omniture

Kongres ESMO Asia 2015: 18-21 Disember 2015, Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura

European Society for Medical Oncology (ESMO)
2015-12-17 14:08 383

LUGANO, Switzerland dan SINGAPURA, 17 Disember 2015 /PRNewswire/ --

Pakar barah kongsi dapatan terkini di Singapura 

ESMO, organisasi profesional utama dalam bidang onkologi perubatan berbesar hati mengumumkan Kongres ESMO Asia 2015 yang pertama di Singapura. Sebagai platform saintifik dan pendidikan utama untuk ahli onkologi dan pihak pemegang saham yang terlibat dalam penjagaan barah, kongres tahunan ESMO di Asia ini menyasarkan untuk memudahkan pertukaran maklumat antara penyelidik, doktor, dan pesakit dalam pelbagai disiplin untuk mencari penyelesaian rawatan yang terbaik.

Berikut adalah ringkasan pendek tentang berita yang akan diterbitkan bersempena Kongres ESMO Asia 2015.

Siaran media akan disiarkan setiap hari dan turut disediakan dalam

Bahasa Cina Dipermudah, Bahasa Cina Asli dan Bahasa Jepun 

http://www.esmo.org/ESMO/Conferences/ESMO-Asia-2015-Congress/News  

Pesakit yang tidak bernasib baik dan berisiko tinggi berhadapan dengan 'bencana kewangan' disebabkan penyakit  

[Laporan lengkap disiarkan pada Khamis, 17 Dis., jam 23:55 SGT] 

Data yang dikumpulkan daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di 8 buah negara Asia Tenggara menunjukkan 5% pesakit barah menjadi papa disebabkan kos berkaitan penyakit yang tinggi (Mac 2012-September 2013). Penyelidik menunjukkan barah menyebabkan 'bencana kewangan' kepada hampir separuh pesakit yang menghadapi masalah kewangan semasa didiagnosis.

Imunoterapi dan terapi sasaran: pilihan baharu untuk barah kepala-dan-leher yang sukar dirawat.

[Laporan lengkap disiarkan pada Khamis, 17 Dis., jam 23:55 SGT] 

Ujian fasa I dan II menunjukkan potensi aktiviti antineoplastik yang tinggi oleh agen imunoterapi pembrolizumab dalam pesakit yang menghidapi barah nasofarinks prarawat yang teruk, dan keberkesanan agen sasaran afatinib sebagai rawatan peringkat kedua untuk karsinoma sel skuamus metastatik (HNSCC) yang berulang selepas kegagalan terapi berasaskan platinum.

Wanita Asia yang menghidapi barah payudara rintang endokrin beroleh manfaat daripada gabungan terapi

[Laporan lengkap disiarkan pada Jumaat, 18 Dis., jam 23:55 SGT] 

Data yang diperoleh daripada pesakit Jepun dan Korea dalam ujian percubaan global menyediakan bukti gabungan palbociclib dengan fulvestrant untuk mengatasi rintangan endokrin dalam pesakit wanita yang menghidapi barah payudara peringkat teruk dengan reseptor hormon positif (HR+), HER2 negatif (HER2-). Terjemahan dalam bahasa Cina dan Jepun turut disediakan.

Afatinib adalah pilihan yang lebih baik untuk merawat barah paru-paru mutasi EGFR sebagai rawatan peringkat pertama  

[Laporan lengkap disiarkan pada Sabtu 19 Dis., jam 23:55 SGT] 

Pesakit dengan barah paru-paru mutasi EGFR peringkat lanjutan dilihat beroleh manfaat daripada afatinib sebagai rawatan peringkat pertama merentasi titik akhir klinikal yang berkaitan, seperti yang dilaporkan dalam ujian Fasa IIb global, rawak dan label terbuka.

Lebih ramai pesakit barah paru-paru akan beroleh manfaat daripada imunoterapi 

[Laporan lengkap disiarkan pada Sabtu, 19 Dis., jam 23:55 SGT] 

Ujian fasa penting 2/3 menunjukkan dua dos antibodi anti-PD-1 pembrolizumab dan dos selidik yang lebih tinggi menambah baik median mandiri dalam semua pesakit PD-L1-positif berbanding kemoterapi biasa.

Dapatkan bingkasan tentang apa yang boleh anda harapkan daripada Kongres ini: abstrak yang diterima untuk Poster, Perbincangan Poster dan sesi Pembentangan Kertas Kajian di Kongres ESMO Asia 2015 disediakan secara dalam talian (setakat hari Rabu, 16 Disember 2015 pada jam 16:00 SGT)

 https://cslide.ctimeetingtech.com/library/esmo/browse/itinerary/5225

Abstrak lewat akan diterbitkan kepada umum pada permulaan sesi Kongress rasmi semasa kertas itu dibentangkan.

Pendaftaran Pihak Media 

ESMO mengalu-alukan pihak media yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan melaporkan isu barah. Pendaftaran Kongres ESMO Asia 2015 adalah percuma kepada pihak media bona fide yang mempunyai surat tugasan dan kad media yang sah (Dasar Media ESMO http://www.esmo.org/content/download/70017/1246920/file/ESMO-Asia-2015-Media-Policy.pdf )

Kami mengharapkan kehadiran anda ke Singapura atau dapat membantu anda dalam sebarang pertanyaan tentang liputan ESMO Asia 2015 secara jarak jauh. 

Latar Belakang ESMO

ESMO ialah organisasi profesional terkemuka untuk onkologi perubatan. Dengan keahlian lebih 13,000 profesional dalam bidang onkologi dari 130 buah negara, kami adalah sumber rujukan untuk pendidikan dan maklumat onkologi. Kami komited dalam membantu para ahli kami untuk membangun dan mara dalam persekitaran profesional yang pesat berubah ini.

Sumber pendidikan dan maklumat kami mengguna pakai pendekatan bersepadu dan berbilang profesion dalam merawat barah. Kami berusaha merapatkan jurang dalam rawatan barah sebagai usaha kami untuk mengejar misi kami dalam bidang onkologi di seluruh dunia.

Untuk RSVP pihak media atau pertanyaan, sila hubungi:

Ruder Finn Asia
Petrina Loh
Eksekutif Akaun
DID: +65-6336-7694 / Tel. Bimbit: +65-9005-2790
lohp@ruderfinnasia.com

Ruder Finn Asia
Michelle Tan
Eksekutif Akaun
DID: +65-6336-6408 / Tel. Bimbit: +65-9186-4848
tanm@ruderfinnasia.com

Pejabat Media ESMO
media@esmo.org

Source: European Society for Medical Oncology (ESMO)
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news