omniture

Hisense Muncul sebagai Penginovasi Teknologi Hebat pada CES 2016

Pamerkan Aplikasi Paparan Inovatif Pada Televisyen, Kediaman Terhubung Dan Industri Perubatan; Umumkan Penyertaan Terbesar Ke Dalam Pasaran A.S. Setakat Ini
Hisense
2016-01-07 00:38 416

LAS VEGAS, 7 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Hisense mengambil alih pentas pada CES 2016 bagi mengumumkan penyertaan terbesar Syarikat ke dalam pasaran A.S. setakat ini dan untuk mempamerkan inovasi dalam teknologi paparan pada televisyen, kediaman terhubung dan industri perubatan.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160106/319622

Berdasarkan data HIS untuk Q1-Q3 2015, pihak Hisense berjaya menambah bahagian pasaran global sebanyak 5.8 peratus. Pertumbuhan pesat ini adalah hasil daripada pelaburan pihaknya sebanyak lima peratus setahun dalam bidang penyelidikan & pembangunan (R&D), pendekatan yang tangkas lagi serba boleh terhadap inovasi teknologi serta komitmen mereka dalam perkhidmatan pelanggan yang terkenal dalam industri untuk memastikan pengguna sentiasa memperoleh nilai yang tekal.

"Hisense sangat menerapkan nilai kejujuran dan rendah diri dalam budaya kami, dan nilai tersebut memandu interaksi kami terhadap pengguna, pelanggan, rakan kongsi dan proses," kata Jerry Liu, Ketua Pegawai Eksekutif Hisense Amerika Utara. "Keupayaan R&D tempatan dan global kami membolehkan kami membangunkan dan memajukan teknologi baharu dengan lebih pantas berbanding pihak pesaing; menyediakan pengguna dengan teknologi yang tercangih, berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Teknologi rintis daripada Hisense akan terus mencabar dan membentuk industri teknologi pengguna, seperti 4K Laser Cast, sebuah TV tanpa panel yang berpotensi untuk merevolusikan wajah TV secara keseluruhan; sebuah platform kediaman pintar yang saling berhubung yang menghimpunkan inovasi daripada Hisense pada satu hab pusat untuk para pengguna; cip grafik TV berwarna yang pertama yang dibangunkan sepenuhnya oleh China, Hi-View; dan kemajuan terkini syarikat itu dalam teknologi paparan pengimejan perubatan.

LASER CAST

Tertarik dengan peningkatan permintaan terhadap kandungan media oleh pengguna serta gaya hidup pantas mereka yang dipacu oleh telefon pintar, Hisense sedang menerokai teknologi yang mampu merevolusikan wajah TV itu sendiri.

Berada hanya beberapa inci daripada dinding, Laser Cast adalah lebih sesuai diletakkan dalam kategori pawagam kediaman berbanding TV.

EKOSISTEM SALING BERHUBUNG DALAM KEDIAMAN

Kediaman Pintar daripada Hisense adalah sistem berbilang elemen yang memudahkan pengurusan produk Hisense di rumah, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

HI-VIEW PRO

Hisense memperkenalkan cip TV berwarna pertama yang dibangunkan oleh China, Hi-View, pada tahun 2005. Pada 2015 pula, mereka mengumumkan televisyen pintar Hisense yang pertama yang dilengkapi dengan cip Hi-View Pro baharu.

KEMAJUAN DALAM TEKNOLOGI PAPARAN PENGIMEJAN BIDANG PERUBATAN

Hisense mempamerkan sistem pemprosesan imej perubatan yang pertama seumpamanya untuk pembedahan hempedu dan pankreas yang membekalkan graf imbasan CT 3D secara cekap, jitu dan padat serta penyelesaian dalam pembedahan bagi mengurangkan risiko pembedahan serta pendarahan.

Jiang Shan
+86-532-8087-8024
jiangshan5@hisense.com

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television New products/services Trade show news