HONG KONG, 19 Januari 2016 /PRNewswire/ -- GroupM dengan sukacitanya mengumumkan perkongsian media penting merentasi Asia Pasifik dengan LINE Corporation of Japan. LINE merupakan aplikasi panggilan dan pemesejan percuma yang merupakan salah satu daripada platform komunikasi yang paling pesat berkembang di dunia, menambah bilangan pengguna dengan pantas sehingga 212 juta pengguna aktif setiap bulan, kebanyakannya adalah daripada pasaran Asia Pasifik seperti di Taiwan, Thailand, dan Indonesia. Persetujuan pelbagai aspek itu bermula serta-merta dan adalah salah satu daripada sejumlah perkongsian media baharu yang diadakan GroupM bagi menyokong pelanggan di rantau itu.
LINE membolehkan jenama berkomunikasi dengan pengguna secara selamat dalam masa sebenar. LINE merupakan aplikasi pemesejan telefon pintar segera yang sentiasa diperiksa pengguna sepanjang hari, membolehkan jenama membuat jangkauan yang tepat pada masanya dan berkaitan. Oleh kerana LINE merupakan perkhidmatan perangkaian sosial tertutup yang kebanyakan pengguna berkomunikasi dengan kenalan peribadi, ia juga bertindak sebagai sumber rapat untuk mendapatkan maklumat andal bagi pengguna dan persekitaran yang boleh dipercayai untuk jenama. Tambahan lagi, pengiklan dalam LINE mendapat faedah daripada peraturan ketat berkenaan kelayakan pengguna yang memastikan tiada akaun palsu yang wujud.
"Pelanggan bergantung kepada kami untuk mendapatkan cara yang paling inovatif bagi mendekati pengguna mereka di seluruh Asia Pasifik," kata Mark Patterson, Ketua Pegawai Eksekutif GroupM Asia Pasifik. "LINE adalah salah satu platform media sosial yang dibangunkan di tanah tempatan yang berkembang paling pesat di Asia dan tidak dinafikan lagi, merupakan kaedah baharu yang penting bagi penglibatan pengguna. Agensi kami sudah pun membantu pelanggan memanfaatkan platform tersebut dalam pelan media mereka, dan kami membentuk perkongsian ini bagi membolehkan produk digital LINE bekerja lebih keras untuk jenama mereka."
Perjanjian ini menawarkan pelanggan daripada agensi GroupM dengan kelebihan daya saing melalui harga yang sesuai, akses pantas kepada produk pengiklanan baharu dan latihan khusus untuk menyokong pelaksanaan yang sesuai, mengikut ciri-ciri platform serta pilihan pengguna yang unik.
"Hari ini, sudah menjadi ikutan seluruh dunia untuk menggunakan aplikasi pemesejan bagi tujuan komunikasi pengguna dan pengurusan hubungan pelanggan, menghubungkan jenama dengan pengguna mereka. Melalui perkongsian bersama GroupM ini, kami boleh menghubungkan lebih banyak jenama dengan pengguna," kata Sintaro Tabata, Naib Presiden Kanan, Ketua Jualan Korporat, LINE Corp. "Melalui Sesi Latihan LINE kami, kami juga akan membantu mengajar penyelesaian pemasaran yang paling berkesan untuk persekitaran komunikasi LINE yang unik serta menetapkan tanda aras yang dapat menerajui pasaran."
"Pengguna dalam talian seluruh dunia – termasuk mereka yang berada di Asia Pasifik – sudah menunjukkan minat yang tinggi terhadap platform dan perkhidmatan yang mereka boleh percayai. Sifat LINE yang tertutup menarik pengguna yang lebih inginkan pengalaman jaringan sosial yang lebih peribadi, dan dengan menghubungkan jenama andal dengan pengguna dalam ketetapan yang sangat dipercayai ini, GroupM dan LINE akan membantu pelanggan kami mendekati pengguna dengan cara yang menyeronokkan, tanpa gangguan," kata Nick Bins, Timbalan Ketua Perdagangan, GroupM Asia Pasifik.
Latar Belakang GroupM:
GroupM merupakan syarikat pengurusan pelaburan media global terkemuka yang berkhidmat sebagai syarikat induk kepada agensi media WPP termasuk Mindshare, MEC, MediaCom, Maxus, dan Essence, serta platform media digital berprogram, Xaxis, setiap satunya beroperasi secara global dengan kedudukan sebagai peneraju pasaran. Matlamat utama GroupM adalah untuk memaksimumkan prestasi agensi media WPP dengan bertindak sebagai pemimpin dan rakan usaha sama dalam perdagangan, penghasilan bahan, sukan, digital, kewangan, pembangunan instrumen proprietari, serta kemampuan lain yang penting dalam perniagaan. Fokus GroupM adalah untuk memberikan kelebihan pasaran yang tiada tandingan kepada semua pelanggan, pihak berkepentingan, serta kakitangannya.
Ketahui GroupM dengan lebih lanjut di www.groupm.com.
Ikuti @GroupMWorldwide melalui Twitter
Ikuti GroupM melalui LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/groupm
Latar Belakang LINE Corporation
LINE Corporation berpusat di Jepun dan mengurus aplikasi pemesejan LINE, khidmat global yang digunakan di lebih 230 buah negara. Ia menawarkan pemesejan satu dengan satu dan juga sesama kumpulan secara percuma. Panggilan suara dan video domestik dan antarabangsa percuma juga disediakan. Selain aplikasi pemesejannya yang digunakan untuk menghantar pelekat maya yang popular – emotikon yang berwarna-warni – syarikat itu menawarkan pelbagai perkhidmatan bukan pemesejan, bermula dengan aplikasi permainan video sehingga aplikasi perkongsian gambar.
Untuk maklumat lanjut tentang LINE, sila lawati http://linecorp.com/en/
Wakil Media:
David.Grabert@GroupM.com
+1 212.297.8092 (A.S.)
Samantha.Kops@GroupM.com
+1 929.375.8374 (A.S.)