omniture

Wison Engineering Disenaraikan di Papan Utama HKEx

Wison Group
2013-01-08 22:02 202

SHANGHAI, 31 Dis, 2012 /PRNewswire/ -- Wison Engineering services. Co Ltd ("Wison Engineering" atau "Syarikat" itu), pembekal perkhidmatan sektor swasta yang terbesar di dalam kejuruteraan kimia, perolehan dan pengurusan pembinaan  ("EPC") di China mengikut pendapatan pada tahun 2011, hari ini memulakan dagangan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong Limited di bawah kod saham 2236.

Saham Wison Engineering ditutup pada HK$ 2.79, dengan jumlah saham yang diniagakan sebanyak 97.6 juta saham. Jumlah dagangan bagi saham Syarikat itu adalah kira-kira HK$ 272.6 juta. Perolehan bersih Syarikat itu daripada Penawaran Global adalah kira-kira HK$ 1,190.6 juta yang akan digunakan untuk meningkatkan pembangunan penyelidikan dan mengembangkan lagi operasi harian.

Dalam tawaran awam mereka pada 13 Disember 2012, Wison Engineering menawarkan 600,000,000 Saham dalam Penawaran Global yang terdiri daripada 480,000,000 Saham baru dan 120,000,000 Saham Jualan. Wison Engineering telah menyenaraikan Chow Tai Fook Nominee Limited ("Chow Tai Fook"), Solar City Holdings Limited ("Solar City") dan EA Asia Absolute Return Master Fund ("EA Asia") sebagai pelabur asas.

Encik Hua Bangsong, Naib Presiden Kanan Wison Engineering berkata, "Penyenaraian di Hong Kong adalah merupakan satu pencapaian yang penting bagi pembangunan Wison Engineering. Kejayaan dalam penyenaraian itu bukan sahaja meningkatkan kekuatan modal kami, tetapi juga mengukuhkan lagi kedudukan utama kami di dalam industri dan akan mempercepatkan tahap pembangunan seterusnya bagi Syarikat ini."

Wison Engineering telah menikmati pertumbuhan yang kukuh dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Dari tahun 2009 sehingga 2011, pendapatan Syarikat telah mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan yang mantap (CAGR) sebanyak 63.5%, manakala keuntungan dan jumlah pendapatan komprehensif yang diagihkan kepada pemegang saham syarikat induk mempunyai CAGR kira-kira 58.5%.

Permintaan bagi produk petrokimia dan minyak yang ditapis telah meningkat ekoran daripada pertumbuhan ekonomi global, terutamanya berikutan pembangunan pesat yang dinikmati China sejak 20 tahun yang lalu. Sementara itu, kerajaan China telah menggalakkan pengeluaran kimia yang berasaskan arang batu untuk mengurangkan pergantungan kepada petroleum, yang telah banyak mengembangkan pasaran EPC di dalam industri penapisan minyak, petrokimia dan industri arang batu ke kimia. Wison Engineering  telah memanfaatkan peluang pasaran yang luas untuk menjadi pembekal perkhidmatan EPC sektor kimia swasta yang terbesar. Dengan pengalaman pelaksanaan projek dan rangkaian pembekal dan sub-kontraktor mereka yang sudah sedia terjalin, Wison Engineering telah menjalin kerjasama rapat dengan para pelanggan. Tambahan pula, kami telah dianugerahkan dengan lebih 30 paten dan syarikat kami juga merupakan salah satu daripada enam di dunia yang telah membangunkan teknologi proprietari relau pemecahan etilena secara komersil, serta teknologi arang batu ke kimia yang telah dipatenkan termasuk teknologi pengasingan olefin ringan MTO.

Encik Hua Bangsong berkata, "Melihat ke hadapan, kami akan mengambil kesempatan daripada persekitaran operasi yang menggalakkan ini bersama-sama dengan kekuatan kami dalam pelaksanaan projek dan inovasi teknologi, serta dengan rekod kami yang telah terbukti sebagai pembekal dan sub-kontraktor rangkaian yang mantap. Kami akan memperkukuhkan lagi reka bentuk dan keupayaan kejuruteraan kami, menyatu dan mengukuhkan kedudukan kepimpinan kami  sebagai pembekal terkemuka bagi perkhidmatan EPC dalam industri petrokimia China,  meneruskan usaha mengambil bakat dan memanfaatkan pengalaman yang diperolehi daripada kejayaan projek  kami di China untuk mengembangkan lagi kehadiran kami di pasaran antarabangsa, termasuk di Asia Tenggara, Asia Barat, Afrika Barat dan Amerika Latin, untuk memaksimumkan pulangan kepada pemegang saham kami."

SUMBER: Kumpulan Wison

Source: Wison Group
Related Stocks:
HongKong:2236
Related Links:
Keywords: Chemical Construction/Building