omniture

Produk Infinitus Sekali Lagi Terima Perakuan SNQ

LKK Health Products Group
2015-12-29 18:31 408

TAIPEI, 29 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Pada 22 Disember 2015, Infinitus Health Tonic, salah satu produk utama daripada jenama penting "Infinitus" keluaran LKK Health Products Group (LKKHPG), telah menerima Lambang Kualiti Kebangsaan (SNQ) Taiwan 2015. Ini adalah kali kedua Infinitus menerima anugerah tersebut selepas produk Infinitus Gluco8 Tonic menerima akreditasi SNQ tahun lalu.

Infinitus Health Tonic menerima SNQ Taiwan 2015 daripada Institut Industri Bioteknologi dan Perubatan Taiwan
Infinitus Health Tonic menerima SNQ Taiwan 2015 daripada Institut Industri Bioteknologi dan Perubatan Taiwan

En. Ting-Hung Hsieh, Timbalan Pengarah Institut Industri Bioteknologi dan Perubatan (IBMI) Taiwan, dipetik berkata, "Panel hakim sangat menghargai usaha Infinitus dalam menambah baik kualiti produk. Infinitus Health Tonic dihasilkan daripada proses penapisan pelbagai herba tradisional Cina yang boleh dimakan, manakala bahan mentah serta proses pengeluarannya dipantau dengan rapi. Oleh sebab itu, kami menganugerahkan SNQ kepada Infinitus Health Tonic."

Sejak tahun 2004, IBMI daripada Taiwan yang pernah menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Ubat-Ubatan dan Penjagaan Kesihatan Taiwan, telah mengelolakan pemilihan tahunan untuk SNQ. Setiap tahun, satu panel hakim, yang terdiri daripada 120 pakar-pakar berwibawa dan ahli-ahli akademik dalam bidang makanan, farmaseutikal, industri kimia, rawatan perubatan dan sebagainya dari sekitar Taiwan, meneliti serta menilai produk daripada empat aspek seperti pengurusan kualiti, keberkesanan, keselamatan, dan juga ciri-ciri produk. Produk yang berjaya memenuhi kesemua kriteria itu akan menerima perakuan SNQ, salah satu perakuan paling saksama dan profesional dalam bidang keselamatan makanan di Taiwan.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan Jurucakap Infinitus, berkata, "Penerimaan SNQ untuk dua tahun berturut-turut memperlihatkan penghargaan daripada pihak berwajib terhadap kualiti produk Infinitus oleh institusi-insitusi berkaitan dan industri makanan kesihatan di Taiwan. Kami sentiasa mengutamakan kualiti sebagai nilai teras dalam perniagaan kami. Hasil daripada Model Pengurusan Rantaian Bekalan yang Cemerlang, kami mampu menjalankan kawalan kualiti untuk seluruh rangkaian industri, 'daripada kilang hingga ke lidah', yang bertujuan untuk menyediakan produk herba kesihatan Cina yang berkualiti tinggi kepada pengguna."

Sebagai jenama utama LKKHPG, aktiviti Infinitus tertumpu pada penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan TCM. Ia mendukung misi korporat kami iaitu "mempromosikan kaedah kesihatan China yang premium dan menggalakkan kehidupan yang lebih sihat melalui keseimbangan, kemakmuran dan keharmonian." Dengan dua tapak pengeluaran di Xinhui dan Yingkou di Tanah Besar China, Infinitus memiliki empat rakan kerjasama di serata dunia termasuk Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., dan Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd.

Setiap tahun, Infinitus melaburkan lebih RMB 100 juta dalam R&D produk dan penambahbaikan teknikal. Melalui usaha sama yang rapat bersama institut penyelidikan dan universiti yang berwibawa seperti Shanghai Institute of Materia Medica, Akademi Sains China, Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, serta Universiti Teknologi dan Perniagaan Beijing, Infinitus mewujudkan satu sistem R&D yang unik yang terdiri daripada sebuah pusat, lima platform teknikal dan sejumlah pakar daripada industri. Tahun ini, Infinitus juga menjalin kerjasama dengan Universiti Cambridge untuk menubuhkan Pusat Penyelidikan Cambridge Infinitus yang bertujuan untuk memanfaatkan penemuan daripada kajian saintifik yang penting dari seluruh dunia untuk menghasilkan produk yang lebih selamat, berkesan dan berkualiti tinggi kepada pengguna.

Sementara itu, Infinitus berbangga dengan pasukan analisis dan pemeriksaan profesionalnya yang merangkumi bidang-bidang akademik yang amat berkait rapat dan saling melengkapi, termasuk Perubatan Cina, Kimia Analisis, Kejuruteraan Makanan dan Bahan Pembungkusan. Selain itu, Pusat Pemeriksaan Produk Infinitus diperakui sebagai Makmal yang Diiktiraf di Peringkat Kebangsaan oleh Khidmat Akreditasi Nasional China untuk Penilaian Pematuhan (CNAS). Keputusan pemeriksaannya dianggap bebas, andal dan berwibawa, serta diiktiraf oleh 61 buah negara serta kawasan di serata dunia.

Latar Belakang LKKHPG

LKKHPG adalah ahli Lee Kum Kee Group, sebuah perusahaan dari Hong Kong yang berusia seabad. Beribu pejabat di Hong Kong, aktiviti perniagaan LKKHPG meliputi penanaman herba Cina, penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan TCM, platform internet mudah alih, serta pelaburan hartanah.

HUBUNGI:
Samson Su
+86-20-3816-8859
samson.su@infinitus-int.com  

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151228/0861512911

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Asian-related news Awards New products/services