omniture

Blackstone bakal Labur $170 Juta dalam IBS Software

IBS Software
2015-12-17 11:48 465

TRIVANDRUM, India, 17 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Pakar teknologi pelancongan, pengangkutan, dan logistik global IBS Software hari ini mengumumkan ia akan menerima pelaburan ekuiti swasta sebanyak $170 juta daripada dana yang diuruskan Blackstone (NYSE:BX) sebagai tukaran untuk pemegangan saham minoriti. Blackstone akan membeli General Atlantic, sebuah firma ekuiti pertumbuhan terkemuka yang melabur dalam IBS sejak tahun 2007 dan pemegang saham lain. Urus niaga itu dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan, tertakluk kepada kelulusan kawal selia lazim.

Ini adalah kali kedua IBS menerima pelaburan modal daripada firma PE (ekuiti swasta) global, satu pengiktirafan yang umum dilihat sebagai penunjuk bagi kedudukannya yang semakin kukuh dalam industri tempat ia beroperasi. IBS hadir di peringkat global melalui hampir 3,000 profesional merentasi sembilan cawangan dan menyediakan pelbagai pilihan produk perisian generasi baharu kepada beberapa buah syarikat penerbangan terbaik dunia, lapangan terbang paling sibuk, syarikat pelayaran terkemuka, pengedar pelancongan utama, serta syarikat minyak & gas terkenal. Blackstone merupakan firma pengurusan aset gantian terbesar dunia dengan aset yang diuruskan melebihi $334 bilion.

"Pelaburan oleh pihak PE tahap 1 global merupakan satu jaminan sebenar, bukan sahaja tentang kaitannya dan kepentingan dalam setiap yang kami lakukan serta kekukuhan kewangan kami, tetapi juga satu pengesahan terhadap wawasan industri kami, model perniagaan yang kami kendalikan, serta standard pentadbiran korporat. Kami melihat sinergi yang besar daripada portfolio syarikat Blackstone serta pengalaman mereka yang luas dalam bidang pelancongan dan hospitaliti," kata VK Mathews, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif IBS Group.

"Perkongsian ini akan memperhebatkan lagi lembaga IBS, mempertingkatkan keluasan pengurusan, dan membantu kami memanfaatkan kepakaran terbukti daripada golongan profesional agar dapat meluaskan kehadiran kami. Dengan memanfaatkan kelebihan jangkauan global serta kepakaran Blackstone, kami akan dapat memberikan nilai yang berterusan dalam tempoh jangka panjang kepada para kakitangan, pelanggan dan pemegang saham kami. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Blackstone ketika kami berusaha untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam strategi pertumbuhan agresif kami," kata Rajiv Shah, Ketua Pegawai Eksekutif IBS Software.

"IBS merupakan syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang jarang ditemui yang memiliki harta Intelek dalam sektor penerbangan, pelancongan dan hospitaliti di seluruh dunia. Kami kagum dengan pasukan pengurusan syarikat serta rekod prestasinya yang menyediakan penyelesaian misi kritikal kepada pelanggan global yang penting. Kami menjangkakan peluang pertumbuhan signifikan untuk IBS, didorong oleh pengetahuan domain syarikat itu yang luas, portfolio produknya serta senarai pelanggan yang serba hebat," kata Amit Dixit, Pengarah Urusan Kanan dan Ketua Bersama Ekuiti Swasta India di Blackstone.

Tiada perubahan besar dalam corak pemegangan syer majoriti dalam IBS Software memandangkan pihak pelabur PE awal General Atlantic, yang telah melabur pada tahun 2007, berundur setelah urus niaga ini. "Kami mengucapkan terima kasih kepada pasukan pengurusan IBS kerana telah mengembangkan syarikat ini sejak awal kami melabur. Pertumbuhan dan kematangan syarikat itu dalam tempoh pelaburan kami adalah sangat luar biasa. Kami berasa gembira kerana dapat menyerahkan tanggungjawab ini kepada Blackstone untuk meneruskan usaha pertumbuhan IBS dan mencapai kecemerlangan baharu," kata Sandeep Naik, Pengarah Urusan dan Ketua India dan Asia Tenggara, General Atlantic.

Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.ibsplc.com

Wakil Media:
Bratati Ghosh
Bratati.Ghosh@ibsplc.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20121122/577929

Source: IBS Software
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Acquisitions, mergers, takeovers