omniture

Pertandingan Kreatif Perfect Rising Star 2012 Dengan Jayanya Menutup Tirai

Perfect World Co., Ltd.
2013-01-04 11:26 200

BEIJING, 31 Dis, 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ -- Pertandingan Kreatif Perfect Rising Star, satu pertandingan yang berlangsung selama tujuh bulan yang berusaha untuk mengenal pasti dan memberi ganjaran kepada kecemerlangan dalam pemikiran kreatif, telah menutup tirai dengan jayanya dengan majlis penganugerahan yang berlangsung di Beijing pada 19 Disember 2012. Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perfect World Xiao Hong, bersama-sama dengan tetamu dari Akademi Pusat Seni Halus, Akademi Seni Halus Guangzhou, Universiti Peking, Universiti Komunikasi China, Akademi Filem Beijing dan beberapa kolej dan universiti lain, serta beberapa organisasi media yang terkemuka, telah menghadiri majlis itu, yang bersama-sama menyaksikan kemunculan pemenang Rising Star dan berkongsi dalam mempamerkan keaslian budaya China yang unik.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg )

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/12/27/20121227160524710972-org.jpg )

(Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perfect World Xiao Hong menyampaikan

ucapan)

Pada majlis penganugerahan itu, Xiao Hong berkata: "Sebagai sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada memupuk bakat-bakat yang kreatif, Perfect World ingin membuat sumbangan kepada industri kreatif China." Dalam pada itu, beliau berkata: "Bakat kreatif amat diperlukan kepada pembangunan banyak industri termasuk animasi permainan. Kami berharap agar pertandingan itu dapat membantu menetapkan satu penanda aras dan menyumbang kepada industri secara keseluruhan."

Xiao Hong berkata, "Dengan matlamat utamanya ditumpukan kepada memilih dan mempamerkan kecemerlangan dalam usaha kreatif, persaingan itu adalah menjurus kepada kesemua pelajar kolej di China yang menggemari seni kreatif yang dimiliki mereka dan yang mempunyai impian untuk menggunakan kreativiti yang dimiliki itu di dalam apa juga yang mereka lakukan. Perfect World berharap agar melalui pertandingan itu, lebih banyak daripada semangat kreativiti itu dapat dikenal pasti dan ditonjolkan ke hadapan, dan boleh digunakan sebagai satu kelompok bakat yang bersedia untuk menyumbangkan kreativiti dan imaginasi mereka kepada budaya China."

Pertandingan Kreatif Perfect Rising Star 2012 mengambil bentuk seni sebagai satu titik penerimaan dan mengumpulkan lebih daripada 2,000 karya terpilih dari lima bandaraya utama - Beijing, Shanghai, Guangzhou, Chengdu dan Wuhan. Sebanyak 20 pemenang utama, yang dipilih selepas melalui proses penapisan dan pemilihan pelbagai peringkat yang ketat,  dipilih untuk menjadi  Bintang Perfect Rising Star dan disampaikan anugerah mereka pada majlis tersebut, sekali gus menandakan berakhir dengan jayanya pertandingan itu.

Susulan daripada majlis anugerah itu, Encik Xiao Hong menghadiri majlis permulaan untuk Pertandingan 2013 bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin kolej dan tetamu media yang lain. Pada tahun 2013, Pertandingan Kreatif Perfect Rising Star akan memperluaskan tumpuannya untuk memasukkan muzik, fotografi, videografi, pengaturcaraan dan reka bentuk permainan, dengan menawarkan lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk mempamerkan bakat kreatif mereka. Di samping itu, pertandingan itu juga bertujuan mewujudkan lebih banyak peluang kepada minda yang kreatif di seluruh dunia untuk mempelajari dan meminati

budaya China melalui platform Perfect World.

SUMBER: Perfect World Co., Ltd.

Source: Perfect World Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:PWRD
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Awards