omniture

Felow Huawei Dr. Wen Tong: Teori dan Model Baharu Beri Inspirasi Rangkaian Pacuan Aplikasi Huawei yang Revolusioner

Huawei
2015-12-18 18:54 585

SHENZHEN, China, 18 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Felow Huawei Dr. Wen Tong hari ini mengumumkan Rangkaian Pacuan Aplikasi (Application-driven Network, ADN) yang dibangunkan syarikat itu mengambil inspirasi daripada tiga model penggunaan maklumat yang menyokong pelbagai aplikasi. Apa yang membuatkan ADN sesuatu yang inovatif adalah rekaan seni binanya yang terbaik: Lapisan rangkaian berintegrasi secara vertikal dari atas ke bawah, dan sumber rangkaian optimum diperlukan oleh aplikasi untuk berada dan dikawal dari hujung ke hujung.

Tiga model penggunaan maklumat yang menyokong pelbagai aplikasi
Tiga model penggunaan maklumat yang menyokong pelbagai aplikasi

"Evolusi rangkaian dalam persekitaran kini berubah secara dramatik," kata Dr. Wen. "Model perniagaan dan keperluan pengguna adalah berbeza pada setiap tahap pembangunan rangkaian. Makmal Teori Rangkaian Masa Depan daripada 2012 Laboratories, Huawei mendapati setiap senario komunikasi yang berbeza mematuhi model penggunaan maklumat yang berbeza dan seterusnya menghasilkan jenis seni bina rangkaian yang juga berbeza. Pihak Huawei mengutamakan aplikasi dalam evolusi rangkaiannya. Ia membangunkan konsep ADN dan menyiapkan analisis model teori rangkaian serta ujian seni bina dalam keadaan tipikal."

Menurut Dr. Wen, sesuatu aplikasi disokong oleh tiga model penggunaan maklumat.

Model yang pertama ialah model taburan Poisson, digunakan untuk komunikasi suara. Melalui senario ini, kebanyakan frekuensi dan tempoh panggilan pelanggan kekal pada nilai min. Model tersebut sesuai untuk seni bina rangkaian berhierarki.

Kedua ialah model taburan hukum kuasa, digunakan untuk komunikasi Internet. Melalui senario ini, kebanyakan pengguna dihubungkan kepada nod Internet super. Model ini sesuai untuk seni bina rangkaian rata.

Ketiga ialah model proses Markov, digunakan untuk komunikasi mesin-dengan-mesin (M2M). Dalam era M2M, keperluan industri terhadap aplikasi berbeza dengan nyata sekali. Contohnya, Internet of Vehicles, komunikasi kereta-dengan-kereta memerlukan kadar pendaman yang sangat rendah. Dalam telekesihatan, sistem video jarak jauh memerlukan lebar jalur yang amat luas dan keandalan yang tinggi. Dalam senario ini, sesuatu rangkaian perlu mewujudkan sistem yang kecil pada peringkat setempat dan sistem yang besar pada peringkat global. Model taburan Markov menyokong seni bina rangkaian yang mempunyai ciri-ciri kawalan berserak dan berpusat.

Berkenaan seni bina ADN yang inovatif, Dr. Wen berkata, "Rangkaian komunikasi tradisional menggunakan seni bina mendatar, dengan sumber yang berserak pada lapisan rangkaian yang berlainan. Ia menyasarkan untuk menyediakan liputan pada setiap rantau dan memaksimumkan penggunaan sumber yang cekap pada setiap lapisan. Walau bagaimanapun, rangkaian jenis ini tidak mampu memenuhi keperluan aplikasi hujung-ke-hujung."

Menurut Dr. Wen, untuk menyelesaikan isu ini, ADN Huawei menggunakan seni bina vertikal atas-bawah. Huawei mengemukakan tiga teori yang memberi panduan untuk rekaan tiga lapisan ADN: teori penggunaan maklumat, teori kawalan maklumat dan teori data penyebaran maklumat. Pada lapisan aplikasi, pemodelan data dijalankan menggunakan ciri-ciri perkhidmatan yang berbeza. Pada lapisan kawalan sumber, sumber rangkaian diatur secara global dan setempat untuk memberikan pengalaman pengguna yang terbaik serta penggunaan sumber yang maksimum. Pada lapisan data, penyahgandingan aplikasi melalui kaedah pelapisan perkhidmatan dicapai untuk menyokong perkongsian dan koordinasi sumber yang lebih cekap."

"ADN adalah teori perniagaan baharu yang memerlukan kita memikirkan semula pengoperasian rangkaian dan pembangunan teknologi dari perspektif nilai pengguna, nilai rangkaian dan nilai penyedia," kata Dr. Wen. "ADN mengesyorkan pendekatan berasaskan aplikasi dan permintaan dalam pembinaan serta pembangunan rangkaian, seterusnya dapat membentuk semula kaedah perangkaian tradisional pihak penyedia," jelas beliau.


ADN akan membuka ruang kepada aplikasi, membolehkan penyedia mempelbagaikan model jualan trafik tradisional mahupun lebar jalur, seterusnya mewujudkan aliran pendapatan yang baharu. "Pada masa depan, penyedia dapat meluaskan pasaran mereka dengan menyewakan ADN yang memiliki aplikasi yang dipertingkat untuk industri vertikal, seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan, pendidikan, kewangan dan IoT," kata Dr. Wen.

Di Globecom 2015 pada 10 Disember, Huawei mencetuskan keghairahan dengan mengumumkan konsep ADN buat kali pertama.

Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.huawei.com/en/news/2015/12/Huawei%20Unveils%20the%20Vision%20for

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151218/0861512568-e

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Feature News Releases New products/services Trade show news