Beechwood Bermuda, Ltd. Ambil Alih Pemberi Pelaburan dan Produk Anuiti Luar Pesisir
HAMILTON, Bermuda, 5 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Beechwood Bermuda, Ltd. ("Beechwood") hari ini mengumumkan pemuktamadan pengambilalihan Old Mutual (Bermuda), Ltd. ("OMB"), penyedia insurans dan produk pelaburan yang berpusat di Bermuda dengan aset bernilai lebih $1 bilion, yang tidak lagi menerima perniagaan baharu pada tahun 2009. Beechwood, salah satu penyedia terbesar untuk pelan pelaburan antarabangsa, kini mempunyai aset bernilai sejumlah lebih $2 bilion dan menonjol dalam platform untuk lebih 100 buah bank serta firma brokeraj seluruh dunia.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140731/132418
Urus niaga itu, yang ditutup pada 31 Disember 2015, menyediakan sokongan perkhidmatan yang berterusan oleh Old Mutual bagi produk OMB sepanjang tiga tahun akan datang, ditambah dengan sokongan tambahan daripada pengurusan perniagaan kekayaan Beechwood yang semakin berkembang. Sebagai sebahagian daripada pengaturan ini, Old Mutual akan memberi insurans semula kepada jaminan polisi tertentu sehingga tempoh matang pada tahun 2017 dan 2018. Berdasarkan keberterusan sumber, tiada gangguan terhadap perkhidmatan pelanggan dijangkakan.
"Urus niaga ini menawarkan peluang tersendiri bagi mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju global dan menunjukkan dedikasi kami dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif kepada para pelabur antarabangsa," kata Mark Feuer, Ketua Pegawai Eksekutif Beechwood. "Skala dan sumber kami akan membolehkan kami terus memenuhi serta meningkatkan permintaan pelanggan terhadap produk kami pada tahun-tahun akan datang."
Sepanjang beberapa minggu akan datang, Beechwood akan menghubungi rakan kongsi pengedaran OMB bagi membincangkan peralihan ini dan memperkenalkan pelan pelaburan Accumulator Plus dan Escalator Plus Beechwood, yang menawarkan kadar hebat serta ciri-ciri pelaburan unik selain jaminan perlindungan prinsipal. David Lessing, Naib Presiden Eksekutif, Produk dan Perkhidmatan Beechwood, berkata, "Permintaan pelanggan yang meningkat terhadap produk Beechwood mengukuhkan lagi keputusan kami untuk memberi komitmen yang signifikan kepada perniagaan ini bagi menyokong rakan kongsi pengedaran kami serta penasihat kewangan mereka."
Syarat-syarat kewangan urus niaga ini tidak didedahkan. Kelulusan kawal selia tertentu bagi pemindahan pengaturan pentadbiran polisi masa depan dijangka akan diberikan menjelang akhir suku tahun pertama 2016.
Latar Belakang Beechwood Bermuda Ltd. dan Beechwood Re, Ltd.
Syarikat keluarga Beechwood adalah termasuk Beechwood Bermuda Ltd., sebuah syarikat insurans jangka masa panjang berlesen yang terletak di Hamilton, Bermuda dan dikawal selia oleh Bermuda Monetary Authority (BMA) -- dan Beechwood Re, penanggung insurans semula yang diperbadankan di Grand Cayman dan dikawal selia oleh Cayman Islands Monetary Authority (CIMA). Syarikat ini diwujudkan untuk menyediakan penyelesaian yang dapat memenuhi permintaan signifikan daripada: (1) pelabur nilai bersih tinggi bukan A.S. yang mencari produk pelaburan inovatif dan pulangan terjamin; serta (2) syarikat insurans A.S. dan antarabangsa yang memerlukan kemampuan menarik dalam pasaran insurans hayat dan juga pasaran insurans semula anuiti.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Julianne Classey, Ketua Hubungan Media di jclassey@beechwood.com atau (646) 356-1629.
PAUTAN BERKAITAN:
http://www.beechwoodbermuda.com
http://www.beechwoodre.com