omniture

Macrogen Laksanakan Beberapa Pemproses DRAGEN daripada Edico Genome bagi Mempercepatkan Perkhidmatan Analisis Genom dan Penjujukan Klinikal Besar-besaran

Edico Genome
2016-01-11 21:00 136

SEOUL, Korea Selatan dan SAN DIEGO, 11 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Macrogen, peneraju global dalam perkhidmatan penjujukan genom dan Edico Genome hari ini mengumumkan Macrogen memilih beberapa Pemproses Bio-IT DRAGEN™ bagi mengukuhkan kemampuan pemprosesan dan analisis data besarnya untuk perkhidmatan analisis genom dan penjujukan klinikal secara besar-besaran. Macrogen mempunyai kemudahan penjujukan generasi seterusnya (NGS) bertaraf dunia, yang dilengkapi sistem penjujukan HiSeq™ X Ten, HiSeq 2000, HiSeq 2500, HiSeq 4000 dan MiSeq® Illumina; Sistem Ion PGM™ dan Ion Proton™ Thermo Fisher; sistem GS-FLX Roche; serta peralatan PacBio. Kemampuan prasarana IT Macrogen adalah melebihi 11 petabit simpanan dan lebih 3,000 kluster teras. Dengan DRAGEN, Macrogen dapat menganalisis setiap genom (liputan 30x) yang dihasilkan oleh sistem penjujukan HiSeq X Ten dalam tempoh hanya 26 minit, sambil mengekalkan kepekaan dan kekhususan yang tinggi. Analisis ini termasuk penukaran daripada BCL, fail yang diberikan oleh alat penjujukan kepada format panggilan varian (VCF). 

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140716/127788

Macrogen menyediakan pelbagai perkhidmatan analisis genom, termasuk perkhidmatan penjujukan seluruh genom manusia berasaskan platform yang besar HiSeq X Ten, juga dikenali sebagai X-Genome (Xpressway to Genome). Macrogen Corp (USA), sebuah anak syarikat Macrogen, kini menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berasaskan penjujukan klinikal untuk pakar perubatan dan pesakit melalui Makmal Klinikal mereka yang diperakui CLIA. Di samping itu, Macrogen merancang untuk melancarkan perniagaan maklumat dan kandungan penjagaan kesihatan menggunakan data besar genomik yang didapati daripada Projek Genom Asia serta rangkaian genom global mereka.

"Walaupun kami mampu menjana lebih 500 gigabit data NGS setiap hari dengan rangkaian platform NGS kami, proses mempercepatkan analisis data besar ini membolehkan kami mengendalikan kemudahan NGS kami pada kapasiti maksimum dan meningkatkan kepuasan pelanggan kami," kata Dr. Jeong-Sun Seo, pengerusi dan pengasas Macrogen. "Selepas menilai beberapa pilihan analisis data, kami mendapati kemampuan DRAGEN yang memberi penjimatan masa yang tinggi, di samping mengurangkan kos prasarana serta mengekalkan ketepatan tinggi secara serentak, merupakan penyelesaian terbaik untuk ditawarkan pada para pelanggan kami dalam usaha mereka untuk memajukan perubatan tersuai khusus dan penyelidikan genomik."

DRAGEN merupakan pemproses pertama dunia yang direka bagi menganalisis data NGS. Pemproses ini disepadukan dalam kad PCIe dan boleh didapati dalam pelayan prakonfigurasi, yang boleh disepadukan dengan lancar ke dalam aliran kerja bioinformatik.

"Sebagai salah sebuah pusat penjujukan terbesar di dunia dan organisasi komersial pertama yang menawarkan genom $1,000, Macrogen merupakan peneraju sebenar dalam genomik dan terus menyediakan teknologi termaju kepada para pelanggan mereka," kata Pieter van Rooyen, Ph.D., Ketua Pegawai Eksekutif Edico Genome. "DRAGEN diwujudkan bagi memproses data besar yang dijana oleh alat penjujukan dengan daya pemprosesan tinggi secara pantas, menjimatkan kos serta tepat, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Macrogen bagi melaksanakan DRAGEN merentasi pelbagai laman selain menawarkan faedah daripada Pemproses Bio-IT kami kepada 17,000 pelanggan mereka di seluruh dunia."

Baru-baru ini DRAGEN menyediakan diagnosis selama 26 jam yang memecah rekod untuk bayi baru lahir yang sakit tenat menggunakan penjujukan seluruh genom sambil mencapai kepekaan serta kekhususan sebanyak 99.5 peratus dan keputusannya diterbitkan dalam Genome Medicine. Sejak itu, Perancangan Genom DRAGEN terus digalakkan bagi menganalisis keseluruhan genom, daripada BCL kepada format panggilan varian, hanya dalam tempoh 26 minit.

DRAGEN sangat mudah dikonfigurasi, menggunakan tatasusunan gerbang boleh diatur cara di lapangan (FPGA) bagi menyediakan pelaksanaan yang dipercepatkan oleh perkakasan untuk algoritma perancangan genom, seperti penukaran BCL, pemampatan, pemetaan, penjajaran, pengisihan, penandaan salinan dan panggilan varian haplotip. Platform DRAGEN yang fleksibel ini membolehkan Edico membangunkan algoritma yang disuai khusus serta memperhalusi dan menambah baik perancangan sedia ada. Versi dikemas kini ini boleh didapati oleh pelanggan melalui muat turun jarak jauh yang mudah.

Latar Belakang Macrogen
Macrogen, Inc. (http://www.macrogen.com), berpusat di Seoul, Korea, merupakan penyedia perkhidmatan terkemuka dunia bagi analisis gen berkualiti tinggi dan telah menikmati pertumbuhan yang stabil serta mantap sejak tahun 1997. Terdapat pelbagai tawaran yang disediakan oleh syarikat ini termasuk perkhidmatan penjujukan DNA, penjujukan generasi seterusnya, analisis mikrotatasusunan, sintesis oligonukleotida, dan tikus yang diubah genetiknya. Selain itu, Macrogen memperluaskan skop perniagaannya ke dalam bidang-bidang lain seperti diagnostik molekul dan genomik pengguna. Dengan kehadiran global, Macrogen beroperasi melalui anak-anak syarikat A.S. di Rockville, New York, dan Cambridge; di Belanda, Eropah; dan di Tokyo, Jepun. Macrogen tersenarai dalam Sebut Harga Automasi Urus Niaga Sekuriti Korea (simbol penanda: A038290).

Latar Belakang Edico Genome
Edico Genome telah mencipta pemproses bioinformatik pertama dunia yang direka bagi menganalisis data penjujukan generasi seterusnya, DRAGEN™. Penggunaan penjujukan generasi seterusnya sedang berkembang pada kadar yang sangat pantas, mewujudkan keperluan untuk teknologi yang boleh memproses data besar ini secara pantas dan cepat. Platform pengkomputeran Edico Genome terbukti dapat mempercepatkan analisis seluruh data genom daripada beberapa jam hingga beberapa minit sahaja, sambil mengekalkan ketepatan tinggi dan mengurangkan kos, membolehkan pakar klinikal serta penyelidik mendapatkan jawapan dengan lebih cepat. Untuk maklumat lanjut, lawati www.EdicoGenome.com atau ikuti @EdicoGenome.

 

Source: Edico Genome
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements