Pengguna-pengguna Android Kini Boleh "Menghasilkan Video Musik Pada Bila-bila Masa" dengan Triller
Peminat-peminat selebriti termasuk Justin Bieber, Selena Gomez, Kevin Hart dan Rita Ora telah menghasilkan video dengan Triller yang boleh didapati di App Store dan kini di Google Play dan Amazon Appstore
NEW YORK, Disember 17, 2015 /PRNewswire/ -- Dengan berlandaskan kejayaan besar app video musik revolusioner yang dikenali sebagai Triller™, pembangun-pembangun alatan mobil, David Leiberman dan Sammy Rubin, dengan kerjasama pengarah video musik yang memenangi VMA, Colin Tilley, telah mengumumkan pelancaran Triller untuk Android™. Triller telah mendapat sambutan besar di App Store℠ sejak pelancarannya pada Julai 2015, dan Leiberman, Rubin, dan Tilley menjangka prestasi cemerlang semasa pelancaran Triller untuk Android. Muat turun Triller hari ini dengan percuma di Google Play™ atau di Amazon Appstore™. Triller juga akan mengeluarkan pengemaskinian untuk iOS terkini yang memaparkan pek-pek penapis baru app ini. Muat turun Triller di App Store untuk mencuba penapis-penapis baru ini.
Video - https://youtu.be/N66laPDSKTc
Dengan 33 juta video musik yang dihasilkan dan 1 juta video musik yang dirakam dalam sehari, Triller telah menjadi satu fenomena budaya. Selebriti-selebriti seperti Kevin Hart, Justin Bieber, Selena Gomez, Russell Simmons dan Rita Ora telah menghasilkan video Triller dan artis-artis seperti Charlie Puth, Jadakiss dan X Ambassadors telah berjaya menjalankan pertandingan-pertandingan peminat dengan menggunakan Triller. Untuk Leiberman, Rubin dan Tilley, pelancaran untuk Android ialah langkah wajar seterusnya. Rubin berkata, "Pelancaran untuk Android merupakan permintaan nombor satu bagi peminat-peminat Triller melalui emel-emel maklum balas. Selain itu, setiap pos pada Instagram mengandungi banyak komen yang mengatakan "Kami mahu Android!".
App Android Triller boleh didapati di lebih daripada 140 negara, termasuk pasaran-pasaran musik utama seperti India, Jepun, Jerman, dan Malaysia. Di Malaysia, Triller telah menjadi Top 50 secara keseluruhannya di App Store dan ini menjadi satu tanda potensi di peringkat antarabangsa. Leiberman berkata, "Kami amat bersukacita untuk menawarkan Triller kepada ramai orang di serata dunia dengan Andriod dan kami tidak sabar untuk melihat video-video yang akan dihasilkan oleh pengguna-pengguna di seluruh dunia."
Pasukan Triller membina app tersebut dari mulanya untuk Android. Penapis-penapis bergaya, kebolehan zoom dan ciri ubah manual menawarkan kemungkinan-kemungkinan kreatif yang tidak berhad. Untuk iPhone, versi app iOS Triller yang dikemaskini memaparkan pek-pek penapis Triller yang pertama iaitu "Warna" dan "Klasik". Tambahan pula, versi baru mempunyai perubahan reka bentuk cantik yang lebih menonjolkan rupa dan rasa Triller. App ini boleh juga dioptimumkan untuk iPad dan iPad Pro.
"Saya berasa amat kagum dengan video-video kreatif yang dihasilkan oleh pengguna-pengguna dengan Triller," kata Colin Tilley. "Ia akan disampaikan kepada peminat-peminat baru dan justeru itu, akan mencapai tahap yang lebih tinggi."
Triller boleh didapati secara percuma di App Store, Google Play dan Amazon Appstore. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.triller.co.
Pastikan anda mengikuti Triller di Instagram, Twitter, Facebook, YouTube dan Vine untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai versi baru, video-video yang dipaparkan dan pertandingan-pertandingan terkini.
Mengenai Triller
Triller merupakan app musik video luar biasa untuk iOS dan Android yang membolehkan seseorang untuk menghasilkan video musik pada bila-bila masa. Teknologi pengubahan auto, antara muka yang anggun dan pengalaman pengguna yang mudah menjadikan proses penghasilan video-video musik dengan telefon pintar anda cepat dan seronok. Pilih sebuah lagu, ambil bahagian lagu yang anda ingin gunakan, tangkap beberapa cubaan dan dengan menekan satu butang, anda dan rakan-rakan anda boleh membintangi video musik berkualiti selebriti tersebut. Muat turun Triller secara percuma di App Store, Google Play dan Amazon Appstore. Lihatlah Triller di Instagram @trillervids and dapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.triller.co.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Triller, hubungi:
Dan Berger
+1 (917) 667-4513
dan@triller.co