MUMBAI, India, Dec. 21, 2015 /PRNewswire/ -- YES BANK, bank sektor swasta kelima terbesar di India, membuat satu pengumuman penting semasa sidang kemuncak iklim Conference of Parties (COP) 21 di Paris bagi mengerahkan USD 5 bilion untuk kegunaan kewangan iklim di India. Bagi mencapai sasaran India untuk memenuhi Sumbangan Ketetapan Negara Dirancang (INDC), YES BANK menyasarkan untuk menggunakan USD 5 bilion mulai tahun 2015 hingga 2020 bagi tujuan tindakan iklim melalui peminjaman, pelaburan, dan pengumpulan modal bagi mitigasi, penyesuaian serta kebingkasan.
En. Rana Kapoor, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif YES BANK, semasa menjanjikan komitmen ini berkata: "COP21 memperlihatkan potensi untuk mengukuhkan perkongsian antara kerajaan dan perniagaan, menetapkan laluan baharu untuk melakukan inovasi perniagaan dan kewangan bagi menangani perubahan iklim. Ini dicetuskan apabila perniagaan memenuhi komitmen yang mereka janjikan pada September 2014 di Sidang Kemuncak Iklim PBB. YES BANK komited untuk menyasarkan pembiayaan 5000 MW tenaga bersih setiap tahun, dan pencapaian yang lebih tinggi berbandung yang disasarkan. Campur tangan korporat secara proaktif adalah penting bagi mencapai matlamat iklim dan institusi kewangan memainkan peranan lebih besar dalam memacu tindakan iklim. YES BANK menyatakan komited sepenuhnya untuk memainkan peranan sebagai pemangkin dan akan berusaha memanfaatkan mekanisme kewangan yang inovatif bagi mencapai sasaran bercita-cita tinggi India untuk memerangi perubahan iklim dalam jangka masa terdekat serta panjang."
Melalui komitmen ini YES BANK berikrar untuk mengukuhkan seluruh kelestarian alam sekitar. Sidang Kemuncak Iklim COP21 yang diadakan selama dua minggu dihadiri lebih 150 Pemimpin Negara dan Kerajaan serta lebih 40,000 delegasi akan menyasarkan untuk mengehadkan peningkatan suhu global kepada kurang 2 darjah Celsius melalui persetujuan bersama.
Latar Belakang YES BANK
Bank sektor swasta kelima terbesar di India dengan kehadiran di seluruh India merentasi kesemua 29 buah negeri dan 7 Wilayah Bersatu di India, beribu pejabat di Wilayah Inovasi Parel Bawah (LPID) di Mumbai, merupakan hasil komitmen profesional & keusahawanan oleh Pengasasnya Rana Kapoor serta pasukan Pengurusan Tertinggi, untuk mewujudkan Bank India swasta berkualiti tinggi yang memfokuskan pelanggan serta didorong oleh perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan perniagaan masa depan India. YES BANK berkembang menjadi Bank Profesional India dengan misi untuk "Membina Bank Besar Dunia Berkualiti Tertinggi di India" menjelang tahun 2020.
YES BANK
Adfactors
Jitesh Patel
Delna Irani
Telefon: +91-22-3347-9753
Telefon: +91-9820660467
Telefon Bimbit: +91-9820813570
E-mel: delna@adfactorspr.com
E-mel: jitesh.patel@yesbank.in