PHILADELPHIA, 26 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Program Derma Gift of Life - sebuah organisasi pemerolehan organ (OPO) tanpa untung, khususnya di peringkat persekutuan yang berkhidmat untuk separuh daripada bahagian timur Pennsylvania, selatan New Jersey dan Delaware (berpusat di Philadelphia, PA) - merupakan OPO utama di negara tersebut yang berjaya menyelaras selama lapan tahun berturut-turut, anugerah yang menyelamatkan nyawa yang diterima daripada 483 penderma tempatan, dan ini menjadikan jumlah pemindahan organ sebanyak 1,291. Gift of Life mengatasi rekod negara terdahulunya sebanyak 447 penderma organ yang dicapai pada tahun 2013 dan 2014. Tambahan sebanyak 352 pemindahan diselaraskan dari kawasan lain di negara ini, menjadikan jumlah organ yang diselaraskan menjadi 1,643. Ini merupakan bilangan organ tertinggi yang pernah diselaraskan oleh mana-mana OPO di A.S.
Gift of Life juga mendapatkan tisu daripada 2,546 orang, dan organ yang didermakan ini bakal memberi manfaat kepada hampir 100,000 orang - termasuk derma tulang untuk membaiki kepatahan serta mencegah pemotongan anggota, derma kulit untuk menyembuhkan pesakit yang mengalami luka akibat kebakaran, dan derma injap jantung untuk membaiki kecacatan. Ini termasuk 2,265 derma kornea yang boleh memberi anugerah penglihatan kepada penerima.
"Menjadi peneraju negara dalam mengurus penderma organ yang paling menyelamatkan nyawa adalah suatu pencapaian yang hebat. Kami berterima kasih kepada kemurahan hati para penderma dan keluarga penderma yang memilih untuk menderma, serta kepakaran dan juga dedikasi golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan di rantau ini selain kerjasama kami yang mantap bersama pusat pemindahan dan hospital penjagaan akut," kata Howard M. Nathan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Gift of Life.
Melalui Institut Gift of Life, iaitu sebagai peneraju global dalam pendidikan pendermaan, jangkauan antarabangsa Gift of Life adalah sangat signifikan pada tahun 2015. Institut itu melatih lebih 1,100 ahli profesional pendermaan, dari dalam dan luar negara A.S., dari segi komunikasi keluarga, pengesahan, dan pembangunan hospital melalui kelas berpandukan pengajar, latihan bilik kelas maya, serta e-Pembelajaran. Sejak tahun 2004, Institut tersebut melatih lebih 8,000 ahli profesional dari 37 buah negara.
Institut Gift of Life menjadi sumber utama bagi tujuan pendidikan derma organ dan tisu. Hasilnya, sejumlah besar negara menubuhkan OPO berdasarkan model Gift of Life. "Saya percaya sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu negara-negara lain memantapkan dan memajukan proses pendermaan mereka. Saya mahu berkongsi model Gift of Life dan mengajar komponen yang mendorong kejayaan kami. Dengan membantu mewujudkan sistem yang berkesan dan mendidik pihak lain tentang amalan terbaik kami, kami menyediakan instrumen untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa," kata En. Nathan. Pendekatan oleh Gift of Life disuai khusus mengikut sensitiviti setiap budaya bagi memastikan pendidikan pendermaan disampaikan kepada keluarga dalam cara yang bertimbang rasa dan penuh terhormat, bagi membantu organisasi itu mendidik individu serta organisasi dari Australia, Brazil, Kanada, China, India, Jepun, Korea, Mexico, Arab Saudi dengan berkesan - hampir setahun setengah yang lalu.
Sejak tahun 1974, Gift of Life menyelaraskan lebih 40,000 pemindahan organ dan kira-kira 600,000 pemindahan tisu. Bidang perkhidmatan Gift of Life melibatkan hampir 11 juta orang, dan pada tahun 2015 organisasi itu menyelaraskan lebih 44 penderma organ per juta populasi - meletakkannya pada kedudukan antara yang tertinggi di dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati donors1.org.