omniture

Majlis Winter Wonderland G2A - Sambut Ulang Tahun Pasaran G2A.com

G2A.com
2016-01-19 04:43 355

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 19 Januari 2016 /PRNewswire/ -- 

Sudah menjadi satu tradisi buat G2A.COM untuk menganjurkan acara tahunan Majlis Winter Wonderland (Winter Wonderland Party) dan pada tahun ini, bandar raya Rzeszow di Poland dipilih sebagai lokasi paling sempurna untuk menyambut acara itu serta ulang tahun G2A oleh sebab di lokasi inilah G2A.COM, pasaran permainan digital ditubuhkan pada Disember 2010.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160113/321773 )

Rakan niaga, tetamu dan nama besar dalam industri permainan digital dari lebih 6 buah negara turut hadir termasuk pihak Google, PayPal, Facebook, penstrim video terkenal dan artis YouTube seperti Forsen, Reynad, Voyboy, Izak, Bateson, DeerNadia, Kungen, Hotted, Onscreenlol, DisStream serta Nervarien.  Penggaya kostum antarabangsa seperti NadiaSK dan Giada Robin juga turut hadir pada acara itu. Jumlah pengikut rakan niaga G2A dan nama besar dalam industri ini dianggarkan melebihi 7.8 juta yang terdiri daripada pengikut, peminat dan penonton.

Syarikat itu telah melaburkan sejumlah 28 juta US dollar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk mewujudkan ekosistem G2A. Selain itu, mereka juga melaburkan lebih 8 juta US dollar dalam industri e-Sukan di seluruh dunia, dan lebih 1 juta US dollar dalam pembangunan projek Realiti Maya yang 'pertama seumpamanya', G2A Land, yang dijangka untuk dilancarkan sebagai muat turun percuma pada suku pertama 2016.

Berkembang kepada 400 kakitangan dari 25 buah negara dengan 22 bahasa berbeza, pada bulan Mei 2015, G2A berpindah ke pejabat yang lebih besar untuk mempamerkan pertumbuhan serta matlamat G2A kepada pihak utama serta rakan niaga dalam dunia permainan digital. G2A terus mencari rakan niaga dan individu yang terbaik dalam industri untuk membangunkan pasaran G2A bagi menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Pemasaran G2A dan pengasas bersama, Dawid Rożek berkata beliau gembira kerana G2A memiliki lebih 6.4 juta pelanggan: "Kami sangat gembira kerana hampir 7 juta pengguna sedang menikmati perkhidmatan kami." Beliau menambah: "Kami memiliki sekumpulan pakar di G2A yang memahami kepuasan pelanggan yang tertinggi adalah kunci utama kepada pertumbuhan pesat G2A. Terima kasih kepada pelanggan kami kerana berjaya menjadikan G2A sebagai pasaran permainan digital paling pesat berkembang di dunia."

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bartosz Skwarczek menambah: "Pasukan G2A kami benar-benar bekerja keras tahun ini untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan kami, dan kami sangat seronok membangunkan satu pasaran yang hebat untuk para pemain kami. Di G2A, kami sentiasa mengamalkan: "Kerja Keras dan Lebih Berseronok!"

Dawid dan Bartosz menyampaikan anugerah kejayaan tersebut kepada beberapa kakitangan penting dan mengumumkan dalam suku pertama 2016, mereka akan menjalankan penjawatan di seluruh dunia untuk terus mencari ahli-ahli profesional yang terbaik dalam bidang ini.

Semasa acara itu, G2A berpeluang untuk menemu ramah beberapa rakan dan nama besar dalam industri permainan digital.

Tontoni temu ramah antara G2A dengan beberapa nama besar dunia permainan digital seperti Forsen (400k pengikut), NadiaSK (100k pengikut) dan Kungen (200k pengikut) melalui pautan di bawah:

Forsen: https://www.youtube.com/watch?v=lENh56q0gfA 
NadiaSK: https://www.youtube.com/watch?v=-zhVUOz8TT8 
Kungen: https://www.youtube.com/watch?v=CnSlHDhDMbE 
Untuk maklumat lanjut sila lawati: http://www.g2a.com

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment