omniture

Pengeluar Telefon Pintar NUU Mobile Taja Minnesota Timberwolves

Syarikat teknologi baharu yang bercita-cita tinggi mengumumkan perkongsian baharu bersama pasukan NBA muda yang paling berharapan tinggi
NUU Mobile
2016-01-08 11:52 414

MINNEAPOLIS, Minn., 8 Januari 2016 /PRNewswire/ -- NUU Mobile dengan bangganya mengumumkan penajaan pasukan Minnesota Timberwolves bermula pada musim 2015-2016.

Pakar telefon pintar NUU Mobile mula menceburi bidang penajaan NBA
Pakar telefon pintar NUU Mobile mula menceburi bidang penajaan NBA

Sebagai pengeluar dan pengedar telefon pintar Android™, NUU Mobile bergabung tenaga dengan Timberwolves semasa tempoh yang paling penting dalam francais NBA. Pasukan Wolves berbangga dengan barisan pemain yang luar biasa, termasuk pilihan draf #1 keseluruhan daripada dua draf sebelum ini, iaitu Pemain Baharu Terbaik Tahun 2015 Andrew Wiggins serta Karl-Anthony Towns, pemain baharu paling menjanjikan harapan.

"Kepakaran kami adalah dalam menerima cabaran, dan kami masih baharu serta sangat bercita-cita tinggi," kata Danny Sit, Ketua Pegawai Eksekutif NUU Mobile.

Satu unsur yang amat penting dalam persetujuan penajaan itu adalah penyediaan hiburan oleh NUU Mobile semasa perlawanan interaktif dalam perlawanan Timberwolves yang tertentu di tempat sendiri, selain rancangan penajaan untuk memberi produk percuma sewaktu promosi Malam Kolej. Syarikat telefon pintar itu membawa faedah besar kepada Wolves dengan mendedahkan pemain baharu yang menjanjikan harapan di media sosial termasuk Towns, pilihan pusingan pertama Tyus Jones (warga asal Minnesota) dan pemain import Eropah Nemanja Bjelica serta Damjan Rudez.

Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2012, NUU Mobile telah berkembang luas secara mantap di seluruh dunia hasil daripada populariti hebat rangkaian telefon pintarnya yang berkualiti tinggi, dengan harga yang berpatutan. Kami turut berkembang menerusi pejabat cawangan di London, Tokyo, Indonesia dan Malaysia pada tahun 2016.

Bagi Timberwolves pula, kedudukan mereka terus meningkat dalam pemeringkatan NBA. Dengan kemasukan ramai bakat muda dan kembalinya orang lama seperti pemain sensasi Sepanyol Ricky Rubio dan bintang all-star 15 kali Kevin Garnett, francais ini diterima luas sebagai salah sebuah pasukan yang paling menjanjikan harapan dalam liga.

LATAR BELAKANG NUU MOBILE

NUU Mobile merupakan sebuah syarikat yang berpusat di Minnesota yang terlibat dalam rekaan, pengeluaran dan pengedaran telefon pintar serta aksesori pintar Android™. Semua produk ini boleh didapati daripada rangkaian pembelian utama seperti Target, Wal-Mart dan Best Buy. Untuk maklumat lanjut, lawati www.nuumobile.com.

LATAR BELAKANG MINNESOTA TIMBERWOLVES

Minnesota Timberwolves merupakan francais National Basketball Association (NBA) yang berpangkalan di Minneapolis, MN. Pasukan tersebut ditubuhkan pada tahun 1989 dan kini dimiliki oleh mantan Pemimpin Minoriti Senat Minnesota Glen Taylor. Pasukan Timberwolves melayakkan diri ke peringkat akhir Western Conference pada tahun 2004. Untuk maklumat lanjut, lawati www.nba.com/timberwolves.

Hubungi:

Yandy Kwok
+852-2725-0161
Yandy.kwok@suncupid.com

Gambar -  http://photos.prnasia.com/prnh/20160106/8521600047

Source: NUU Mobile
Keywords: Sporting Events Sports Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements