omniture

Iran: Anugerah Dunia Energy Globe - Tehran Sebagai Pusat Kelestarian Antarabangsa

Energy Globe International
2016-01-15 10:00 343

VIENNA dan TEHRAN, Iran, 15 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Dalam masa kurang daripada seminggu, pada 19 Januari, Anugerah Dunia Energy Globe, iaitu sebuah majlis penganugerahan bertaraf dunia yang paling penting untuk kelestarian, akan berlangsung. Calon-calon bakal menjadi tumpuan dalam majlis gala TV ini yang akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia untuk ditonton oleh berbilion-bilion penonton. Mereka akan bersaing dalam 5 kategori iaitu Tanah, Api, Air, Udara dan Belia. Lokasi acara bagi majlis gala untuk alam sekitar yang unik ini ialah di Menara Milad, Tehran yang merupakan mercu tanda bandar raya tersebut yang diduduki seramai 12 juta orang.

Individu yang akan menyampaikan anugerah ialah Presiden Rohani, Menteri India Maneka Gandhi, Penerima Hadiah Nobel Keamanan Profesor Munasinghe serta beberapa orang wakil ternama dalam bidang politik dan ekonomi.

Dalam majlis gala yang akan disertai oleh wakil-wakil dari hampir 70 buah negara ini, Iran akan menjadi perintis bagi era baharu dalam kelestarian. Program yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui, seperti 5000 MW fotovoltan dalam tempoh 3 tahun akan datang adalah suatu yang mengagumkan.

Cogan kata bagi acara ini ialah berhenti bercakap dan mula bertindak - suatu visi yang dikongsi dalam kalangan calon yang dipilih oleh panel juri antarabangsa tahun ini daripada hampir 2000 penyertaan dari 177 buah negara.

Projek-projek yang tercalon ialah projek kitar semula pencakar langit di Australia, program menangani hakisan di Etiopia, taman air hujan di China dan juga program air minuman di Tanzania. Kategori belia pula memperlihatkan sejauh mana generasi muda mengambil berat terhadap pemeliharaan Bumi kita melalui projek-projek seperti pertandingan bola sepak alam sekitar di Belize atau program pendidikan untuk petani muda di Nigeria. Maklumat lanjut tentang setiap calon boleh didapati di http://www.energyglobe.info.

Apa yang pasti, kualiti yang ditonjolkan oleh projek-projek ini membuktikan wujudnya penyelesaian terhadap setiap masalah sumber di bumi kita.

Hubungi/gambar: Energy Globe, contact@energyglobe.info, http://www.energyglobe.info/press-room , +43761731010

Sumber: Energy Globe International

Source: Energy Globe International
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Utilities Awards Not for profit