SHANGHAI, 6 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd. ("HT-SAAE" atau "syarikat") berjaya mencatatkan rekod baharu dalam industri ini. Diuji dan diperakui oleh TUV Rheinland, sebuah badan pensijilan antarabangsa yang berautoriti, kuasa output puncak (Pmax) bagi modul suria PERT Jenis-N "Milky Way" HT-SAAE yang dibangunkan secara berasingan (berdasarkan 60 keping berukuran 156mm*156mm) mencecah sehingga 345.7Wp.
Berdasarkan pencapaian teknologi terkini ini, HT-SAAE mengekalkan status sebagai peneraju industri dalam bidang silikon monokristalin PERT Jenis-N. Pengiktirafan ini menunjukkan syarikat tersebut mencapai satu lagi kejayaan cemerlang dari segi teknikal yang bersejarah dalam bidang modul suria berkecekapan tinggi PERT Jenis-N. Modul suria "Milky Way" dibuat daripada sejumlah sel berkecekapan tinggi Jenis-N yang dibangunkan secara berasingan. Teknologi modul pengeluaran kuasa dwimuka HT-SAAE boleh mencapai output kuasa yang lebih tinggi, mengurangkan secara signifikan kos tenaga elektrik yang disetarakan dan memendekkan tempoh bayaran balik pelaburan. Modul ini bukan sahaja akan memecah rekod kuasa output modul silikon, tetapi ia juga bakal dilancarkan sebagai produk utama HT-SAAE serta akan dipromosikan secara meluas dalam banyak pasaran di seluruh dunia.
Pelanggan dan media dari seluruh dunia menunjukkan minat yang tinggi terhadap modul "Milky Way" sejak pertama kali diperkenalkan pada awal tahun 2015. Selain mendapat ulasan hebat daripada pelanggan, HT-SAAE juga berjaya meraih "Anugerah Komunikasi Luar Negara Terbaik PR Newswire 2015" menerusi komunikasi dan perancangan pemasarannya yang sangat hebat untuk produk ini. Jelas sekali pembangunan dan pelancaran produk ini menunjukkan pencapaian cemerlang oleh syarikat itu dari segi teknologi, kualiti, perancangan pemasaran serta komunikasi.
Dr. Zhang Zhongwei, Ketua Pegawai Teknologi HT-SAAE, berkata, "HT-SAAE akan terus berdedikasi terhadap penyelidikan dan pembangunan teknologi PERT Jenis-N, melakukan penambahbaikan lanjut terhadap proses pembangunan dan akan terus menghasilkan produk yang lebih baik agar menepati pasaran yang berkembang pantas. HT-SAAE juga akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah pengurangan yang mampan bagi kos tenaga elektrik yang disetarakan untuk pengguna."
Pada tahun 2016, HT-SAAE akan menyediakan lebih banyak produk "Milky Way" yang lebih menyerlah, dan ia percaya prestasi semua produk baharu itu juga akan mendapat permintaan tinggi.