omniture

Pelancaran Filem Dokumentari Seantero Dunia: Revolution of the Present Menemui Warga Global Hari Ini

Revolution of the Present
2016-01-26 18:34 246

"Planet ini Dibentuk Oleh Niat dan Tindakan Manusia. Ia Sangat Berbeza Daripada Apa-apa Yang Pernah Kita Lihat." - Revolution of the Present

PORTLAND, Oregon, 26 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Seramai dua puluh orang pemikir antarabangsa ditampilkan dalam Revolution of the Present, sebuah filem dokumentari oleh Pengarah Marc Lafia, mencabar penonton untuk mula melihat dengan teliti keadaan masa kini, serta revolusi saat ini supaya kita boleh bersama-sama membentuk masa hadapan. Filem yang baru dilancarkan di Vimeo, iTunes, dan Amazon Prime pada bulan Januari ini (akan datang ke GooglePlay) merungkaikan kekusutan zaman kontemporari ini dengan meneliti anggapan dan naratif daripada barat. Dalam dunia pascakolonial yang melibatkan politik identiti, media sosial, perubahan iklim, dunia skrin dan teknologi pengkomputeran beralgoritma, ia mengajukan pertanyaan kepada penonton sama ada terdapatnya politik keindividualan dan keterlibatan politik dalam budaya yang terhubung pada hari ini.

Video - http://youtu.be/3EFVaByF9ms

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160122/325083 

Filem untuk Mereka yang Ingin Bebas daripada Matriks

Revolution of the Present meneliti kesan aneh – ke atas bandar, ekonomi, dan masyarakat – hasil daripada apa yang kita gelar sebagai kapitalisme pantas. Digandingkan dengan audio dan gambar yang menarik, seramai dua puluh tokoh pemikir antarabangsa berbincang tentang keadaan dan implikasi hasil daripada kerumitan dan keanehan zaman kontemporari ini.

 "Kita memerlukan konsep baharu. Jalan pemikiran yang baharu tentang realiti baharu ini." - Revolution of the Present

"Filem ini diharapkan dapat mencetuskan satu perbincangan global," kata Lafia. "Ia adalah satu siri unit binaan yang bersama-sama menerangkan tentang kerumitan dan saling pergantungan yang semakin bertambah dalam dunia kita yang terhubung ini. Seperti yang dikatakan oleh Profesor Saskia Sassen dari Universiti Columbia dalam filem tersebut, "Kita berada di sisi lain pada lengkungan demokrasi liberal. Jika kita mengambil masa untuk meneliti lokasi kita ini, kita tiada pilihan lain selain daripada menjadi sebahagian daripada masa hadapan. Sama ada anda bertindak untuk mengubah sesuatu, atau kealpaan itu akan bertindak bagi pihak anda. Tetapi bagaimanakan untuk bertindak dan apakah tindakan yang patut diambil? Itulah nilai teras filem ini."

Memandangkan kesan ketamadunan manusia menjadikan planet kita ini semakin tidak selamat untuk penduduknya, keperluan untuk bekerjasama dan berbincang adalah sangat penting. Jadilah sebahagian daripada perbincangan ini. Tontoni sedutan dan filem ini secara percuma. Dapatkan maklumat lanjut di www.revolutionofthepresent.org atau kongsi buah fikiran anda melalui @RevOfThePresent.

Source: Revolution of the Present
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Internet Technology Social Media Broadcast feed announcements Feature News Releases New products/services