PERTH, Australia, KUALA LUMPUR, Malaysia dan ZURICH, 13 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Holista CollTech Limited (ASX: HCT) yang disenaraikan di Australia mengumumkan penemuan saintifik global hari ini, disahkan oleh sebuah Universiti terkemuka di Sydney, satu campuran bahan semula jadi yang mampu mengurangkan secara signifikan kandungan gula yang tinggi dalam darah disebabkan oleh pemakanan roti putih dan produk roti yang lain.
Universiti berkenaan menjalankan kajian klinikal akhir pada Disember 2015 bersama-sama firma bioteknologi Holista dan Veripan AG dari Switzerland, pembekal bebas bahan pembuatan produk roti terbesar di Eropah.
Kajian itu mengesahkan roti putih yang diadun menggunakan formula proprietari Holista, GI Lite – yang diperbuat daripada ekstrak okra (kacang bendi), dal (lentil), barli dan halba – dan doh masam semula jadi keluaran Veripan, PANATURA®, berjaya mencatatkan Indeks Glisemik (GI) pada aras 53, iaitu indeks paling rendah yang pernah dicapai di dunia oleh mana-mana produk roti putih berlabel bersih.
Holista dan Veripan akan bersama-sama mengedarkan PANATURA® GI bagi membolehkan pelanggan menghasilkan roti putih berlabel bersih dengan GI rendah pertama dunia atau "roti diabetis". Kedua-dua syarikat akan menyasarkan pasaran Australia terlebih dahulu, diikuti dengan Eropah, Amerika Utara, China, India dan bahagian lain di Asia. Pasaran roti putih global dinilaikan pada harga AS$170 bilion.
GI PANATURA® tidak akan memberi impak yang besar pada kos pengeluaran dan hanya mengambil bahagian sebanyak 5-7% daripada rumusan akhir.
Menurut pakar kesihatan awam, peningkatan pengambilan produk berasaskan tepung putih adalah penyebab utama kepada epidemik "sindrom metabolik" yang dicirikan oleh obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
GI adalah penunjuk keupayaan sesuatu makanan berbeza yang mengandungi karbohidrat untuk meningkatkan gula dalam darah. Nilai GI diukur menggunakan kaedah seperti percubaan klinikal yang hanya boleh dijalankan oleh penyelidik pemakanan tertentu di dunia.
Dato' Dr. Rajen Marnicka, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Holista, berkata: "Penemuan saintifik ini adalah tepat pada masanya kerana terdapat peningkatan kebimbangan terhadap kandungan gula yang tinggi dalam darah akibat daripada pengambilan makanan yang diproses seperti roti, piza dan mi. Kini, buat pertama kalinya, pengguna boleh membuat pilihan yang lebih sihat tanpa mengorbankan rasa dan kualiti makanan."
En. Meiert J. Grootes, Pengerusi Veripan, berkata: "Selaku pakar dalam industri pembuatan produk bakeri, saya yakin ini adalah perkara yang terbaik pernah berlaku sejak roti hiris. Dengan kepakaran Holista dan jaringan perniagaan kami, kami berhasrat untuk menyediakan bahan yang revolusioner ini kepada pengeluar makanan di seluruh dunia."
Untuk maklumat lanjut:
www.holistaco.com
www.veripan.com
www.low-gi.net
Hal Ehwal Korporat & Peluang Perniagaan
Dato Dr Rajen M: rajen.m@holistaco.com
Pertanyaan Umum: enquiries@holistaco.com
Pertanyaan Media: rachaeldefoe@wer1.net