omniture

ChatSim Sambut Ulang Tahun Pertama Bersama Pelanggan!

- WhatsApp dan Aplikasi Mesej Segera Lain Percuma Selama Sehari -
ChatSim
2016-01-20 08:00 395

MILAN, 20 Januari 2016 /PRNewswire/ -- ChatSim sambut ulang tahun pertamanya dan meraikan kejayaan penting ini dengan inisiatif istimewa untuk semua pelanggannya: WhatsApp dan Aplikasi IM lain adalah percuma selama sehari!

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160118/323175LOGO )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160118/323181 )

Semua pengguna ChatSim akan dapat menikmati perkhidmatan mesej teks dan emoji tanpa had bergantung pada pelan mereka, selain penghantaran gambar, video, dan panggilan suara tanpa perlu memikirkan penggunaan data!

Sepanjang 24 jam, bermula daripada tengah malam 21 Januari (GMT -- Waktu Min Greenwich), semua perhubungan melalui WhatsApp, Messenger, WeChat dan Aplikasi IM lain adalah percuma untuk semua pengguna yang memiliki kad ChatSim.

ChatSim juga menawarkan sesuatu yang istimewa buat pelanggan baharu: tahun pertama langganan adalah percuma bagi pembelian ChatSim pada hari jadinya!

Tawaran-tawaran menarik itu dibuat untuk menjadikan sambutan hari jadi pertamanya lebih istimewa, memandangkan ia meraikan kemajuannya dengan kejayaan cemerlang: lebih 150,000 kad SIM dijual di seluruh dunia pada fasa awal serta beberapa pelaburan mengaut lebih USD 2.6 juta.

Setahun yang lalu, pada 21 Januari 2015, Manuel Zanella melancarkan WhatSim (kemudiannya dikenali sebagai ChatSim), kad SIM pertama yang membolehkan penggunanya bersembang secara percuma dan tanpa had menggunakan WhatsApp walaupun tanpa Wi-Fi!

Beberapa minggu kemudian, WhatSim menjadi ChatSim atas permintaan ramai pengguna supaya ia boleh digunakan pada Aplikasi IM lain (Messenger, WeChat, dll.).

Sebagai entiti baharu yang berjaya merubah persekitaran IM antarabangsa dan diubah menjadi ChatSim - kini menjadi "Pengendali Mudah Alih Pemesejan Pantas" pertama dunia.

"ChatSim menjadikan penggunaan aplikasi sembang lebih mudah diperoleh dan berpatutan untuk semua pengguna," jelas Manuel Zanella, Ketua Pegawai Eksekutif ChatSim. "Kad SIM yang canggih ini direka untuk digunakan pada semua Aplikasi IM untuk menghantar mesej teks dan emoji tanpa had walaupun tiada sambungan Wi-Fi, ciri yang pertama dalam dunia IM. Dengan cara ini, ChatSim adalah satu penyelesaian kepada masalah kos perayauan semasa mengembara di luar negara (hasil daripada kerjasama dengan 250 pengendali di lebih 150 buah negara.)"

ChatSim akan berada di "Kongres Dunia Mudah Alih" di Barcelona (22-25 Februari 2016) untuk mempamerkan beberapa produk baharu.

ChatSim boleh dibeli secara dalam talian di http://www.chatsim.com dan boleh dihantar ke seluruh dunia.

Pautan Video: http://www.chatsim.com/happybirthday
http://www.chatsim.com/en/press/happy-birthday-chatsim
http://www.chatsim.com/it/press/buon-compleanno-chatsim

Sumber: ChatSim

Source: ChatSim
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Trade show news