omniture

Strategas Securities, LLC Tingkat Keupayaan Pasaran Modal; Teruskan Perkembangan

Strategas Securities, LLC
2015-12-17 23:56 142

NEW YORK, 17 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Strategas Securities, LLC hari ini mengumumkan usaha perkembangan berterusan melalui perluasan dalam keupayaan pasaran modal. Institutional Securities Division yang baru ditubuhkan bakal menggabungkan unit Perkhidmatan Korporat, Transaksi Persendirian, serta Jualan & Dagangan sedia ada dengan kumpulan Pasaran Modal yang baru ditubuhkan itu. Langkah itu akan terus membangunkan perkhidmatan yang ditawarkan Firma itu kepada lebih 300 buah syarikat dagangan awam dan swasta di seluruh dunia.

Strategas melantik James Ramp sebagai Pengarah Urusan untuk mengetuai usaha itu. En. Ramp ialah mantan ketua Pasaran Modal di Convergex dan memulakan tugas pada pertengahan November. Presiden & Ketua Pegawai Operasi Strategas, Nicholas Bohnsack, yang mengetuai bahagian Institusi Sekuriti dan Penyelesaian Kewangan untuk Firma itu, berkata, "kami berasa gembira untuk mengalu-alukan kedatangan Jim Ramp ke dalam pasukan Strategas untuk membantu kami menjalankan inisiatif Pasaran Modal kami. Langkah ini akan membantu pasukan pengurusan kami memanfaatkan sepenuhnya proses yang telah kami mulakan dengan pengambilalihan Voyager Institutional Services pada tahun 2013."

Antara usaha perkhidmatan korporat yang ditawarkan oleh Strategas adalah pengurusan jerayawara tanpa urus janji dan penyelidikan makroekonomi saksama untuk syarikat. Fungsi pasaran modal firma itu akan berusaha untuk menyediakan ekuiti dan pengagihan hutang kepada syarikat yang tersenarai, khidmat nasihat umum kepada syarikat awam dan swasta, urus niaga pasaran peribadi, pengumpulan modal strategik serta khidmat nasihat pra-IPO untuk entiti bukan awam. Perkhidmatan penyelidikan pasaran makro teras Strategas memberikan strategi pelaburan, ekonomi, teknikal, kuantitatif, dasar Washington, dan analisis pasaran pendapatan tetap kepada pelbagai pelanggan daripada institusi tradisional, dana pencen awam, dana kekayaan negara, penaja kewangan serta pejabat keluarga di lima buah benua.

Jason DeSena Trennert, Rakan Pengurus dan Pengerusi Strategas, berkata, "Sejak penubuhan kami pada 10 tahun lalu, kami terus mencari jalan untuk berkhidmat kepada komuniti institusi pelaburan melalui perkongsian persendirian yang bebas. Kami percaya penambahan perkhidmatan pasaran modal ini akan meningkatkan keupayaan kami untuk melangkaui jangkaan pelanggan kami dan juga membina firma perkhidmatan kewangan terbaik yang memfokuskan penyelidikan kami."

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nicholas Bohnsack di talian 212-906-0132.

Strategas (www.strategasrp.com) ialah firma institusi pembrokeran utama yang memfokuskan penyelidikan makro, pasaran modal dan khidmat nasihat korporat, selain penyelesaian kewangan untuk institusi pelaburan dan eksekutif korporat di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Jason DeSena Trennert, Nicholas Bohnsack dan Don Rissmiller, Strategas ialah usaha sama bebas dan swasta yang komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik mengikut tradisi Wall Street. Moto mereka, bonitas, probitas, fides – unggul, integriti, jujur – memandu pihak pengurusan Firma itu dan komitmen mereka terhadap pelanggan. Firma itu memiliki lapan rakan perniagaan dan 50 juruanalisis penyelidikan, institusi jurujual dan jurujual dagangan, serta golongan profesional dalam pasaran modal yang bekerja di pejabat mereka di New York, Washington DC, dan Columbus, Ohio. Firma itu menjalankan aktiviti sekuriti melalui anak syarikat institusi broker-peniaga milik penuh mereka, Strategas Securities, LLC. Dari segi perniagaan Penyelesaian pula, Firma itu membangunkan produk kewangan dan penyelesaian portfolio melalui Strategas Asset Management, LLC, penasihat pelaburan dan mengurus Strategas VC II, LP, satu perkongsian terhad secara rundingan terus yang mempunyai peluang istimewa, melalui Strategas Capital Partners, LLC, sebuah syarikat alternatif untuk mengurus pertumbuhan ekuiti.

Source: Strategas Securities, LLC
Keywords: Corporate Expansion Personnel announcements