WASHINGTON, 16 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Jabatan Perkhidmatan Industri Global Institut Petroleum Amerika (API Global) mewujudkan Program Pensijilan Juruaudit baharu dan menyeluruh, yang pertama dibangunkan oleh pakar industri.
"API komited terhadap keselamatan sebagai nilai teras, dan kami berbesar hati kerana dapat menawarkan program pensijilan juruaudit baharu ini bagi menambah baik keselamatan serta prestasi operasi minyak dan gas asli seluruh dunia," kata Lisa Salley, naib presiden API Global. "Piawaian dan pensijilan API merupakan standard terunggul dalam industri ini. Program ini diwujudkan khusus untuk dan oleh golongan profesional pengurusan kualiti minyak dan gas asli, serta memanfaatkan pengetahuan mendalam dan juga kepakaran API dalam industri ini."
Kakitangan syarikat dan individu yang bekerja sendiri boleh mendaftar untuk menerima latihan, diuji, dan diperakui untuk mengaudit pelbagai program pengurusan kualiti menurut piawaian API yang diiktiraf di seluruh dunia. Pensijilan profesional juruaudit berkelayakan akan memainkan peranan penting dalam memajukan program kualiti, kecekapan, dan keselamatan dalam industri.
Calon pensijilan perlu menyediakan bukti pendidikan yang berkaitan, kelayakan, latihan, dan log audit, sebagai sebahagian daripada proses permohonan dan prakelayakan. Mereka juga mesti menduduki dan lulus ujian dengan 150 soalan, yang dijalankan seluruh dunia di pusat ujian komputer Prometric. Peperiksaan pertama akan dijalankan pada 1-15 Mac 2016 manakala tarikh akhir pendaftaran adalah pada 5 Februari. API merancang untuk mengadakan tiga peperiksaan pensijilan juruaudit setiap tahun.
Setiap satu daripada tiga tahap pensijilan itu boleh diperoleh dengan memfokuskan sama ada API Spec Q1 (Pengkhususan Keperluan Sistem Pengurusan Kualiti untuk Organisasi Pengeluaran) atau API Spec Q2 (Pengkhususan Keperluan Sistem Pengurusan Kualiti untuk Organisasi Bekalan Perkhidmatan).
Untuk maklumat lanjut tentang Program Pensijilan Juruaudit, sila lawati www.api.org/ICP.
API Global bertanggungjawab terhadap pensijilan, piawaian, statistik, latihan, acara, dan program keselamatan untuk industri minyak dan gas asli antarabangsa.
API merupakan satu-satunya persatuan perdagangan kebangsaan yang mewakili semua industri minyak dan gas asli, yang menyediakan 9.8 juta pekerjaan A.S. dan 8 peratus daripada ekonomi A.S. Ahli API terdiri daripada 650 ahli termasuk syarikat bersepadu besar, serta perniagaan cari gali dan pengeluaran, penapisan, pemasaran, saluran paip, serta marin, selain firma perkhidmatan dan juga bekalan. Mereka menyediakan kebanyakan tenaga untuk negara dan disokong oleh gerakan akar umbi yang semakin pesat berkembang yang terdiri daripada lebih 30 juta rakyat Amerika.