omniture

ZIM bakal Perluas Kumpulan Pengangkutan Kontena Sejuk

ZIM Integrated Shipping Services Ltd.
2016-01-05 09:00 425

HAIFA, Israel, 5 Januari 2016 /PRNewswire/ --

Perluasan kumpulan kenderaan kontena sejuk itu akan menyokong permintaan ZIMonitor yang semakin meningkat, perkhidmatan penjejakan kargo sejuk beku premium daripada ZIM

ZIM Integrated Shipping Services Ltd. (IL0065100443; IL0065100856) hari ini mengumumkan perluasan kumpulan pengangkutan kontena sejuk mereka agar dapat memenuhi permintaan perkhidmatan ZIMonitor mereka yang inovatif. Dilancarkan pada awal tahun 2015, ZIMonitor membolehkan pelanggan menjejak, memantau dan mengawal dari jauh kargo sensitif dan bernilai tinggi yang disimpan dalam kontena sejuk, atau kontena sejuk beku. Pelanggan boleh memilih untuk menerima pemberitahuan berkenaan penghantaran mereka melalui teks ringkas atau e-mel, memantau status kargo mereka dengan teliti, dan terlibat sama untuk mengelakkan kerosakan melalui pasukan tindak balas global ZIM khusus sepanjang masa.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151223/317992 )

https://www.youtube.com/watch?v=x0FF6ljtkpM

Satu pesanan untuk kira-kira 1,900 kontena sejuk 40 Kaki Tinggi Berbentuk Kubus dirancang untuk mula digunakan sepanjang tahun 2016. Kontena baharu yang canggih dan mesra alam itu direka khas untuk menampung perkhidmatan ZIMonitor dan menerima awalan khasnya sendiri: ZMOU.

ZIM turut bekerjasama dengan Teva Pharmaceutical Industries, sebuah syarikat farmaseutikal global terkemuka, bagi perkhidmatan rintis ZIMonitor yang berjaya yang bertepatan dengan komitmen Teva yang bersungguh-sungguh terhadap kualiti produknya serta dedikasinya untuk memenuhi keperluan pelanggan. Selepas kejayaan perkhidmatan rintis tersebut, perkhidmatan ZIMonitor dengan pantasnya mendapat nama dalam kalangan pelanggan setia ZIM.

Nissim Yochai, Naib Presiden Jualan Global ZIM berkata, "Kami sangat gembira dengan permintaan perkhidmatan boleh pantau kami yang semakin meningkat. Sistem ZIMonitor direka oleh ZIM untuk rantaian bekalan sejuk dan menggunakan teknologi tercanggih. Perkhidmatan itu menyediakan penyelesaian tersuai khusus untuk pelanggan yang menghantar barangan farmaseutikal, makanan mudah rosak, dan kargo sensitif serta bernilai tinggi lain. Sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh ZIM, kami komited untuk mempertingkatkan dan menambah baik perkhidmatan kami sebagai respons terhadap keperluan pasaran."

Latar Belakang ZIMonitor 

ZIMonitor direka agar dapat mematuhi garis panduan Amalan Pengedaran Baik (AEB), yang tertakluk kepada industri farmaseutikal, dan untuk menyediakan aliran data berterusan, pemberitahuan dan laporan automatik, serta pasukan tindak balas khusus dan profesional sepanjang masa dalam laluan kargo agar dapat bertindak pantas dan juga mengelakkan kerosakan.

Ciri-ciri menarik ZIMonitor:

  • Pemberitahuan dalam talian melalui teks ringkas dan e-mel, memantau suhu, paras kelembapan, lokasi GPS, lencongan haluan, dan pembukaan pintu tidak sah
  • Pasukan tindak balas ZIM khusus sepanjang masa untuk mengelakkan kerosakan kargo
  • Pematuhan AEB
  • Laporan yang telah ditetapkan untuk analisis logistik & operasi
  • Kos insurans lebih rendah

Perkhidmatan pemantauan dalam talian ini sesuai untuk pelbagai jenis kargo penting atau sensitif seperti: farmaseutikal; peralatan makmal perubatan; produk penerbangan; barangan makanan mudah rosak; wain dan lain-lain minuman beralkohol; pertanian (biji benih); barangan elektronik; karya seni dan barangan antik; serta barangan berbahaya atau barangan dengan kod IMDG.

Untuk maklumat lanjut, lawati: lp.zim.com/zimonitor

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Maor Aharoni
Maor@shalomtelaviv.com
+972-3-5115207

Source: ZIM Integrated Shipping Services Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Transportation New products/services