omniture

Pameran Canton -- "Satu Platform Yang Dapat Mengembangkan Perdagangan Afrika-China"

The Canton Fair
2012-12-31 16:39 210

GUANGZHOU, China, 28 Dis, 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Perdagangan di antara China dan Afrika telah menunjukkan pertumbuhan mapan walaupun berlaku krisis kewangan global yang berterusan. Menurut data kastam China, nilai perdagangan antara China dan Afrika meningkat sebanyak 31% kepada $166.3 bilion pada tahun lepas. Sehingga April 2012, pelaburan langsung China di Afrika berjumlah $15.3 bilion – iaitu peningkatan sebanyak 30 kali ganda dari dekad yang lalu - dan China telah menjadi rakan perdagangan terbesar Afrika untuk tempoh tiga tahun yang lalu.

Ramai usahawan Afrika telah memperolehi kejayaan besar dengan menghadiri Pameran Canton. Daripada 188,145 orang pembeli asing yang menghadiri Pameran Canton edisi ke-112, yang berakhir pada awal bulan lepas, sebanyak 13,362 (lebih 7%) adalah dari benua Afrika. Ini telah memberi  kesan positif kepada pembangunan komersil di benua itu dan meningkatkan kualiti kehidupan bagi kebanyakan penduduk di Afrika. Hubungan perdagangan yang semakin erat di antara China dan Afrika bukan sahaja dibuktikan oleh peningkatan dalam jumlah dagangan, tetapi juga oleh pengukuhan hubungan dalam banyak perniagaan dan pergantungan yang semakin meningkat oleh Afrika bagi barangan dari China yang berkualiti dan harganya yang kompetitif.

Barangan yang berharga kompetitif yang boleh didapati di Pameran Canton jelas merupakan daya tarikan utama bagi kebanyakan pengimport dari Afrika. Seorang usahawan wanita dari Nigeria, yang berada di Guangzhou untuk membeli bingkai tingkap dan pakaian hujan, berkata Pameran Canton ke-112 ini adalah merupakan pameran keempat berturut-turut yang dihadiri beliau. "Barangan China ditawarkan dengan harga yang berpatutan serta berkualiti baik," kata beliau, sambil menegaskan, beliau telah membuat tinjauan yang menyeluruh ke atas harga para pempamer.

Seorang peniaga lelaki berumur 46 tahun dari Burkina Faso berkata beliau telah menghadiri Pameran Canton sebanyak dua kali setahun sejak tahun 2004. Sebagai seorang pembeli yang berpengalaman di Pameran itu, beliau sudah membiasakan diri dengan memeriksa produk, bertanya mengenai harga, membuat nota, dan meminta katalog dan kad nama.

Paul Chisora ​​membuat keputusan untuk menghadiri Pameran Canton selepas melihat satu iklan di sebuah laman sesawang. Rakyat Zimbabwe berumur 20 tahun itu berharap untuk membeli barangan hadiah yang berharga kompetitif seperti cawan, pasu dan alat tulis, yang kemudian diletakkan tanda jenama dan dijual di negara beliau sendiri.

Bekas Naib Menteri Perdagangan Wei Jianguo berkata baru-baru ini bahawa beliau menjangka perdagangan di antara China dengan Afrika akan mencecah USD 220 bilion pada tahun ini, dan bahawa ia akan mengatasi jumlah perdagangan antara China-Amerika dan China-Eropah dalam tempoh lima tahun akan datang. Pameran Canton itu sudah pasti akan terus memainkan peranan utama dalam trend ini.

Pameran Canton kali ke-113 akan diadakan pada bulan April dan Mei 2013 di Guangzhou, China.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang: http://www.cantonfair.org.cn

SUMBER: Pameran Canton

Source: The Canton Fair
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news