omniture

Occlutech Peroleh Kelulusan MHW Jepun untuk Peranti Oklusi ASD

Occlutech International AB
2016-01-13 13:31 338

SCHAFFHAUSEN, Switzerland, 13 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Occlutech, penginovasi terkemuka bagi implan untuk merawat penyakit struktur jantung hari ini mengumumkan ia mendapat kelulusan MHW Jepun untuk Peranti Penutupan Kecacatan Septum Atrium terkhusus mereka. Peranti itu merupakan implan yang direka khas bagi tujuan prosedur penutupan invasif minimum untuk Kecacatan Septum Atrium, ASD.

Tor Peters, Ketua Pegawai Eksekutif Occlutech Group, mengulas: "Kami sangat berbesar hati kearan dapat menyediakan pesakit dan pakar kardiologi di Jepun dengan produk inovatif ini dan berharap alat penutupan khas ASD kami boleh memberi penambahan dan peningkatan yang signifikan kepada pilihan terapi bagi populasi pesakit ini. Perkongsian kami dengan Japan Lifeline banyak membuahkan hasil dan kami berbangga dikaitkan dengan syarikat ini serta kakitangannya yang berdedikasi. Penghargaan istimewa harus diberikan kepada pakar perubatan berpengaruh di Jepun yang memberi galakan dan sokongan kepada proses ini."

Keisuke Suzuki, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Japan Lifeline, turut membuat kenyataan berikut: "Pada tahun 2005 kami telah mempelopori dengan memperkenalkan alat penutupan khas ASD yang pertama di Jepun, dan kami dapat menyumbang kepada keluasan penggunaan Alat Penutupan Khas ASD sebagai peranti perubatan yang mesra pesakit dan invasif minimum. Walaupun kami menggantung penjualan alat penutupan khas ASD pada tahun 2011 kerana tamatnya tempoh Persetujuan Pengedaran, kami sedang memasuki semula pasaran rawatan penyakit struktur jantung dengan memperkenalkan produk Occlutech yang cemerlang.

Alat penutupan khas ASD Occlutech terdiri daripada jaring dawai nitinol yang flesibel dengan ciri-ciri "memori bentuk". Teknologi milik Occlutech membolehkan ciptaan produk dengan ciri-ciri kefleksibelan dan kebolehsuaian yang unik. Implan itu boleh didapati dalam konfigurasi dan saiz berbeza agar boleh digunakan untuk pelbagai bentuk kecacatan. Implan ASD Occlutech boleh membuat penutupan kecacatan ini dengan pantas, tanpa trauma, dan invasif minimum. Penutupan ASD menggunakan peranti boleh implan merupakan alternatif kepada pembedahan jantung terbuka.

Latar Belakang Occlutech 

Occlutech sedang membangunkan dan memasarkan produk inovatif bagi rawatan penyakit struktur jantung. Syarikat itu menjual dan memasarkan alat penutupan khas ASD, PFO, PLD, VSD dan PDA, serta pelbagai peranti dan juga aksesori oklusi khusus di lebih 80 buah negara seluruh dunia. Occlutech mempunyai beberapa produk inovatif yang sedang diusahakan, contohnya dalam oklusi LAA, dan turut mengurus kemudahan di Jerman, Turki serta Sweden. Untuk maklumat tambahan, sila lawati laman sesawang Occlutech di http://www.occlutech.com.

Latar Belakang Japan Lifeline Co., Ltd. 

Japan Lifeline mempunyai sejarah selama 35 tahun sebagai pengeluar, pengimport dan pengedar terkemuka untuk produk perubatan berkualiti bagi bidang kardiovaskular. Japan Lifeline memegang rekod prestasi kejayaan yang hebat dalam memperkenalkan produk unik daripada beberapa buah syarikat teknologi perubatan terkemuka di dunia melalui 34 pejabat cawangannya di seluruh Jepun, selain membina serta meluaskan pasaran baharu dengan semua produk termaju dari luar negara. Japan Lifeline merupakan syarikat dagangan awam dengan simbol saham 7575 (JASDAQ). Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang Japan Lifeline di: http://www.japanlifeline.com.

Sumber: Occlutech International AB

Source: Occlutech International AB
Related Stocks:
Tokyo:7575
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals FDA Approval