NEW YORK, 15 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat platform seluruh dunia mempunyai nilai pasaran melebihi AS$4.3 trilion serta mempunyai jutaan kakitangan yang bekerja secara langsung mahupun tidak langsung. Itu adalah dapatan pertama daripada tinjauan syarikat platform yang dijalankan oleh The Center for Global Enterprise (CGE), sebuah institusi penyelidikan bukan berasaskan keuntungan yang memfokuskan kajian perbadanan kontemporari. Laporan itu, Kebangkitan Syarikat Platform : Satu Tinjauan Global (The Rise of the Platform Enterprise: A Global Survey) mengandungi keputusan projek kajian selama setahun yang melibatkan ahli akademik dan pakar dari Afrika, China, Eropah, India serta A.S. yang bekerjasama untuk menjalankan tinjauan pertama yang menyeluruh ke atas syarikat platform milik awam dan swasta yang utama.
Kajian itu mengenal pasti 176 buah syarikat platform di seluruh dunia yang memiliki nilai pasaran bernilai AS$1 bilion atau lebih. Beberapa syarikat platform telah menjadi kukuh seperti Amazon, Alibaba atau Uber, tetapi masih terdapat banyak lagi yang kurang terkenal. Lokasi dan nilai syarikat platform adalah sangat berbeza di seluruh dunia. Asia memiliki paling banyak syarikat platform terkemuka iaitu sebanyak 82 buah syarikat, melebihi yang terdapat di Amerika Utara. Lokasi utama penubuhan dan operasi syarikat-syarikat platform termasuk Wilayah Teluk San Francisco, Beijing, London dan New Delhi.
"Keupayaan platform tersebut untuk lebih memanfaatkan kediaman, kereta, ruang kerja, antara aset lain mewujudkan minat serta kesungguhan yang tinggi dalam potensi yang disebut 'ekonomi perkongsian,'" kata Peter C. Evans, Naib Presiden, Center for Global Enterprise dan ketua projek penyelidikan "Ekonomi Platform Baharu (Emerging Platform Economy)" oleh CGE. "Mereka kini membentuk semula persekitaran persaingan, inovasi, malah perdagangan global."
"Persaingan antara syarikat platform yang semakin meningkat menjelaskan 'kebimbangan platform' yang ditunjukkan di Eropah yang dilihat ketinggalan berbanding Amerika Utara dan Asia dari segi pembentukan dan perolehan nilai," kata Annabelle Gawer, Profesor Ekonomi Digital di Universiti Surrey.
"Memandangkan platform adalah penyumbang penting kepada ekonomi, memahami kesannya juga adalah penting. Platform seperti Uber telah berkembang ke 67 buah negara dalam masa tujuh tahun; berbanding IBM yang mengambil masa 50 tahun untuk melakukannya," kata Sam Palmisano, Pengasas dan Pengerusi CGE dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengerusi IBM.
Tinjauan Platform Global boleh diakses melalui www.thecge.net
Latar Belakang Center for Global Enterprise (CGE):
CGE adalah sebuah institusi penyelidikan bukan berasaskan keuntungan dan tidak berpihak yang menumpukan kepada kajian amalan terbaik dalam pengurusan global, perbadanan kontemporari, integrasi ekonomi, dan kesan terhadap masyarakat.