omniture

Jubilant Biosys dan Sanofi Deutschland GmbH Meterai Kerjasama Strategik Fokuskan Bidang Terapeutik Gangguan Metabolisme

Jubilant Biosys Ltd
2016-01-08 12:31 452

BENGALURU, 8 Januari 2016 /PRNewswire/ --

Matlamat Kolaborasi adalah Pencarian dan Pembangunan Perencat Molekul Kecil Melalui Bukti Mekanisme Fasa I dalam Bidang Terapeutik Gangguan Metabolisme

Jubilant Biosys Ltd, sebuah anak syarikat Jubilant Life Sciences Ltd yang berpusat di Bengaluru, dan Sanofi Deutschland GmbH dari Frankfurt, Jerman, mengumumkan satu kerjasama strategik untuk mencari dan membangunkan perencat molekul bersaiz kecil untuk beberapa sasaran dalam bidang terapeutik gangguan metabolisme. Gabungan penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan molekul terapeutik kecil yang akan memenuhi keperluan dalam rawatan penyakit diabetes dan obesiti.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160107/783587)

Berdasarkan syarat-syarat perjanjian tersebut, Jubilant akan memberikan Sanofi perkhidmatan pencarian ubat-ubatan serta pembangunan awal dalam khidmat pengkomputeran, kimia sintetik, biologi, dan GLP/GMP untuk mengenal pasti calon utama ubat-ubatan selain menunjukkan bukti mekanisme klinikal dalam bidang terapeutik gangguan metabolisme. Penyelidikan projek itu yang kini telahpun bermula akan dilakukan khususnya di makmal penyelidikan & pembangunan (R&D) yang canggih milik Jubilant Biosys (Bengaluru, India) dan Jubilant Chemsys (Noida, India).

Dr. Sriram Rajagopal, Ketua Pegawai Saintifik, Jubilant Biosys berkata: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Sanofi, salah satu peneraju dalam bidang penjagaan kesihatan global, bagi memberikan khidmat penyelesaian pencarian ubat-ubatan yang bersepadu. Sejak beberapa tahun ini, kami berusaha mengukuhkan kepakaran perspektif saintifik kami dalam bidang terapeutik dan kerjasama ini membuktikan usaha kami. Kerjasama ini juga mempamerkan komitmen pihak Jubilant terhadap inovasi global dan kami berharap usaha sama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam tempoh jangka panjang."

Dr. Philip Just Larsen, Naib Presiden, Ketua Global Penyelidikan Diabetes & Perubatan Translasi, Sanofi Deutschland GmbH  berkata: "Kerjasama dengan Jubilant memantapkan komitmen kami untuk menarik para penginovasi dari seluruh dunia ketika kami berusaha membangunkan terapi generasi baharu yang dipertingkat untuk pesakit yang menghidap diabetes."

Latar Belakang Jubilant Biosys Ltd.:

Jubilant Biosys adalah sebuah anak syarikat Jubilant Life Sciences Ltd., yang berpangkalan di Bengaluru, India iaitu syarikat farmaseutikal dan sains hayat global yang beribu pejabat di Noida, India. Jubilant Biosys menyediakan perkhidmatan penyelesaian pencarian ubat-ubatan bersepadu kepada industri farmaseutikal global. Syarikat itu juga merintis model penyelidikan penemuan kolaboratif yang berkongsi risiko dan mempamerkan kebolehannya sejak beberapa tahun ini menerusi beberapa kerjasama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal global dalam bidang terapeutik seperti onkologi, gangguan metabolisme, kesakitan & radang, CNS dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut: http://jubilantbiosys.comhttp://www.jubl.com

Pertanyaan Perkembangan Perniagaan
Dr. Rajiv Tyagi
Tel: +91-80-66628400
E-mel: Rajiv_Tyagi@jubilantbiosys.com

Sumber: Jubilant Biosys Ltd

Source: Jubilant Biosys Ltd
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts Joint ventures