Menyediakan Lapan Amalan Terbaik yang Diperlukan Secara Am bagi Menjalankan Program yang Berkesan
NEW DELHI, 16 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Institut SANS, peneraju global untuk latihan keselamatan siber, serta sekutunya Pensijilan Jaminan Maklumat Global (GIAC), mengumumkan satu perkongsian dengan Persatuan Kebangsaan Syarikat Perisian dan Perkhidmatan (NASSCOM) dan Majlis Keselamatan Data India (DSCI) bagi mempercepatkan pengukuhan kedudukan India dalam kepimpinan keselamatan siber di peringkat global.
Satu Memorandum Persefahaman (MOU) yang menyatakan hasrat kolaborasi kedua-dua organisasi telah ditandatangani pada hari Rabu, 16 Disember oleh Dr. Sandhya Chintala, Pengarah Eksekutif SSC NASSCOM, En. Nandkumar Saravade, Ketua Pegawai Eksekutif - DSCI dan En. Scott Cassity, Pengarah Kanan GIAC SANS. Matlamat kolaborasi antara SANS, NASSCOM – SSC dan DSCI adalah untuk memajukan lapan amalan terbaik bagi tujuan pembangunan kemahiran keselamatan siber secara pesat di India.
Melalui usaha SANS dalam menyokong organisasi dan negara membangunkan keupayaan keselamatan siber pada peringkat negara; lapan amalan terbaik berikut telah dikenal pasti sebagai aktiviti penting untuk digunakan dalam memajukan India sebagai peneraju global dalam keselamatan siber:
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan NASSCOM bagi membangunkan program latihan dan pensijilan keselamatan siber yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan golongan profesional teknologi yang terlatih dan berkemahiran yang sentiasa meningkat di India," kata Scott Cassity, Pengarah Kanan GIAC, SANS. "SANS dan GIAC memberi penekanan tersendiri kepada kemahiran keselamatan siber amali yang diperlukan untuk menghalang peningkatan ancaman keselamatan maklumat yang berterusan dalam dunia kita yang semakin terhubung. Perkongsian SANS dengan NASSCOM akan membawa kepada pendirian keselamatan yang lebih utuh di India."
Nandkumar Saravade, Ketua Pegawai Eksekutif DSCI berkata, "Peranan golongan profesional keselamatan menjadi semakin kritikal untuk sesebuah organisasi. Penting untuk mereka memiliki kemahiran terkini yang sentiasa diasah. Kami gembira dapat bekerjasama dengan NASSCOM dan SANS dalam agenda pembangunan kemahiran keselamatan siber. Perkongsian ini membolehkan India merapatkan jurang kemahiran dan membangunkan keupayaan dalam bidang ini."
Latar Belakang Institut SANS
Institut SANS ditubuhkan pada tahun 1989 sebagai organisasi penyelidikan dan pendidikan bersama. SANS merupakan penyedia yang paling dipercayai dan setakat ini, yang terbesar untuk latihan serta pensijilan keselamatan siber kepada para profesional di institusi kerajaan dan juga komersial seluruh dunia. Pelatih SANS yang terkenal mengajar lebih 50 kursus berbeza di lebih 200 acara latihan keselamatan siber secara langsung serta dalam talian. GIAC, sekutu Institut SANS, mengesahkan kelayakan kakitangan melalui 30 pensijilan keselamatan maklumat teknikal secara amali. Institut Teknologi SANS, anak syarikat bebas yang diakreditasi di peringkat serantau, menawarkan ijazah sarjana dalam keselamatan siber. Tulang belakang SANS yang penting adalah pengamal keselamatan yang ramai, mewakili pelbagai organisasi global, daripada syarikat sehinggalah universiti, yang bekerjasama bagi membantu seluruh komuniti keselamatan maklumat. (www.SANS.org)
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang latihan keselamatan siber penting SANS di India dan di rantau Asia Pasifik yang lebih luas, sila lawati: www.sans.org/u/b37