omniture

Syarikat Biometrik Jerman JENETRIC GmbH Gembira dengan Keyakinan Pelabur

Pusingan pembiayaan kedua berjaya diperoleh selepas kejayaan pelancaran produk
Jenetric GmbH
2015-12-18 01:33 307

JENA, Jerman, 18 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Para pelabur JENETRIC GmbH memasuki pusingan pembiayaan kedua. "Seluruh pasukan mengagumkan kami dengan keazaman, prestasi mereka, dan rancangan mereka yang bercita-cita tinggi untuk masa depan. Kami berharap dapat turut serta dalam usaha kemajuan akan datang," kata Karin Rabe, Pengurus Pelaburan bm|t, syarikat pegangan Negeri Bebas Thuringia. Pelabur Tidak Formal Prof. Dr. Franz Schmidt dan pelabur peringkat awal "High-Tech Gründerfonds (HTGF)" terus terlibat dari segi kewangan dan seterusnya membolehkan proses pengeluaran dan pengedaran global bagi LIVETOUCH® quattro. Dr. Ansgar Kirchheim, Pengurus Pelaburan HTGF: "Selepas kejayaan pensijilan FBI dan permulaan proses pengeluaran, kami gembira dapat menyokong kemasukan JENETRIC ke dalam pasaran secara besar-besaran."

Pada bulan September JENETRIC berjaya memperkenalkan pengimbas ID-Flats terkecil dunia pada peringkat antarabangsa. Sensor imej lutsinarnya yang berasaskan teknologi TFT optik menggabungkan ruang tangkapan cap jari yang menyediakan paparan pengguna untuk arahan dan maklum balas masa sebenar. Dana pelaburan pusingan kedua pembiayaan ini akan digunakan untuk memperluaskan keluarga produk LIVETOUCH bagi mengumpul ciri biometrik tambahan. 

JENETRIC GmbH ditubuhkan pada tahun 2014 di Jena, Jerman - lokasi yang terkenal dengan teknologi optik termaju - oleh jurutera yang berpengalaman luas dalam teknologi cap jari dan memberi tumpuan khusus dalam pembangunan sistem biometrik. Pasukan berbilang disiplin itu terdiri daripada pakar perkakasan dan perisian serta golongan profesional pengeluaran dan juga jualan. Syarikat itu menggunakan pendekatan holistik dalam pembangunan produknya dengan fokus yang jelas dan kukuh terhadap keperluan pelanggan serta mempunyai matlamat tinggi untuk mempertingkatkan keadaan hidup dan persekitaran kerja menggunakan sistem biometrik.

JENETRIC GmbH
Moritz-von-Rohr-Strasse 1a
Hubungi: Roberto Wolfer, Ketua Pegawai Eksekutif 
Telefon: +49(0)36-41-32199-50
Faks: +49(0)36-41-32199-51
E-mel: r.wolfer@jenetric.de 

SUMBER  Jenetric GmbH

Source: Jenetric GmbH
Keywords: Banking/Financial Service Biometrics Computer/Electronics Health Care/Hospital Financing agreements