NEXCOM: Ditubuhkan pada tahun 1992, NEXCOM menggabungkan kebolehannya dan mengendalikan enam perniagaan global, iaitu Penyelesaian Multimedia, Penyelesaian Pengkomputeran Mudah Alih, Penyelesaian Pengautomatan IoT, Penyelesaian Rangkaian dan Komunikasi, Keselamatan Digital Pintar, serta Informatik Perubatan dan Penjagaan Kesihatan. NEXCOM berkhidmat kepada para pelanggannya di seluruh dunia melalui anak-anak syarikatnya yang berada di lima buah negara perindustrian utama. Menerusi trend mega IoT, NEXCOM memperluas tawarannya dengan menyediakan penyelesaian aplikasi baharu termasuk IoT, robot, kereta terhubung, Industri 4.0, dan keselamatan perindustrian. www.nexcom.com

Semua tanda dagangan adalah hak pemilik masing-masing.

Liyin Lin 
Pengarah Pemasaran
E-mel: liyinlin@nexcom.com.tw 
Tel: +886 2 8226 7786 samb. 2110

Source: Nexcom
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services