omniture

Volkswagen KraftWerk dan CarTowers Bersedia untuk Musim Sejuk di Autostadt, Wolfsburg, Destinasi Automotif Terkemuka Dunia

Autostadt GmbH
2015-12-17 20:20 295

WOLFSBURG, Jerman, 17 Disember 2015 /PRNewswire/ --

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/19185/ -

Semasa Advent Sunday terakhir sebelum hari Krismas, keempat-empat cerobong asap di atas loji kuasa KraftWerk Volkswagen menyala umpama lilin merah gergasi di taman khayalan musim dingin di Autostadt. Taman itu bergemerlapan dengan ribuan lampu kecil pada pokok dan peluncur ais yang menarik pengunjung menelusuri perjalanan penuh irama ke New York, Rio de Janeiro, Moscow, Paris, Macau, Las Vegas, Berlin dan London. Suasana musim dingin yang menenangkan diserlahkan lagi dengan permukaan ais saujana mata memandang yang dibarisi figura musim dingin serta chalet kecil yang menghidangkan snek dan juga kudapan lazat. Setiap tahun, lebih dua juta orang mengunjungi taman tema automotif di Wolfsburg itu, salah satu destinasi pelancong paling popular di Jerman. Sebarang maklumat tentang Autostadt: http://www.autostadt.de.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151216/296602
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151216/296601 )

Gambar Autostadt secara percuma: http://www.presse.autostadt.de.

Latar Belakang Autostadt di Wolfsburg - Destinasi automotif terkemuka dunia 

Sebagai platform komunikasi untuk Volkswagen Group, Autostadt di Wolfsburg memfokuskan nilai korporat Volkswagen dan semua aspek mobiliti yang selari dengan tema: "Manusia, kereta dan apa yang menggerakkan mereka." Taman tema dan pusat pendidikan itu menarik lebih 30 juta pengunjung sejak dibuka secara rasmi pada tahun 2000, menjadikan Autostadt sebagai salah satu destinasi pelancong paling popular di Jerman. Autostadt merupakan pusat penyediaan kereta baharu yang terbesar di dunia dan menempatkan ZeitHaus, muzium kereta yang paling kerap dikunjungi di dunia. Dengan pelbagai acara kebudayaan, termasuk Festival Movimentos secara tahunan, Autostadt adalah tempat pertemuan antarabangsa yang dikenali ramai untuk penggemar budaya.

Hubungi:

Autostadt GmbH
StadtBrücke
38440 Wolfsburg
Telefon: +49-(0)5361/40-1444
E-Mel: Pressestelle@autostadt.de

Source: Autostadt GmbH
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Auto Transportation Travel New products/services