omniture

Samsung BioLogics bakal Bina Loji Pengeluaran Biofarmaseutikal Terbesar Dunia

- 850 bilion won akan dilabur untuk loji 180,000 liter itu
- Bakal menjadi Pemimpin CMO Global menjelang 2018
Samsung BioLogics
2015-12-21 18:27 489

SEOUL, Korea Selatan, 21 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Samsung BioLogics hari ini meraikan majlis pecah tanah bagi loji ketiganya di Zon Ekonomi Bebas Incheon, Songdo, Korea. Turut hadir semasa acara itu ialah Naib Pengerusi Samsung Electronics Jay Y. Lee, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Samsung BioLogics Dr. TH Kim serta lebih 500 hadirin.

Samsung BioLogics bakal Bina Loji Pengeluaran Biofarmaseutikal Terbesar Dunia
Samsung BioLogics bakal Bina Loji Pengeluaran Biofarmaseutikal Terbesar Dunia

Dengan jumlah pelaburan bernilai 850 bilion won, loji ketiga itu akan menjadi kemudahan yang penting di dunia dari segi kapasiti (180,000 liter) serta kecekapan pengeluaran. Loji itu dijangka akan disiapkan menjelang tahun 2017 dan bakal beroperasi pada suku keempat tahun 2018 selepas mendapat pengesahan.

Apabila operasi dimulakan, Samsung BioLogics dijangka akan menjadi organisasi pengeluaran kontrak (CMO) biologik terbesar dunia dengan jumlah kapasiti pengeluaran sebanyak 360,000 liter.

"Kami membuat pelaburan dalam loji ketiga untuk menyediakan bekalan biofarmaseutikal yang stabil, sebuah pasaran yang kini berkembang pesat, dan untuk memenuhi permintaan pengeluaran daripada syarikat-syarikat biofarmaseutikal global," kata Dr. TH Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Samsung BioLogics. "Dengan kapasiti terbesar dunia dan kemampuan untuk beroperasi 365 hari setahun tanpa henti, loji ketiga itu akan dikenali dengan kualiti serta produktiviti yang bertaraf dunia."

Apabila loji ketiga itu beroperasi sepenuhnya, Samsung BioLogics berharap ia akan dapat mencapai jualan tahunan sebanyak 2 trilion won dan keuntungan operasi bernilai 1 trilion won. Bagi tempoh jangka masa lebih panjang, syarikat itu merancang untuk terus memperluaskan perniagaan CMO dengan membuat pelaburan lanjut menerusi rancangan untuk membina loji keempat dan kelima.

Baru-baru ini, loji pertama Samsung BioLogics menerima kelulusan pengeluaran secara rasmi daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS, dan loji keduanya dirancang akan memulakan operasi pada awal tahun 2016.

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151221/8521508691

Source: Samsung BioLogics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion