EVERETT, Washington, 18 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Hari-hari pertama bayi adalah yang paling kritikal untuk mereka, sebab itulah Fluke Biomedical membangunkan Penganalisis Inkubator/Pemanas Cahaya INCU™ II bagi menyediakan fungsi yang diperlukan oleh juruteknik bioperubatan untuk menguji dan mengesahkan prestasi serta keselamatan inkubator bayi, inkubator pemindahan, dan juga pemanas cahaya dengan mudah.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160113/322088
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160113/322089
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150304/179432LOGO
"Bayi yang bermasalah tidak boleh menyuarakan yang mereka tidak selesa – sama ada terlalu panas atau sejuk. Sebab itulah penting untuk kita mengesahkan yang inkubator sedang berfungsi dalam cara yang sepatutnya mengikut piawaian pengeluar dan industri," jelas Eric Conley, Pengurus Besar Fluke Biomedical. "INCU II merupakan penganalisis semua dalam satu yang menyokong piawaian IEC untuk menilai parameter persekitaran inkubator bayi dan pemanas cahaya dengan tepat."
Hanya seberat 3 paun, INCU II yang padat boleh mengukur kelembapan relatif, aliran udara, bunyi, dan enam titik suhu bebas secara serentak. Prob dengan kod warna memudahkan penukaran antara sensor untuk menguji suhu di dalam inkubator atau antara lima pak untuk mengesahkan keadaan persekitaran pemanas cahaya.
Skrin LCD besar INCU II memaparkan keputusan masa sebenar, serta penunjuk lulus/gagal. Apabila inkubator mencapai suhu yang tetap, hanya 15 minit masa yang diperlukan untuk menjalani beberapa ujian, yang boleh disuai khusus dan disimpan dalam penganalisis. Data ujian kemudiannya boleh dihantar dan dipantau daripada komputer, menggunakan kabel USB atau INCU II secara wayarles*.
"INCU II menawarkan kebolehalihan dan antara muka intuitif yang diperlukan oleh juruteknik bioperubatan dengan teknologi canggih bagi menguji inkubator dan pemanas cahaya yang biasa ditemui dengan tepat," jelas Ashton Solecki, Pengurus Produk INCU II. "Tambahan lagi, INCU II didatangkan dengan pad peletakan yang membantu juruteknik belajar cara yang betul untuk meletakkan sensor dan pak suhu."
Selain mematuhi piawaian industri global terkini, termasuk IEC 60601-2-19 (inkubator), IEC 60601-2-20 (inkubator pemindahan), dan IEC 60601-2-21 (pemanas cahaya), INCU II menyokong piawaian bunyi China (Kelas II).
INCU II merupakan INCU generasi seterusnya daripada Fluke Biomedical, dan akan ditawarkan ke seluruh dunia.
*Fungsi wayarles boleh didapati di seluruh dunia mulai 26 Januari 2016.
Latar Belakang Fluke Biomedical
Dipercayai untuk pengukuran penting.
Fluke Biomedical merupakan penyedia global yang terunggul untuk peralatan dan perkhidmatan ujian serta pengukuran dalam industri penjagaan kesihatan. Kami berkhidmat untuk jurutera bioperubatan, juruteknik jaminan kualiti, ahli fizik perubatan, pakar onkologi, dan ahli profesional keselamatan radiasi selain sentiasa memperluaskan rangkaian penyelesaian kami untuk lebih ramai golongan profesional kesihatan dan keselamatan. Sebarang maklumat lanjut, lawati www.flukebiomedical.com.
Untuk maklumat lanjut tentang produk Fluke Biomedical serta Unfors RaySafe, dan untuk mendapatkan gambar, sila hubungi:
Julie Lary
Penyelaras Pemasaran
(425) 446-6006
julie.lary@flukebiomedical.com